*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dia mengaku arah siasat konon, padahal dialah yg
paling marah sekali bila Zahid Hamidi dedah amalan
kroni dlm perhimpulan Agong UMNO 1998 dulu.......

Annuar Musa Nafi Terlibat Dalam Penyelewengan Projek
PPRT
  
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bekas Menteri
Pembangunan Luar Bandar Datuk Annuar Musa hari ini
mahu tindakan tegas diambil terhadap sesiapa
sahajayang terlibat dengan penyelewengan wang Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kelantan dan
Terengganu. 


Katanya, beliau sendiri menyedari ada berlaku
penyelewengan dalam urusan syarikat yang mengendalikan
projek di bawah PPRT di negeri-negeri berkenaan pada
tahun 1999 iaitu ketika beliau menjadi Menteri
Pembangunan Luar Bandar.

Beliau sendiri telah mengarahkan pada ketika itu
supaya penyelewengan itu disiasat, katanya pada sidang
media pertama beliau di sini hari ini sejak laporan
isu penyelewengan wang PPRT dilaporkan oleh akhbar
tempatan.

Katanya, banyak fakta yang tidak tepat dan mungkin
menimbulkan salah faham masyarakat terdapat dalam
laporan mengenai isu penyelewengan PPRT sejak
didedahkan pihak media beberapa minggu lepas.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan laporan
akhbar semalam yang memetik sumber polis sebagai
berkata separuh daripada RM47 juta wang penyelewengan
PPRT digunakan untuk kempen pilihan raya 1999 di
Kelantan.

"Saya rela ditembak sekiranya RM20 juta digunakan bagi
kempen itu," katanya.

-- BERNAMA
 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Find the one for you at Yahoo! Personals
http://personals.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke