Di petik dari Berita Harian bertarikh 9-Nov-2001, dalam ruangan bertajuk "Cubaan jatuhkan 50 negara Islam":
 
KUALA LUMPUR, Jumaat – Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, wujud
gerakan untuk menjatuhkan kerajaan di 50 negara Islam termasuk Malaysia oleh
kumpulan yang menganggap kerajaan di negara berkenaan tidak cukup Islam.
 
Perdana Menteri berkata, kumpulan yang menyertai gerakan itu, terlalu
menitikberatkan pelaksanaan sistem syariah berbanding keadilan itu sendiri,
temasuk dalam hukum hudud.
 
.
 
"Di Malaysia, kita cuba mentadbir negara dengan cara yang dituntut Islam,
Kata hati kita jelas. Kita akan mempertahankan konsep Islam kita, tidak kira
bagaimana kita diserang, tidak kira sama ada mereka menggunakan keganasan
terhadap kerajaan," katanya.
 
>>>>>>>
 
Apabila Mahathir berkata "...terlalu menitikberatkan pelaksanaan sistem syariah berbanding keadilan itu sendiri,
temasuk dalam hukum hudud.",
tidakkah ini bermakna beliau mengatakan bahawa sistem syariah itu tidak adil???
Bukankah sistem syariah itu adalah sistem/hukum yang berlandaskan Al-Qur'an dan Al-Hadith, iaitu dari Allah dan RasulNya?

_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke