*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 3 Adegan Pengalaman Menarik dengan Tok Guru Nik Aziz
> (II)
> Oleh : DINSMAN (Majalah Tamadun)
> ....sambungan Adegan Dua
> Beberapa hari selepas itu, Menteri Besar membuat
> lawatan ke Tok Bali, sebuah
> pekan kecil di pinggir pantai dalam jajahan Pasir
> Putih. Mengikut jadual
> rasmi, rombongan Menteri Besar akan bertolak dari
> Kota Darulnaim (kompleks
> pejabat MB dan SUK) pada pukul 8.45 pagi. Tetapi
> seperti biasa saya akan
> meminta nasihat daripada pegawai peribadi MB, yang
> mesra dengan panggilan
> Pak Ya.
> "Tok Guru pergi terus daripada rumah," kata Pak Ya.
> "Pukul berapa?" tanya saya.
> "Pukul lapan," jawabnya. "Tok Guru pergi dulu. Kita
> berjalan perlahan-lahan.
> Pegawai akan bertolak pukul 8.45."
> "Okey, kita jumpa di sana," kata saya.
> "Di Tok Bali, Tok Guru berhenti di mana?" tanya saya
> pula.
> "Kita jumpa dekat jambatan," jawab Pak Ya.
> Sebut saja jambatan Tok Bali, orang yang pernah ke
> sana tahulah landmark
> itu. Sesiapa pun tak akan terlepas, kerana buat masa
> ini jambatan itu
> merupakan landmark yang paling menonjol sekali, dan
> mudah dicari.
> Selepas sarapan kami pun bertolak menuju ke Tok
> Bali, dengan memandu dalam
> keadaan biasa, tanpa perlu mengejar waktu. Bukankah
> menteri besar pun,
> seperti kata Pak Ya, akan berjalan perlahan-lahan!
> Tok Bali, mengikut perancangannya, akan dibangunkan
> menjadi sebuah pusat
> pendaratan ikan yang terbesar di rantau ini. Itu
> mengikut perancangan. Maka
> ada beberapa projek besar dalam perancangan itu.
> Tetapi hingga hari ini
> nampaknya perancangan itu masih jauh daripada
> menjadi kenyataan. Khabarnya
> inilah tujuan menteri besar membuat lawatan - untuk
> melihat sendiri mengapa
> terjadi kelewatan tersebut, dan apakah
> masalah-masalahnya.
> Kami sampai ke jambatan Tok Bali kira-kira pukul
> 9.00 pagi. Sambil
> menyeberang jambatan itu kami melihat-lihat
> sekeliling mencari tanda
> kehadiran menteri besar.
> Tidak kelihatan sebarang tanda, kami pun membelok ke
> kanan untuk menuju ke
> sungai di bawah jambatan, dengan harapan ada sudut
> yang cantik untuk
> mengambil establishing shot. Cuaca pagi itu memang
> cantik. Langit cerah
> membiru.
> Sebaik sahaja kami membelok, kelihatan Pak Ya sedang
> menggawang tangannya
> memanggil kami. Dan apabila kami menghampiri tempat
> itu, kelihatan kedai
> kopi sebuah, yang sederhana sebagai kedai kopi
> kampung, dan kereta Proton
> Perdana Menteri Besar terletak di hadapannya.
> Rupa-rupanya Tok Guru Menteri Besar sedang minum
> kopi di restoran kampung,
> bersama dengan pegawai peribadi dan drebarnya. Aduh,
> sungguh damainya dia!
> Duduk bertiga di meja bahagian depan restoran itu,
> menikmati sarapan sambil
> menikmati suasana pagi yang segar.
> Suasana sungguh tenang. Tidak ramai orang di
> restoran itu. Hanya ada dua
> orang lain di meja bahagian dalam kedai. Di luar
> kedai kelihatan dua ekor
> kambing sedang berjalan cari makan. Beberapa ekor
> kucing bermain di bawah
> meja.
> "Makan dulu," kata Tok Guru Menteri Besar, mesra,
> ketika saya menghampiri.
> "Kami dah makan Tok Guru. Nak ambil gambar dulu,"
> jawab saya.
> Waktu itu Nasir Jani sibuk mencari sudut yang baik,
> sambil memberi arahan
> kepada jurugambar untuk merakamkan adegan yang tidak
> diduga itu - adegan
> bonus yang tidak ada di dalam "skrip".
> Selesai kami mengambil "gambar" Tok Guru Menteri
> Besar bersarapan di
> restoran terbuka di suatu pagi yang indah dan damai
> itu, barulah para
> pegawai pun tiba seorang demi seorang, termasuk
> Timbalan Menteri Besar yang
> tiba dengan kereta Mercedes.
> ....bersambung
> NOTA: Kami akan mengeluarkan VCD "Seminggu Dalam
> Kehidupan Tok Guru Nik
> Aziz" ini , sepanjang 60 minit, dan akan
> mengedarkannya di pasaran selepas
> hari raya Idul-Fitr nanti. Sesiapa yang berminat
> membeli atau menjadi
> pengedar, sila hubungi Penerbitan Pemuda melalui
> surat atau telefon/fax
> 03-40243531 atau 019-3432056 (Zabidi) atau e-mail
> [EMAIL PROTECTED]
> 
> 
> 
> 
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke