*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lufti jawab anak Toyo, jgn guna sentimen Melayu bila
dah tersepit. JKR kata kos buat jalan sejauh 20
kilometer sekitar RM40 juta, so Lufti tanya macammana
boleh naik sampai dekat RM100 juta?? Anak Toyo juga
cuba mengelak beberapa tuduhan dgn menuding bekas MB
Selangor yg luluskan utk melepaskan dirinya. Dan yg
terbaru anak Toyo terpaksa guna polis utk tutup mulut
Lufti, nasib baik masih boleh ikat jamin.


KUALA LUMPUR, 28 Okt (Hrkh) - Pengarang, Ahmad Lutfi
Othman ditahan oleh polis dan dibawa ke IPD Seksyen 11
Shah Alam kira-kira jam 4.30 petang tadi selepas
kira-kira 50,000 naskah akhbar Memo11nya dirampas. 

Lutfi yang menghubungi Harakah dalam perjalanan ke
Shah Alam berkata, sekumpulan polis telah datang ke
tempat percetakannya di Shah Alam dan bertindak
merampas semua terbitan tersebut. 

Selepas itu, beliau dibawa ke rumahnya di Ampang
sebelum di bawa ke IPD Seksyen 11, Shah Alah. 

Memo14 adalah akhbar yang diterbitkan khas oleh Lutfi
untuk mendedahkan amalan yang dikatakan rasuah oleh
Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo. 

Beliau bertindak menerbitkan akhbar berkenaan selepas
membuat aduan kepada Ibu Pejabat BPR, Putrajaya
baru-baru ini tentang amalan yang dikatakannya rasuah
tersebut. 

Menurut Lutfi, beliau ke kilang tempat mencetak akhbar
berkenaan apabila berlaku sedikit masalah teknikal
tentang penerbitan tersebut. 

Selepas kejadian itulah, sekumpulan polis telah datang
ke kilang itu dan merampas semua naskah yang telah
siap dicetak. 

"Mereka kata, ia salah. Saya kata belum ditentukan
lagi kerana masih dalam perbicaraan. Lagipun ia bukan
penerbitan berkala sebagaimana yang dilarang melalui
Akta Mesin Cetak. 

"Selepas itu, polis itu berkata, Encik boleh beri
keterangan di balai (polis)," kata Lutfi. 

Lutfi juga memberitahu, serentak dengan penggeledahan
di kilang cetak itu, polis juga ramai kelihatan di
perkarangan pejabatnya di Medan Idaman, Gombak. 

Semalam, dua wartawan dan seorang jurugambar ditahan
oleh polis bersama dengan 45 orang lagi yang berhimpun
di Kemunting bagi membantah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA). 

Berita Tambahan: Walau bagaimana pun Ahmad Lutfi
Othman telah pun dibebaskan dengan diikat jamin pada
malam itu. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make a great connection at Yahoo! Personals.
http://personals.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke