*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,

"Akujanji" tidak akan bakar jembatan lagi,dan sentiasa membodek PM(itu kata 
sirais yatim),aku janji tidak akan terima rasuah(itu kata menteri-menteri 
kabinet),aku janji tidak akan mengumpulkan harta untuk anak bini aku(itu 
kata PM).

inilah contoh orang yang terdesak & mendesak orang lain supaya jadi macam 
lembu cucuk hidung.

nak tanya sikit..menteri2,adun,menteri besar,exco2 & lain2 lagi tak kena 
sign "aku janji" ni..

wassalam


>From: "ahmad tajuddin" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Fw: KKUM: Kenyataan Media PKAUM (fwd)
>Date: Fri, 26 Oct 2001 10:34:35 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >>PERSATUAN KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYA
> > >>Rumah Universiti, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
> > >>
> > >>Kenyataan Media 2001/3
> > >>17 Oktober 2001
> > >>
> > >>
> > >>SURAT AKUJANJI
> > >>
> > >>Akhirnya jadi juga rancangan kerajaan untuk memaksa
> > >>semua kakitangan kerajaan menandatangani surat
> > >>akujanji. Malahan semua pelajar universiti juga
> > >>dikehendaki menandatangani surat tersebut. Nampaknya
> > >>pihak pemimpin kerajan tidak lagi yakin dengan
> > >>kewibawaan dan kebolehpercayaan kakitangannya sendiri.
> > >>Adalah amat menyedihkan apabila kesetiaan dan
> > >>patriotisma seorang rakyat kepada negara sendiri
> > >>dipesoalkan oleh pemimpin sendiri.
> > >>
> > >>Adakah perlu surat akujanji ini? Sepertimana yang
> > >>telah sedia maklum semua kakitangan awam sudah pun
> > >>terikat dengan Perintah Am. Bagi para akademik pula
> > >>mereka ada peraturan tambahan iaitu Akta Universiti
> > >>dan Kolej Universiti dan Akta Badan-badan Berkanun.
> > >>Tidakkah ini cukup untuk mengawal atau menghukum para
> > >>akademik? Adakah para pensyarah perlu di kongkong
> > >>dengan lebih ketat. Sungguh tidak masuk akal surat
> > >>akujanji dikatakan perlu kerana pensyarah tidak mahu
> > >>ikut Perintah Am seperti yang telah dinyatakan oleh
> > >>beberapa pemimpin negara. Tidakkah tindakan disiplin
> > >>boleh dikenakan jika mana-mana pihak engkar Perintah
> > >>Am? Perlu diingatkan juga bahawa para akademik perlu
> > >>diberi kebebasan untuk mencari ilmu dan
> > >>menyebarkannya. Para pelajar pula perlu didedahkan
> > >>kepada berbagai ilmu agar mereka boleh menilai sesuatu
> > >>ilmu, membuat keputusan dan menyuarakan pendapat
> > >>mengenainya.
> > >>
> > >>PKAUM merayu kepada para pemimpin negara supaya
> > >>membatalkan rancangan untuk memaksa kakitangannya
> > >>menandatangani surat akujanji. Ianya adalah amat
> > >>'naïve' beranggapan kakitangan kerajaan akan menjadi
> > >>setia dengan menandatangani surat akujanji tersebut.
> > >>Banyak lagi cara lain yang lebih baik untuk memastikan
> > >>seseorang kakitangan awam setia kepada negara. Amat
> > >>meyedihkan kesetiaan seseorang kakitangan yang telah
> > >>berkhidmat 20-30 tahun kepada negara diragui.
> > >>Kesetiaan kakitangan awam kepada negara yang mesti
> > >>diutamakan dan bukannya kepada seseorang individu atau
> > >>mana-mana badan politik. Menyedihkan lagi jika
> > >>seseorang terpaksa menandatangani surat akujanji
> > >>tersebut kerana nak jaga periuk nasi. Ini akan
> > >>mengalakkan sifat kepura-puraan dan ampu-mengampu di
> > >>kalangan kakitangan awam.
> > >>
> > >>SEORANG AYAH YANG KENAL DAN SAYANG ANAKNYA TIDAK AKAN
> > >>MEMAKSA ANAKNYA MENGAKU SAYANG KEPADA AYAHNYA.
> > >>
> > >>Dikeluarkan bagi pihak PKAUM oleh
> > >>
> > >>Rosli H. Mahat
> > >>Presiden PKAUM
> > >>Tel: 016-3125898
> > >>
> > >>
> > >>__________________________________________________
> > >>Do You Yahoo!?
> > >>Make a great connection at Yahoo! Personals.
> > >>http://personals.yahoo.com
> > >>
> > >
> >
> >
> > _________________________________________________________________
> > Get your FREE download of MSN Explorer at 
>http://explorer.msn.com/intl.asp
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "ahmad tajuddin" <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kamal bohari" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke