*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku setuju benor dengan cadangan JAKIM tu. Bukanlah kerana tak suka orang menyampaikan ayat-ul-llah (mana ada muslim yang tak suka dengar ayat-ul-llah). Yang orang tak gemornya tu, tazqirah sudah bertukar jadi "takterkira" maki hamun, sumpah seranah, fitnah membabi buta dan ada yang sampai ketahap mencarut pun. Mungkin bukan disemua tempat.......tapi kebanyakan tempat macam tu ler. Yang herannya tu, manusia yang bergelar "ustaz" tu sanggup mengambil peluang masa break tarawikh tu untuk menyumbat idea dia kepada semua orang. Bukan semua yang ke surau untuk bertarawikh tu satu kapal dan satu kepala. Jangan ingat semua yang datang tu berminat dan kemaruk nak dengar kisah dongeng hangpa. Tak wajar kalau semua jemaah dipaksa menunggu lama-lama untuk menghabiskan tarawikh hanya kerana hangpa nak berlatih bercakap. Ayat Allah kebenda kalau dah melalut-lalut sampai kedalam kain orang. Jangan ler berselindung, berpura-pura dan hipokrit sepanjang masa dan disemua tempat. Gunakanlah p! entas yang sesuai untuk "kerja-kerja sihat" hangpa tu. SELAMAT BERPUASA dan SELAMATKAN LAH ORANG LAIN DARI MENDENGAR FITNAH.

>From: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Jakim larang tazkirah semasa solat tarawih
>Date: Tue, 30 Oct 2001 11:30:18 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Wahai manusia yg berkenaan, sanggup kau menyekat
>penyampaian ayat2 Allah dan Rasul dibulan baik
>lagi mulia itu. Kau ingat kau ada cukup kuasa nak
>sekat ayat2 Allah dan Rasul dari disampaikan?
>Kalau dia orang salah, dakwa saja dimahkamah
>dunia kau. Pakai ISA kalau perlu. Di akhirat nanti
>akan dibicara sekali lagi.
>
>Kita yakin, tiada kuasa didunia ini, dari JPM sekali
>pun yang dapat menyekat perkembagan dakwah Islam
>dan penyampaian ayat2 Allah dan Rasul. Sudah berlalu
>ramai manusia2 takabbur yang mana berakhir dengan
>penuh kehinaan.
>
>----- Original Message -----
>From: Hassan, Haslim
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Sent: Tuesday, October 30, 2001 9:37 AM
>Subject: H-Net* Jakim larang tazkirah semasa solat tarawih
>
>Jakim larang tazkirah semasa solat tarawih
>KUALA LUMPUR 29 Okt. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua Jabatan Agama Islam negeri tidak membenarkan tazkirah diadakan sewaktu sembahyang sunat tarawih di setiap masjid sepanjang bulan Ramadan tidak lama lagi.
>
>Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin berkata, pada masa ini, arahan tersebut akan dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi memantau masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan.
>
>Katanya, Jawi akan melaksanakan arahan tersebut bermula pada bulan Ramadan akan datang.
>
>``Saya meminta kepada semua Jabatan Agama Islam negeri melaksanakan perkara tersebut untuk mengelakkan penyalahgunaan pentas tazkirah bagi kepentingan politik,'' katanya di sini hari ini.
>
>Sebelum itu, beliau merasmikan Pelancaran Buku Terbitan Jakim di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
>
>Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, sembahyang tarawih merupakan ibadah khusus umat Islam di bulan Ramadan.
>
>Kata beliau, umat Islam perlu menghayati sepenuhnya amalan tersebut terutamanya pada bulan yang mulia itu.
>
>``Bukan itu saja, malah umat Islam perlu sembahyang sunat witir dan bertadarus Al-Quran jangan diselang seli dengan perkara yang tidak kena-mengena dengan ibadah khusus itu,'' tegasnya.
>
>Isu tazkirah sewaktu solat tarawih telah menjadi tumpuan pada Ramadan tahun lepas apabila terdapat masjid-masjid yang menggunakan pentas tazkirah sebagai medan menghentam kerajaan.
>
>--
>
>_______________________________________________
>Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free!
>http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143
>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "awe din" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke