*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berfikir taraf tinggi itu, Ialah berfikir yang dipimpin oleh Jiwa, Hasil
fikirannya bak mutiara.
Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, Dengan syarat
kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.
Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu,
orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.
Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, Kedua-duanya adalah untuk menegakkan
kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan
kesombongan dan kebanggaan.
Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, Ertinya ilmu dan
amal itu tiada nilainya di sisi Allah dan manusia.
Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, Ia
sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan, Tetapi
sangat sukar untuk kita nampak akan adanya.
Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, Membawa ilmu menyenangkan
jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, Jikalau diberikan kepada orang ia
akan bertambah, Tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.
Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, Begitulah orang yang
berilmu apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.
Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.
Biar sedikit cakap, banyak amalan, Biar sedikit berbincang tetapi membuahkan
kesepakatan, Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.
Buah akal ialah ilmu pengetahuan, Buah jiwa atau hati ialah iman, Buah
Fizikal ialah kemajuan, Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan
buah di dalam kehidupan.
Alim lisan, pandai bercakap, tidak berbakti, Alim hati, kurang bercakap,
banyak berbakti, Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.
Dipetik dari Nasihat Shukur.com.
Oleh :"Ustaz" Azman Shah ALJabar
http://www.mymasjid.com.my/forum/show.asp?id=48800
myMasjid-Mengembalikan kegemilangan Masjid
myMasjid merupakan laman yang dibiayai oleh para ahli komuniti, sekiranya
anda ingin menyumbang sila email [EMAIL PROTECTED]
Segala persolaan berbangkit berkenaan dengan email ini sila ajukan di Forum
myMasjid
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Muslimah dotcom" <[EMAIL PROTECTED]>