*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak hairan jika di zaman in ramai dari kalangan ummat yang
mengaku Islam menjadi kufur. Ini diterangkan dalam satu hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah berkata: "Bersegera-
lah kamu beramal sebelum menemui fitnah ( ujian berat terhadap iman )
umpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di
waktu pagi, kemudian di waktu petang dia menjadi kafir, atau
(syak perawi hadith) seseorang yang beriman di waktu petang,
kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah
menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia" [ H.R. Muslim ]
Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan .." kecuali
orang yang hatinya dihidupkan Allah s.w.t dengan ilmu pengetahuan
(ugama)".
Ketika ummat manusia sudah menolak ajaran-ajaran Al-Qur'an,
Allah akan membangkitkan satu perkara yang luarbiasa:
Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan
sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada
mereka bahawa sesungguhnya adalah manusia tidak yakin kepada
ayat-ayat Kami [An-Naml 27:82]
Begitulah dahsyat sekali iman kita diuji ... Lihatlah manusia
yang mengaku Islam sudah ramai menjadi kufur kerana tidak patuh
kepada ajaran Al-Qur'an dengan menyokong tindakan Amerika
menghapuskan ummat Islam Taliban:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-
orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai auliya', kerana setengah
mereka menjadi auliya' kepada setengah yang lain; dan siapa di
antara kamu yang menjadikan mereka auliya', maka ia termasuk
dalam golongan mereka..[Al-Maidah 5:51]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>