*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Taliban merampas kuasa secara kekerasan yang dibantu oleh Tentera
Pakistan menggulingkan pemimpin Afghanistan yang sah ketika itu iaitu
Presiden Rabani. Rabani diiktiraf oleh PBB dan semua negara Islam sebagai
pemimpin Afghanistan yang sah.

Selepas Taliban berjaya diundurkan dengan bantuan Amerika sepatutnya
Rabani lah orang yang paling layak dan berhak untuk memimpin Afghanistan.
Tetapi ini nampaknya tidak berlaku. Mungkin ini jugalah sebabnya Amerika
telah membelakangkan PBB semasa mengambil tindakan ke atas Afghanistan
dahulu. Dengan cara itu Amerika mempunyai pengaruh besar untuk menentukan
pemimpin Afghanistan masa akan datang.

Amerika lebih senang Afghanistan diperintah oleh seorang Raja atau
diktator yang boleh dicucuk hidung seperti yang dilakukannya kepada
negara-negara arab.

Walaupun Amerika satu masa dulu adalah pejuang fahaman demokrasi tapi
sekarang nampaknya Amerika lebih selesa demokrasi hanya perlu diamalkan
di negaranya saja. Tetapi untuk negara lain pemerintahan demokrasi akan
hanya menyusahkan dia untuk mengawal pemimpin yang tidak menurut
kepentingannya.

Kegagalan Taliban yang kita nampak bukanlah dia kalahkan dengan Amerika,
tetapi kegagalan utama mereka ialah tidak ada sepakatan dengan
pihak-pihak lain di dalam negara Afghanistan itu sendiri. Mereka lebih
mengutamakan masalah kaum, masalah mazhab suni dan syiah melebihi untuk
menggemilangkan Islam itu sendiri. Akhirnya suni tak berjaya, syiah pun
tak kemana. Yang menang nasrani dan yahudi juga.

Orang suni kata orang syiah kafir, orang syiah kata orang suni kafir.
Tapi yang peliknya mereka sembah Tuhan yang sama, tawaf pada kaabah yang
sama. Kalaulah mereka itu kafir, nak masuk Mekah pun patut mereka tak
boleh.

Umat Islam sekarang ini dahagakan kelahiran seorang pemimpin yang boleh
diterima oleh semua pihak tidak kira apa mazhab pun untuk mempersatukan
kita semua. Islam lahir tanpa mazhab, satu hari nanti kita akan dapat
seorang pemimpin yang tidak dibatasi oleh mana-mana mazhab pun. Apa yang
ada dalam otak pemimpin tersebut hanyalah untuk menggemilangkan umat
Islam seluruh dunia. Sudah tentu pemimpin itu adalah Imam Mahadi. Untuk
sampai ke masa itu kita juga mesti ada fikiran seperti Imam Mahadi.
Wallahualam.

nissan sss wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Asm semua,
> Aku rasa alhamdulilah sbb taleban dah kalah.tgklah
> allah seksa mayat diorg...buang dlm parit jer kerana
> hidup diorg menyeksa kaum wanita.ada ke radio&tv
> haram??ingatlah,islam sentiasa ikut peredaran
> zaman.malangnya kat mesia ni ada puak2 terutama pasti
> bulan dan sabit nak balik ke zaman dulu.mcm mana islam
> nak maju cuba  pikir?malu kat org lain la cam
> tu.Ingatlah islam sentiasa menuntut kesederhanaan.kita
> ni org islam yg sederhana saja.
> mesti ada sbb allah turunkan bala kpd taleban.kalau
> pas nak buat cam tu kat mesia lepas berkuasa tak
> taulah aku.harap2 allah tak akan beserta dgn parti
> ajaran setan tu!!insyallah pas akan luput dari mesia
> dlm masa 1o thn.
> Mana org2 pas yg nak sgt berjihad tu?aku harap mayat2
> diaorg tak de dlm parit2 kat kabul tu.kesian je la dpt
> aku katakan pada pas dan taleban sebab perjuangan yg
> sia2.bkn allah je murka,org lain pun sakit hati gak.
> sekian.sila komen dan mencarut atau maki ala-ala yg
> pas selalu buat dlm ceramah diorg tu....
>
> wassalam.
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Find the one for you at Yahoo! Personals
> http://personals.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: nissan sss <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias mohd yusof <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke