Dipetik dari Berita Harian bertarikh 3-Nov-2001:
 
SEMUA 14 bahagian Puteri Umno di Kelantan sepakat mengambil langkah mendekati golongan pelajar dan penuntut sebagai usaha untuk menjinakkan mereka menjadi generasi pelapis Umno.
Antara petikan (didalam ruangan yang sama) kata-kata Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Machang, Narita Mohamad, 19:
“Saya katakan kepada mereka dengan memasuki Umno, banyak kemudahan daripada kerajaan yang memerintah negara sekarang, termasuk bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi,” katanya.
 
>>>>>>>>>
 
Nampaknya dengan terang-terang Puteri Umno terus melanggar perintah pemimpin umno dalam pada melibatkan golongan pelajar didalam arena politik!
 
Sedangkan ketua Puteri Umno sendiri pun secara terang-terang melibat pelajar dalam politik, lihat petik dari Berita Harian 26-Sep-2001 yang lalu:
Pada masa yang sama, Azalina turut melantik pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nazlina Nazneen Nazir, 19, sebagai penolong bendahari, bagi menggantikan Raja Emylia Raja Lope Ahmad yang meletak jawatan bulan lalu.
 
 
Puteri Umno juga telah terbukti (dalam pengakuan AJK Puteri Umno Machang) cuba merasuah dan menggula-gulakan masyarakat dengan alasan mendapat kemudahan kerajaan dan biasiswa dengan memasuki umno.
 
 
Sebagai flashback, kita lihat kembali petikan kata-kata menteri-menteri umno mengenai pembabitan pelajar dalam kancah politik:
 
>>>>>>>>>>
''Pelajar harus tunjukkan tatasusila yang sopan. Kita tidak mahu ada pelajar terbabit dalam kancah politik dan dipergunakan oleh mana-mana pihak,'' katanya.
(Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pendidikan, Utusan 8-Sep-1998.)
 
 
Katanya, satu garis panduan yang lebih jelas diperlukan supaya tidak berlaku pertembungan seperti yang ada sekarang iaitu apabila pelajar di institusi pengajian tinggi tidak boleh bergiat dalam politik.
 
''Jika tidak, akan berlaku pertembungan antara akta pertubuhan dengan beberapa akta lain termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti,'' katanya yang juga seorang peguam.
(Datuk Rais Yatim, Utusan 16-Okt-1998)
 
 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun telah menjawab pelbagai kekeliruan yang timbul mengenai isu ini apabila menegaskan bahawa pelajar tidak bo-leh berpolitik.
 
Najib yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan bahawa kelonggaran itu hanya diberi kepada golongan belia yang sudah bekerja atau dalam erti kata lain, mereka tercicir dari sekolah.
 
Ini kerana menurut Najib, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang pembabitan mereka dalam sebarang parti politik dan juga kesatuan sekerja.
(Utusan 16-Okt-1998)
 
>>>>>>>>
 
Lagi sekali Umno telah membuktikan hipokrasi mereka bahawa mereka melakukan apa yang mereka sendiri larang!
 
Seperkara lagi, kalau diperhatikan dari petikan BH 3-Nov-2001 diatas, AJK Puteri Umno Machang adalah berumur 19 tahun. Persoalan yang timbul, dalam usia semuda itu, adakah juga merupakan seorang pelajar, atau pun tergolong dalam mereka yang tercicir dari sekolah sepertimana yang disebutkan oleh Datuk Najib???
 
 

_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke