*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-
orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai auliya', kerana setengah 
mereka menjadi auliya' kepada setengah yang lain; dan siapa di 
antara kamu yang menjadikan mereka auliya', maka ia termasuk 
dalam golongan mereka..[Al-Maidah 5:51]

Antara erti - auliya' - dalam ayat di atas ialah pembantu, kawan
rapat atau pelindung. Jelas ayat di atas melarang ummat Islam
mengambil Amerika sebagai pembantu untuk memerangi ummat Islam
yang lain. Jika mereka berbuat begitu, maka ayat ini menyatakan
mereka menjadi kufur sama dengan kekufuran Yahudi dan Nasrani
(Kristian). Lihat betapa ramai ummat yang mengaku diri mereka
berugama Islam menjadi kufur dalam isu berdiri belakang Amerika
memerangi Taliban.

Bagi saya orang Taliban adalah orang Islam. Mereka berjuang memperta-
hankan tanahair mereka dari dimasuki kafir Amerika. Setakat ini Osama 
Bin Ladin yang dituduh sebagai pengganas belum terbukti bahawa dia 
yang merancang pengeboman bangunan WTC di New York. Amerika telah 
awal-awal lagi menghukum Osama bersalah tanpa diadakan perbicaraan di
mahkamah. Puak Taliban pula tidak mahu menyerah Osama kepada Amerika 
selagi Osama tidak diadili secara Islam. Tambahan pula mengikut ajaran 
Islam, adalah haram menyerah seorang Islam seperti Osama kepada ten-
tera kafir (Amerika). Ketika Taliban meminta Amerika mengadili Osama 
di sebuah negara berkecuali dan mengambil kira apa yang diajarkan 
oleh ugama Islam, maka Amerika dengan angkuh dan benci kepada syariat 
Islam telah menyerang Taliban, kononnya mahu menghapuskan keganasan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke