*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalaamu'alaikum semua,
Ustaz Uthman El-Muhammadi adalah tok guru dan kawan baik saya.
Baru-baru ini saya mendapat alamat emel dia dan menghantar berita-
berita semasa kepada dia. Apakah komen ustaz Uthman El-Muhammadi
buat terhadap Astora Jabat? Sila forward komen beliau kepada
saya.
Sebenarnya Ustaz Uthman dan saya sealiran dalam mempertahankan
ulama dan kitab-kitan karangan mereka. Adalah menjadi bala dan
bahaya yang besar orang macam Astora menulis dalam akhbar
menghentam ulama-ulama Islam. Saya sendiri pernah menulis kepada
Astora tetapi dia bukan mahu sangat mendengar huraian dan nash
daripada kitab-kitab tua. Barangkali dia fikir kita adalah
kolot berpandu kepada ulama. Kita suka mendengar nama-nama
ulama seperti Ibnu Hajar Asqolani, Imam Sayuti, Ibnu Qadamah,
Imam Nawawi, Imam Al-Qurthubi, ...dsbnya. Mereka merupakan
ulama silam yang banyak menyumbang kitab-kitab karangan mereka
bermutu. Mereka adalah pakar-pakar dalam berbagai bidang spt nahu,
lughah, syair, usul-fekah, tafsir, hadith ..dsbnya.
Astora pula ...banyak menggunakan otak modennya. Soal tutup
aurat wanita sudah sah telah disepakati oleh jumhur ulama
dahulu dan sekarang. Ini pula ada manusia yang bernama Astora
mahu mempertikai soal ijma'? Soal jihad pula, tak perlu kita
tunggu "fatwa" Mahathir, kita boleh buka kitab-kitab fekah
dan baca sendiri apa kata ulama yang muktabar.
Memang sekarang dunia sudah TERLALU hampir akhir zaman. Puak
Islam akan kalah teruk, kemudian mereka akan bangkit semula
menentang puak kuffar dan munafik. Kita percaya puak kuffar
boleh dikalahkan, dan ini adalah melalui cara peperangan,
sepertimana di sebut dalam Al-Qur'an dan Hadith. Tentu sekali
Imam Al-Mahdi dan Nabi Isa akan datang memimpin kita melawan
Amerika dan sekutu-sekutunya. Tunggulah masanya ... Barang
siapa tidak percaya ini akan berlaku, maka samalah dia menolak
ajaran Al-Qur'an dan Hadith tentang kejadian akhir zaman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>