*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Utusan melayu cam rtm jugak, mula-mula dulu cuba nak kutuk-kutuk
> taliban, masalahnya sentimen umat Islam negara ni majoritinya
> sokong taliban, kalau kutuk taliban alamat suratkhabar kurang
> jualan....so dah mula nampak bahasa akhbar2 tempatan mula cakap
> berlapik, instead of kutuk Taliban sekarang mula mengutuk-ngutuk
> Amerika dan sekutunya.
Sebelum berlaku serangan Amerika ke atas Taliban, TV dan akhbar
Malaysia hampir setiap hari mengutuk Taliban, seolah-olah sebuah
negara Afghanistan itu ada pengganas. Tambahan pula, Mahathir
yang beriya-iya mahu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Taliban
adalah penngganas. Tiba-tiba apabila serangan Amerika berlaku,
ummat Islam Malaysia dapat melihat betapa LEBIH ganas lagi
Amerika itu. Oleh itu perjuangan Taliban mendapat simpati ummat
Islam. Pada saat ini, Mahathir tidak dapat lagi mengutuk Taliban
kerana bimbang rakyat akan melihat Mahathir berdiri di belakang
Amerika, padahal dialah orang yang bersetuju Amerika menyerang
Taliban dan Osama.
Sekarang ini di Afghanistan, Pakatan Utara telah berjaya menguasai
beberapa bahagian Afghanistan. Sebenarnya, tindakan Pakatan Utara
tidak direstui oleh pihak Amerika sendiri. Ini kerena sekiranya
Pakatan Utara berjaya memasuki Kabul, situasi akan menjadi amat
rumit bagi Amerika. Ada beberapa hari lagi bulan Ramadan akan men-
jelang.Kita mesti ingat, kemaraan Puak Utara bukan bererti Taliban
sudah kalah. Itu adalah strateji dan perangkap peperangan. Apabila
Puak Utara sudah masuk ke Kabul, ramai tentera Utara akan terdedah
kepada serangan hendap Taliban yang bilangan mereka masih jauh lebih
ramai. Selama ini tentera Pakatan Utara bersembunyi dan sekarang
mereka sudah keluar beramai-ramai untuk menjadi sasaran kepada
tembakan Taliban. Sebab itu Amerika sangat bimbang Pakatan Utara
membuat satu tindakan yang bodoh. Seolah-olah puak Taliban sedang
memasang perangkap untuk ....(1) tentera Pakatan Utara berada
kawasan untuk lebih mudah diserang. (2) menunggu saat tentera darat
Amerika datang supaya Taliban lebih mudah menghapuskan mereka.
Jika tentera darat Amerika tidak datang tepat pada masanya, mungkin
Taliban akan menghapuskan sebilangan besar tentera Pakatan Utara.
Apabila masuk bulan Ramadan, peperangan akan menjadi bertambah
rumit bagi Amerika. Mullah Muhammad Umar sedang menunggu untuk
melancarkan perang gerila yang lama. Taliban mempunyai senjata
dan bekalan untuk perang gerila selama 20 tahun.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>