*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Semoga pihak universiti atau kerajaan BN tidak
terkejut sekiranya pelajar-pelajar ini akan
memberontak dan menggulingkan kerajaan. #

Bila kerajaan ajar pelajar cara kotor pelajar akan
balas dengan cara kasar

wassalam
aslan
--- hello hi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Pilihanraya Kampus IPTA hambar, tidak berwibawa,
> diragui, penuh konspirasi.
> 
> Pilihanraya kampus yang dirancang untuk dilaksanakan
> secara serentak di semua IPTA pada 22 November 2001
> terpaksa ditangguhkan kerana kemangkatan DYMM Seri
> Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung hari ini pada
> 21 Nov 2001. Pilihanraya ini ditangguhkan sehingga
> hari Isnin 26 Nov 2001.
> 
> Pilihanraya di IPTA kali ini agar hambar, tidak
> berwibawa, diragui, dan penuh dengan konspirasi. 
> 
> Mengapa ia hambar, , tidak berwibawa, diragui, dan
> penuh dengan konspirasi? Ramai pelajar di kebanyakan
> IPTA tidak ketahui dengan jelas mengenainya.
> Meskipun ada pelajar yang dimaklumkan mengenainya
> oleh kawan-kawan dan bakal-bakal calon, tetapi
> kebanyakan pelajar tidak tahu mengenai tempat
> mengundi, cara mengundi, siapakah calon yang
> bertanding. Tidak seperti pilihanraya kampus sebelum
> ini dan pilihanraya umum negara, pilihanraya kampus
> kali ini. Apa bezanya?
> 
> 1.  Sebelum ini calon-calon yang bertanding dalam
> pilihanraya kampus dikehendaki memiliki keputusan
> peperiksaan yang cemerlang bagi mengelakkan golongan
> pelajar aktif ditohmah sibuk berpersatuan atau
> berpolitik dan kecundang dalam peperiksaan.
> Malangnya dengan syarat atau kriteria prestasi
> akademik  PNGK 3.0 di UM membuatkan tidak ramai
> calon pro-UMNO yang layak, maka UM menurunkan syarat
> PNGK kepada 2.5. Di UKM, syarat PNGK diturunkan
> kepada 2.3 bagi membolehkan lebih ramai calon-calon
> pro-UMNO masuk bertanding dalam pilihanraya. Ia juga
> berlaku di UPM.  Jika syarat itu tidak diturunkan,
> maka pasti lebih ramai calon-calon pelajar yang
> pro-Islam akan terus mengekalkan kerusi dan
> menguasai kampus seperti yang berlaku sebelum ini.
> Tindakan ini dilihat sebagai satu tamparan kepada
> Perdana Menteri Malaysia yang sebelum ini merungut
> pelajar-pelajar lemah kerana berpersatuan sedangkan
> yang lemah ialah pelajar-pelajar pro-UMNO yang kini
> sedang berusaha untuk memegang jawatan dalam Pe!
> rsatuan Mahasiswa Universiti (PMU).
> 
> 2.  Calon tidak boleh berkempen kecuali melalui pita
> rakaman video yang hanya (mungkin) ditayangkan di
> tempat-tempat tertentu. Tidak ada majlis pengenalan
> calon lagi kali ini yang lebih meriah dan
> menghidupkan suasana pilihanraya di kampus. Tidak
> dapat dipastikan apakah pihak-pihak yang berwajib
> menayangkan video tersebut telah berbuat demikian
> atau apakah pelajar mempunyai masa tertentu untuk
> mengikuti waktu tayangan yang terhad itu? Lebih
> tidak pasti lagi ialah pihak HEP tidak memantau
> apakah proses kempen penayangan itu dijalankan.
> Kalau hendak dipantau selepas pilihanraya dan baru
> hendak mengambil tindakan ke atas pihak yang
> melaksanakan tugas, sebenarnya telah terlambat dan
> tidak profesional. Adakah ini dinamakan demokrasi
> dalam pilihanraya di mana calon tidak boleh bertemu
> dengan pelajar umum secara terbuka?
> 
> 3.  Pelajar tahun 1 hanya boleh mengundi calon tahun
> 1, pelajar tahun mengundi tahun 2, dan pelajar tahun
> 3 mengundi tahun 3. Memang pelik dan tidak masuk
> akal. Apakah akan berlaku sekiranya tidak ada calon
> dari tahun 1 yang bertanding? Apakah bakal pimpinan
> kampus hanya mewakili pelajar tahun 1 sahaja? Atau
> tahun 2 sahaja? Atau tahun 3 sahaja? Mengapa
> dihadkan peluang bagi pelajar untuk mengundi calon
> mana yang mereka suka? Mengapa dihadkan mengikut
> tahun? Adakah ini demokrasi?
> 
> 4.  Tempat mengundi dihadkan di Kolej kediaman bagi
> pelajar yang tinggal di Kolej kediaman, manakala
> pelajar luar kampus hanya akan mengundi di fakulti
> masing-masing. Bagaimanakah dapat dipastikan
> bilangan undi bagi seseorang calon tidak bercampur
> aduk? Bagaimana kalau ada pelajar mengundi dua kali
> menggunakan kad matrik orang lain atau kad matrik
> palsu? Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa
> tidak ada penipuan dalam proses pengundian kali ini?
> Adakah proses pilihanraya begini dikatakan telus dan
> profesional?
> 
> 5.  Poster pilihanraya di UKM memaklumkan bahawa
> tempat mengundi dibuka dari jam 9 pagi hingga jam
> 4:00 petang sahaja, tetapi pelajar hanya boleh
> mengundi di antara jam 9 hingga 3:30 petang
> menggunakan sistem berkomputer. Selepas jam 3:30
> petang, pelajar akan membuang undi secara manual.
> Mengapa tidak hingga 4:00 petang? Apakah tidak
> mungkin berlaku penipuan dalam tempoh 30 minit
> (antara 3:30  hingga 4:00 petang)? Apakah undi
> secara manual akan dimasukkan dalam komputer? Jika
> ia, mengapa perlu tutup khidmat komputer pada jam
> 3:30 petang? Adakah proses pilihanraya begini telus
> dan berwibawa kalau inilah  caranya?
> 
> 
> 6.  Menurut prosedur pilihanraya di UKM, selepas
> tamat tempoh pembuangan undi, bilangan undi akan
> dikira melalui komputer (apa jadi dengan undi
> manual?). Proses pengiraan undi akan berjalan secara
> tertutup di Pusat Komputer dan ejen-ejen atau
> calon-calon tidak dibenarkan berada di Pusat
> Komputer. Yang anehnya proses pengiraan berjalan
> lebih dari 10 jam (dari jam 4:00 petang hingga 9:00
> pagi esoknya) di Pusat Komputer dan esoknya pada jam
> 9:00 pagi, keputusan pilihanraya akan diumumkan di
> bilik gerakan HEP melalui internet. Pelajar hanya
> akan tahu keputusan melalui komputer (internet).
> Dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini,
> pengumuman keputusan pilihanraya dibuat sejurus
> selesai sahaja pengiraan undi bagi sesuatu kawasan
> atau fakulti. Ertinya, keputusan diumumkan pada hari
> dan malam yang sama. Tetapi prosedur pilihanraya
> kali ini amat meragukan dan boleh dianggap mempunyai
> konspirasi yang cukup terancang.  Ejen-ejen calon
> pilihanraya hanya dibolehkan berada di tempat pemb!
> uangan undi (di Kolej kediaman dan fakulti) tetapi
> menurut HEP, ejen-ejen atau calon-calon tidak 
> dibenarkan berada di Pusat Komputer dan bilik
> gerakan HEP bagi memastikan ketelusan proses
> pilihanraya. Adakah proses pilihanraya begini telus
> dan berwibawa kalau inilah caranya?
> 
> 7.  Setiap calon pilihanraya diberikan nombor oleh
> pihak HEP  selepas hari penamaan calon, tetapi 
> semalam 20 Nov pihak HEP di UKM telah menukar
> nombor-nombor calon menyebabkan pelajar-pelajar
> menjadi keliru mengenai nombor calon mereka. Ada
> pihak menyatakan bahawa pihak berkepentingan
> mendapat maklumat awal bahawa calon-calon mereka
> akan tewas dan oleh kerana itu nombor-nombor calon
> telah ditukar supaya pelajar tidak boleh menghafal
> nombor-nombor calon mereka. Adakah ini demokrasi
> namanya? Adakah proses pilihanraya begini telus dan
> berwibawa kalau begini caranya?
> 
> 8.  Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai pihak
> Bukit Aman menghantar satu pasukan SB ke setiap IPTA
> dan memantau dan membuat laporan pergerakan pelajar
> dalam dua minggu ini sehingga selesai pilihanraya di
> kampus. Sepanjang 5 tahun kebelakangan ini, pihak SB
> tidak pernah lupa untuk turun dengan kereta Wira
> putih mereka dan motor-motor mereka yang telah
> dikenalpasti dengan mudah, termasuk nombor plat
> kenderaan mereka. Perhatian khas SB diberikan kepada
> golongan pelajar yang pro-Islam. Kehadiran SB
> sebenarnya tidak perlu di dalam kampus kecuali untuk
> menakut-nakutkan pelajar sahaja. Adakah ini
> demokrasi namanya?
> 
> 9.  Sepertimana biasa UMNO Pusat, UMNO Selangor dan
> UMNO Bahagian akan turut sama membantu golongan
> pelajar pro-UMNO, pro-BN dengan bantuan kewangan,
> material, dan moral termasuklah berkempen secara
> terang-terangan di kampus. Di UKM petang semalam 20
> Nov 2001, wakil UMNO mengadakan majlis berbuka puasa
> dan melancarkan Tabung AMIN (Akademi Mahasiswa Islam
> Nasional) di Pusanika UKM. AMIN menggantikan TSB
> (Tindakan Siswa Bersatu) di UKM. AMIN adalah
> platform UMNO yang sedang diusahakan pendaftarannya,
> dan AMIN dikatakan bakal mengambilalih PMI
> (Persatuan Mahasiswa Islam kampus atau ISI di UKM)
> apabila PMI diharamkan kelak jika dapat disabitkan
> aktiviti PMI/ISI dengan KMM atau pro-pembangkang.
> Pelajar-pelajar di UKM tertanya-tanya bila pula AMIN
> didaftarkan di UKM atau telah didaftarkan di Pejabat
> Pendaftar Pertubuhan? Siapa pula yang jaga Tabung 
> AMIN? Bukankah ini double-standard? UMNO boleh
> kampus, parti lain tak boleh. Di Universiti Malaya,
> Pemuda UMNO tanpa segan silu berkemp!
> en bagi pihak pelajar pro-UMNO dan lambang UMNO
> jelas terpapar di sana sini dalam kampus.
> 
> 10. Terdapat juga maklumat yang bocor dari
> pihak-pihak tertentu bahawa usaha menambah kertas
> undi hantu akan dibuat jika terdapat tanda-tanda
> golongan pelajar pro-UMNO akan tewas lagi kali ini.
> Ruang ini memang ada dan mudah berlaku kerana proses
> pembuangan undi berlaku di kolej kediaman dan
> pengiraan undi berlaku di Pusat Komputer tanpa ada
> badan bebas yang mengawas serta proses pengiraan
> mengambil 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: aslan adzouli <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke