*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
______________________________________
Sokongan Masalah Komputer Dan Internet
______________________________________
Nota Haris kali ini adalah bagaimana untuk mendapatkan
bantuan kepada masalah komputer dan Internet yang
kita hadapi.
Pengguna baru komputer dan Internet sering menghadapi
masalah dimana untuk bertanya masalah komputer mereka.
Masalah yang tidak dapat diselesaikan akan melemahkan
semangat pengguna baru dan boleh menjauhkan minat
orang ramai terhadap komputer dan Internet.
Ini boleh membantut usaha perkembangan IT dikalangan
penduduk Malaysia.
Kadar pengetahuan IT belum cukup meluas dan jumlah
mereka yang berpengalaman dan pakar komputer masih
berkurangan untuk menampung kadar pengguna komputer
dan Internet yang meningkat.
Satu usaha perlu DILAKUKAN untuk menyatukan, usaha
sokongan kepada masalah komputer dan Internet Malaysia.
Pengguna komputer dan Internet, hanya perlu tahu
satu cara atau laman sebagai rujukan permulaan.
Manakala golongan yang pakar dan berpengetahuan hanya
perlu berada dalam kumpulan sokongan yang mereka
senang dan meminati.
Bantuan untuk masalah komputer dan Internet perlu
dilakukan secara kumpulan (kolektif).
Adalah sukar untuk seorang individu untuk menjawab semua
masalah yang dikemukakan mungkin kerana tiada pengalaman
atau pengetahuan pada sesuatu masalah.
Penyelesaian secara kumpulan juga dapat mengelakkan
sesuatu soalan tiada berjawab. Terus-terang, Haris sendiri
sukar untuk menjawab semua soalan kerana
kesuntukan masa dan sibuk dengan tugasan lain.
Diharapkan dengan senarai laman dan senarai kumpulan email
dalam nota ini dapat gabungkan usaha kita menyatukan
kumpulan sokongan kepada masalah komputer dan Internet.
_______________
Mencari Jawapan
_______________
Sebelum anda mengemukakan soalan, digalakkan anda
mencari sendiri jawapannya di Internet. Anda boleh
menggunakan fungsi carian dengan laman enjin pencari.
Antaranya http://www.google.com/ dan juga
http://www.dmoz.org/
Laman http://www.faqs.org/ pula mempunyai simpanan pelbagai
"Soalan Lazim" pelbagai kumpulan perbincangan NEWS.
Gunakan fungsi carian di laman ini untuk mencari FAQ yang
sesuai.
Server NEWS mempunyai pelbagai kumpulan perbincangan
komputer. Kebanyakan masalah dan penyelesaian boleh
dilihat sini. Kita boleh menggunakan enjin pencari
di laman http://groups.google.com/
Perbincangan NEWS bagi Internet Malaysia boleh anda
lihat disini.
http://groups.google.com/groups?hl=en&group=jaring.pcbase
dan untuk Linux
http://groups.google.com/groups?hl=en&group=jaring.os.linux
( Sambungan/link adalah sambungan yang bercantum
dan panjang. Pelayan email anda mungkin "wrap" ke bawah ).
Haris juga letakkan "Ada fungsi carian" untuk laman
yang anda boleh rujuk semula simpanan perbincangan lama,
dengan fungsi carian laman.
Anda boleh membaca nota mencari di Internet Haris di
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/79
___________________________
Laman Kumpulan Perbincangan
___________________________
Sekiranya usaha pencarian tidak berhasil. Berikut disenaraikan
beberapa laman kumpulan perbincangan yang anda boleh
kemukakan persoalan anda.
(1) http://www.bincang.net/
Ini adalah antara kumpulan perbincangan yang aktif. Masalah
komputer dan Internet boleh anda kemukakan didalam Bilik
Bincang IT. Didalam bilik ini terdapat pelbagai ruang
perbincangan mengikut bidang IT seperti Bincang OS dan Software,
Bincang Sekuriti, Bincang pengaturcaraan dan pelbagai lagi.
http://www.bincang.net/ adalah laman utama untuk Haris.
(2) http://www.ittutor.net/
Laman ini mengkhususkan dirinya untuk perbincangan IT.
(3) http://www.webmastermalaysia.com/
Anda ingin belajar buat laman (website) ? Inilah laman yang
sesuai untuk anda kemukakan soalan yang berkaitan.
Belajar Flash, PHP, XML dan pelbagai lagi disini.
(4) Lain-lain forum yang sesuai.
http://forum.skali.com/
http://www.erakan.net/
http://forum.catcha.com/my/tech/
http://www.kedai.com.my/kk (Kedai Kopi)
http://www.myjelah.com/
Senarai forum-forum lain
http://groups.yahoo.com/group/haris/message/81
___________________________
Kumpulan Perbincangan Email
___________________________
Cadangan dibawah melibat kita perlu berada dalam
senarai email dan perlu menerima banyak email perbincangan
yang ditimbulkan dalam senarai email yang kita
sertai.
Untuk mengelakkan anda menerima banyak email. Haris cadangkan
langgan secara "Digest". Iaitu email-email selama sehari
akan dikumpulkan dalam satu email dan dihantar sekali
(mungkin dua) dalam sehari.
Haris akan senaraikan beberapa kumpulan email yang boleh
kita sertai untuk mengemukakan masalah komputer dan
Internet.
(1) Access-via-email
====================
http://www.faqs.org/faqs/internet-services/access-via-email/
Sebelum kita bermula baik kita cuba dulu mendapatkan
panduan yang sedia ada dengan menghantar email kepada
[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Dalam BODY email letakkan (satu link yang bersambung
panjang)
send usenet/news.answers/internet-services/access-via-email
Panduan ini dikendali oleh Gerald E. Boyd <[EMAIL PROTECTED]>
seorang penulis barat yang sudah lama memberi
panduan kepada ramai pengguna email.
(2) Dunia-Digital ( 2D )
========================
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/
http://duniadigital.cjb.net/
http://www.geocities.com/duniadigital2020/
Kumpulan perbincangan dunia-digital adalah bertujuan untuk memberi
bantuan kepada mereka yang menghadapi masalah mengenai komputer.
Sebagai permulaan kita boleh ajukan soalan masalah komputer
kita disini. Untuk menyertainya, hantarkan email kosong kepada
[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Selepas menyertai senarai email untuk "Digest" hantarkan email
kepada [EMAIL PROTECTED]
Jika mahu melihat email lalu. Sila lawat laman
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/messages
Ada Fungsi Carian yang boleh digunakan. Dalam Bahasa Malaysia.
(3) laman-web
=============
http://groups.yahoo.com/group/laman-web/
Laman-web pula adalan khusus untuk mereka yang berminat untuk
membangunkan laman. Senarai email ini boleh membantu kita dari segi
nasihat dan panduan bagaimana untuk membina laman. Cukup sesuai
untuk kita yang mungkin sukar mencapai laman atau mengunakan
cybercafe untuk mendapatkan bahan. Hantarkan email kepada
[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
Selepas menyertai senarai email untuk "Digest" hantarkan email
kepada [EMAIL PROTECTED]
(4) MyPenguin99
===============
http://groups.yahoo.com/group/mypenguin99/
Haris Petik.
This group is meant for those who participate in our mailing
list called "Penguin" back in 1999. Here, we'll sleep linux,
eat linux, speak linux, bath linux & drink teh tarik
(quoted from sEbOL). Those who wants to discuss & learn linux,
you are welcomed. Let us build our own knowledge here together.
Ada fungsi carian anda boleh gunakan. Dalam Bahasa Malaysia.
(5) Senarai lain Dalam Yahoo.
=============================
http://groups.yahoo.com/group/celik-it/
http://groups.yahoo.com/group/info_komputer/
(6) PC-BASE
===========
ftp://ftp.jaring.my/pub/archives/pcbase/
http://groups.google.com/groups?hl=en&group=jaring.pcbase
Ini adalah kumpulan perbincangan NEWS dan Email yang disediakan
oleh Jaring Malaysia. Kebanyakan posting dalam Bahasa Inggeris.
Hantarkan email kepada
[EMAIL PROTECTED] dan dalam BODY letakkan
subscribe pcbase
Ada fungsi carian dengan link laman diatas.
----------
Untuk kumpulan perbincangan yang kendalikan oleh Internet
barat dan dalam Bahasa Inggeris.
(7) PC-NEWBIE
=============
http://www.sonic.net/bnoble
http://www.christopherzguris.com/search/index.htm
Ada fungsi carian.
Ini adalah SE didalam Bahasa Inggeris yang disertai oleh ramai
pengguna daripada seluruh dunia. PC-NEWBIE agak menarik untuk
mereka yang masih baru dengan penggunaan Komputer. Untuk sertainya
hantarkan email kepada [EMAIL PROTECTED]
dalam BODY email letakkan.
SUBSCRIBE PC-NEWBIE
(8) HELP-NET
============
http://help-net.unl.edu/
http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=HELP-NET&H=CRCVMS.UNL.EDU
HELP-NET adalah kumpulan perbincangan yang membicarakan tentang
masalah dan panduan dalam mencapai Internet. Contohnya jika
menghadapi masalah mencari sesuatu dalam internet. Ajukan soalan
kepada kumpulan ini. SE ini hanya untuk perbincangan mengenai
internet sahaja. Jangan ajukan masalah komputer kepada mereka.
Untuk sertai, hantarkan email kepada [EMAIL PROTECTED]
dalam BODY email
SUB HELP-NET _your_full_name_
(9) PCBUILD
===========
http://freepctech.com/pcbuild.shtml
http://nospin.com/pc/pcbuild.html (lama)
http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=PCBUILD&H=MAELSTROM.STJOHNS.EDU
Bagi kita yang menghadapi masalah dengan perkakas komputer
(hardware), senarai ini sesuai untuk semua sama ada penguna
Linux atau Windows. Hanya soalan mengenai hardware sahaja.
Hantarkan email kepada [EMAIL PROTECTED]
Dalam BODY email
subscribe PCBUILD
(10) PC-ASK
==========
http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=PC-ASK&H=MAELSTROM.STJOHNS.EDU
http://www.yusry.com.sg/pc-ask/
Satu lagi senarai email yang sesuai untuk bertanyakan tentang masalah
PC. Hantarkan email kepada [EMAIL PROTECTED]
Dalam BODY email
subscribe PC-ASK My_Full_Name
(11) ACCMAIL
==========
http://www.geocities.com/CapitolHill/1236/index.html
http://www.lsoft.com/scripts/wl.exe?SL1=ACCMAIL&H=LISTSERV.AOL.COM
Bagi kita yang hanya ada email, kita digalakkan untuk menyertai
SE ini untuk bantuan dan perkembangan baru. Hantarkan email
kepada [EMAIL PROTECTED] dalam BODY
SUB ACCMAIL your_full_name
(12) Email4U
===========
ftp://ftp.netcom.com/pub/gb/gboyd/wsintro.faq
Panduan penggunaan email yang patut kita mencuba. Hantarkan email
kosong kepada [EMAIL PROTECTED] . Ikut arahan yang diberikan.
Pelbagai panduan dengan hanya email sahaja.
(13) Binky
==========
Bagi pengguna email aje. Panduan untuk mencapai internet
dengan email aje telah dikumpulkan dalam applikasi.
Untuk mendapatkannya hantarkan email kepada:-
[EMAIL PROTECTED]
Dalam BODY letakkan :-
SEND texts/em_man/em_ai411.zip
Applikasi diatas dalm format DOS sekitar 220KB
Untuk Windows-base hantarkan email kepada
[EMAIL PROTECTED]
dalam BODY
SEND texts/em_man/em_aiw18.zip
Saiz applikasi di atas lebih kurang 1.5MB
Bagi bantuan untuk server binky dalam BODY
index help
(14) PC-WORK
============
http://pcworkers.com/
Sebuah lagi kumpulan perbincangan komputer dan Internet.
Untuk sertai hantarkan email kosong kepada
[EMAIL PROTECTED]
Dalam BODY email taipkan.
subscribe pcworks
(15) Laman Pencari
==================
Ada pelbagai kumpulan perbincangan email wujud di Internet
barat anda boleh mencuba mencari dengan laman ini.
http://www.lsoft.com/lists/listref.html
http://paml.net/
Gunakan kata kunci computer, internet, Windows atau Linux.
Pelayan Email
=============
Kumpulan email diatas dikendalikan oleh pelbagai jenis pelayan
email. Sedikit panduan pengunaan.
Dalam dunia perbincangan melalui email ada 2 jenis
applikasi utama yang mengendalikan kumpulan perbincangan.
Majordomo http://www.greatcircle.com/majordomo/
dan listserv http://www.listserv.net/
Bila kita mula hendak
berlanggan dengan sesuatu senarai email (SE) kita
akan menghantar email kepada satu alamat email
khas contoh untuk pelayan senarai email di
MAELSTROM.STJOHNS.EDU yang menggunakan listserv
[EMAIL PROTECTED]
Untuk pelayan email yang mengunakan Majordomo pula
alamat email khas bagi hizbi.net adalah (contoh)
[EMAIL PROTECTED]
Setelah kita mengetahui alamat email khas ini
cuba hantarkan email kepada kedua-dua alamat
khas ini dalam BODY email letakkan
help
Kita sepatutnya mendapat email balasan tentang
arahan yang boleh digunakan pada setiap pelayan
komputer itu.
Kita cuba pula arahan lists. Arahan ini cuba menyenaraikan
senarai email yang dikendalikan oleh pelayan komputer itu.
Kali ini kita bertukar komputer pelayan. Untuk listserv hantarkan
email kepada [EMAIL PROTECTED] dalam BODY letakkan
lists global computer
Ini bertujuan untuk mencari senarai email yang membincangkan
tentang komputer. Gantikan perkataan computer dengan perkataan
lain yang hendak kita cari.
Untuk majordomo pula belum lagi ada kemudahan secara
menyeluruh yang mengumpulkan semua senarai email. Kita
hanya boleh menyenaraikan senarai email yang ada dalam
komputer pelayan itu sahaja. Namun cuba hantar email kepada
[EMAIL PROTECTED] dalam BODY letakkan
lists
Kita sepatutnya mendapat jawapan tentang senarai email yang
ada di dalam pelayan komputer itu.
Sebelum kita menyertai senarai email yang kita pilih
perlu juga kita ketahui sedikit keterangan tentang SE pilihan
kita tadi. Contohnya untuk mengetahui keterangan mengenai
senarai email PC-NEWBIE di [EMAIL PROTECTED]
Hantarkan email dalam BODY
info pc-newbie
Maklumat mengenai SE PC-NEWBIE akan dihantarkan.
Untuk berlanggan dalam sesuatu senarai email kita perlu
menghantar kepada alamat pelayan yang kita telah pilih tadi.
Contohnya untuk berada didalam PC-ASK di bawah
[EMAIL PROTECTED] hantarkan
didalam BODY letakkan
subscribe PC-ASK
Kita akan diberikan jawapan email bila kita berjaya menyertai
kumpulan perbincangan ini. Amalan yang penting adalah menyimpan
email balasan daripada komputer pelayan. Ini akan memudahkan
kita bila kita hendak keluar daripada sesuatu SE.
Bagi majordomo pula contohnya untuk berada dalam kumpulan
perbincangan email Hizbi-Net hantarkan email kepada
[EMAIL PROTECTED] dalam BODY email letakkan
subscribe HIZB
Kita sepatutnya mendapat email pengesahan dan kita perlu
menjawab email pengesahan itu barulah dapat sertai kumpulan
yang kita pilih tadi.
Selepas ini kita TIDAK BOLEH lagi menghantar email kepada
alamat KHAS listserv dan majordomo, melainkan arahan yang
telah diberikan dalam email "help". Email untuk SE perlu dihantar
kepada alamat senarai email tadi. Selalunya kita hanya perlu
gantikan listserv atau majordomo dengan nama SE kita. Contohnya
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
Ini selalu menjadi masalah. Jika kita sudah tidak mahu berada
dalam sesuatu SE, jangan sesekali hantar kepada alamat email
SE. Hantarkan kepada alamat khas pelayan komputer SE kita.
Sebab itu penting kita menyimpan email pengesahan sewaktu
kita mula melanggan. Hantarkan email kepada alamat khas dan
dalam BODY letakkan
unsubscribe
Lawat laman ini untuk penjelasan lebih jelas.
http://www.temple.edu/computer_services/b2.html
Panduan Ringkas (TIPS)
======================
Jika anda menyertai mana-mana Senarai Email dan Perbincangan Email.
Pastikan kita adakan folder yang berlainan dan gunakan filter untuk
mengasingkan email-email daripada pelbagai SE supaya memudahkan
anda untuk mengenali email daripada pelbagai SE.
Kita juga boleh memilih langgan dalam "Digest". Email-email dalam SE
akan dikumpulkan dalam satu email. Kita tidak perlu risau menerima
email yang banyak. Panduan ada disediakan dalam email pengesahan
yang pertama. Tidak semua SE menyediakan kemudahan ini.
Email perlu dihantar dalam bentuk PLAIN-TEXT sahaja. Ini disebabkan
pengguna Internet menggunakan pelbagai jenis applikasi email.
Tidak semua adalah serasi antara satu sama lain.
Rujuk laman ini untuk panduan pelbagai applikasi email.
http://www.geocities.com/capitolhill/1236/nomime.html
Bila anda mengajukan soalan. Cuba berikan keterangan yang padat tapi
ringkas mengenai hardware atau software yang anda gunakan.
Sebagai contoh, jangan sebut komputer ACER atau HP. Sebutkan juga
jenis CPU, jumlah memori, besar harddisk dan jenis modem.
Jika melibat applikasi, sebutkan, jenis dan versinya. Nyatakan
masalah dengan jelas dan penuh.
Sekiranya anda dapat menyelesaikan masalah
sila berikan maklumbalas akhir. Ini dapat membantu mereka yang
memberi jawapan, mengetahui jawapan mereka boleh diguna pakai,
disamping dapat kemaskan simpanan email-email jawapan dengan
jawapan dan penyelesaian yang sesuai.
Pastikan anda jangan sesekali menjalankan mana-mana attachment
atau fail yang datang daripada Group melalui email. Ia kemungkinan
adalah trojan atau virus.
Kebanyakan kumpulan email tidak membenarkan sebarang fail atau
attachment dihantar melalui kumpulan.
Anda telah diberi AMARAN.
Rayuan
======
Malaysia memerlukan satu sistem sokongan komputer dan Internet
yang jelas dan cekap. Hanya dengan berada dalam ruang perbincangan
dan senarai email, anda mampu melengkapkan usaha ini.
Sekiranya anda mengenali mereka yang berkemampuan untuk membantu
yang lain dalam soal komputer dan Internet. Kenalkan mereka dengan
laman perbincangan web pelbagai kumpulan email Malaysia,
yang Haris senaraikan ini.
Moga kehadiran mereka yang pakar dapat tingkatkan pengetahuan
yang lain.
Tidak semestinya pakar sahaja menyumbang,
anda juga boleh menyumbang. Setiap masalah
komputer tidak semesti diselesaikan oleh mereka yang pakar.
Pengkongsian pengalaman adakala lebih baik untuk menyelesaikan
sesuatu masalah komputer dan Internet.
Untuk bersikap adil dan terbuka, Haris tidak mencadangkan
mana-mana kumpulan. Pilihlah yang mana anda serasi dan sesuai.
Moga usaha kita semua akan mempertingkatkan perkembangan IT
di Malaysia.
=====
Projek untuk menjadikan User Interface (UI) beberapa applikasi
seperti Mozilla, StarOffice dan LinuxMandrake, ke dalam bahasa
Melayu sedang giat dijalankan. Projek Singa Emas (Locale L10N-MY)
ini memerlukan sumbangan sukarela daripada pelbagai individu
merangkumi pelbagai bidang untuk membantu usaha ini.
Untuk Projek Gabai
http://lists.sourceforge.net/lists/listinfo/gabai-penyumbang
Untuk Projek Singa Emas
http://groups.yahoo.com/group/OpenOffice-L10N-MY
Sertai mereka dengan menyertai senarai email kumpulan
projek ini.
=====
Bagi yang berminat dengan Projek Satulaman. Satulaman untuk setiap
individu. Boleh hantarkan email kepada Autoresponder
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
===
PEMBERITAHUAN
-------------
Beberapa sambungan laman Haris yang melibatkan spree.com dan
terrashare.com, menghadapi masalah. Harap bersabar sehingga
Haris kemaskini semula laman-laman Haris.
Haris akan pindah kesemuanya ke
http://harisfazillah.tripod.com/ dan yang berfungsi
http://alpha.skali.net/~hafnie/html/begining.html
Untuk sebarang pemberitahuan, anda boleh sertai senarai terhad
email Haris di http://groups.yahoo.com/group/haris
Pilih JOINT THIS GROUP
atau dengan menghantar email kosong kepada
[EMAIL PROTECTED] <mailto:haris-
[EMAIL PROTECTED]>
Wassalam.
: )
---------
Nota ini Haris tulis sebagai pengkongsian pengalaman
antara sahabat-sahabat semua. Cadangan dan maklum
balas diterima.
Jangan lupa untuk sertai Dunia-digital dengan
menghantar email kosong kepada
[EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]>
atau melalui link ini
http://www.yahoogroups.com/subscribe/dunia-digital
laman penulis.
http://hafnie.cjb.net/
Haris juga sering berada di Bincang Komputer
http://www.bincang.net/
---------------
Artikel-artikel yang lain Boleh didapati :-
Hantarkan email kosong kepada Autoresponder
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
http://www.portalsinc.com/hafnie
----------------
------- Disclaimer - Pelepasan
Nota ini hanyalah pengkongsian peribadi tanpa ada kaitan
dengan mana-mana pihak secara rasmi atau tidak rasmi. Tiada
juga sokongan dan tidak boleh buat tuntutan kos dan liabiliti.
Used it at your own risk.
Terima Kasih.
Harisfazillah Bin Jamel
http://hafnie.cjb.net/
http://harisfazillah.tripod.com/
14 Nov 2001.
------------------
_______________________________________________________
The FREE service that prevents junk email http://www.mailshell.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]