*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiga lelaki tipu pesara tentera RM100,000


SITIAWAN, Selasa – Seorang pesara tentera berusia 74
tahun kerugian RM100,000 selepas dipercayai ditipu
oleh tiga lelaki dalam satu kejadian semalam.

Isteri mangsa, Salbiah Shafie, 46, berkata suaminya,
Abu Bakar Nordin, dari Kampung Deralik, dekat sini,
didatangi dua lelaki di rumahnya pada kira-kira jam 8
pagi semalam.

Salah seorang dari dua lelaki itu mendakwa bekerja
sebagai pengurus sebuah kilang di Kampung Acheh, dekat
sini, dan sedang mencari rumah sewa untuk
kakitangannya.

Mangsa kemudiannya membawa lelaki terbabit melihat
sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah mangsa.

Salbiah berkata, ketika berada di rumah sewa itu,
lelaki terbabit bertanya kepada mangsa jika mangsa
berhasrat untuk menjual rumah dan tanah kepunyaannya.

“Suami saya berkata, beliau memang berhasrat untuk
menjual sebuah rumah dan tanahnya dengan harga
RM60,000.

“Lelaki itu berkata, jika mahu menjual beliau boleh
menguruskannya kerana mempunyai rakan iaitu seorang
peguam bagi menguruskan penjualan berkenaan,” katanya
kepada Berita Harian di sini, hari ini.

Salbiah berkata, suaminya yang bersetuju dengan
saranan lelaki itu kemudiannya pulang ke rumah untuk
mengambil geran tanah dan juga buku bank simpanan
Tabung Haji.

“Lelaki itu mendakwa, jika ingin menguruskan penjualan
itu, suami saya perlu mengeluarkan wang sebanyak
RM100,000.

“Wang ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam akaun
Bank Islam sebelum diserahkan balik kepada suami saya
bersama-sama wang hasil penjualan rumah dan tanah,”
katanya.

Beliau berkata, suaminya dan dua lelaki itu menaiki
sebuah kereta Kancil warna hijau kepunyaan lelaki
terbabit ke pejabat Tabung Haji di pekan Sitiawan.

“Ketika berurusan di kaunter bank berkenaan,
kakitangan bank itu bertanya kepada suami saya
mengenai lelaki yang berada di sebelahnya dan suami
saya berkata, lelaki berkenaan adalah menantunya.

“Bagaimanapun, urusan pengeluaran wang itu tidak dapat
dilakukan kerana jumlahnya terlalu banyak,” katanya.

Menurutnya, mereka kemudian pergi ke pejabat Tabung
Haji di Ipoh bersama seorang lagi lelaki yang mendakwa
bekerja sebagai peguam.

“Di Ipoh, mereka mengeluarkan wang tunai sebanyak
RM10,000, manakala baki RM90,000 dibayar melalui cek.

“Mereka berempat kemudiannya pergi ke pejabat Bank
Islam di Ipoh, untuk menunaikan cek sebanyak
RM90,000,” katanya.

Beliau berkata, selepas segala urusan pengeluaran
selesai, lelaki terbabit mendakwa beliau mempunyai
urusan lain di Pulau Pinang dan menyuruh suami saya
balik ke Sitiawan dengan menaiki teksi pada kira-kira
jam 3 petang semalam dan beliau sampai di rumah sejam
kemudian

“Sebelum suami saya balik, beliau dimaklumkan oleh
lelaki itu bahawa mereka akan menghantar balik buku
akaun Tabung Haji, resit pengeluaran wang dan resit
pengeluaran wang Bank Islam.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini, lelaki terbabit
tidak datang,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Salbiah membuat laporan polis
di Balai Polis Sitiawan pada kira-kira jam 3 petang
semalam.

Beliau kemudiannya membuat laporan polis sekali lagi
pada kira-kira jam 8 malam bersama-sama suaminya.





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make a great connection at Yahoo! Personals.
http://personals.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke