*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
To:                     [EMAIL PROTECTED]
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>
Date sent:              Mon, 26 Nov 2001 00:56:23 -0800 (PST)
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] odit



From:                   DABZA <[EMAIL PROTECTED]>

ODIT LIDAH

Pada hidup ini ada penyakit dan penawarnya.
Rugilah mereka yang mencari penyakit, melupakan
penawar. 
Adakalanya manusia mencari penyakit kerana merasakan
ianya adalah penawar, dan menjauhi penawar kerana
merasakan ianya adalah penyakit. Mereka tertipu oleh
bisikan syaitan.

"Dan mengapakah mereka tidak bermohon kepada Allah
dengan merendahkan diri,
ketika datang siksaan Kami kepada mereka? Bahkan hati
mereka telah keras dan
syaitan pun mencantikkan 
amalan-amalan mereka (yang salah itu)."
(Al-An'am: 43)

Salah satu saluran yang digunakan oleh syaitan untuk
memperdayakan manusia
ialah lidah.

"Kebanyakan dosa anak Adam adalah dari lidahnya."
(Hadis Thabrani dan Baihaqi dengan sanad baik)

Sahabat-sahabat Nabi amat kuat berjihad untuk
menegakkan Islam. Mereka juga
kuat berjihad untuk mengawal diri sendiri, terutamanya
lidah.

Telah berkata Omar Al-Khattab:
"Selalulah kamu berzikir kepada Allah, kerana ia
adalah penawar. Jauhilah dari
menyebut-nyebut tentang kecacatan manusia, 
kerana itu adalah penyakit."

Berkata Ibn 'Abbas
"Apabila kamu hendak menyebutkan tentang kecacatan
orang lain, 
sebutlah tentang kecacatan dirimu."

Manusia hari ini banyak bercakap tentang sistem odit.
Rupa-rupanya mengodit
keluar masuk harta benda kadang-kala lebih mudah dari
mengaudit keluar masuk
lidah sendiri.

Muhammad bin Wasi' pernah menasihati Malik bin Dinar:
"Wahai Aba Yahya, menjaga lidah itu lebih sukar bagi
manusia dari 
menjaga dinar dan dirham."

Mampu mengawal lidah melambangkan kekuatan iman.
Melambangkan kegagahan diri.

"Apabila kamu melihat seseorang mukmin itu pendiam
(melainkan pada perkara yang
perlu) dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah
dia. Kerana ia akan
mengajar mu tentang ilmu-hikmah."
(Hadis Ibn Majah)

Muga-muga puasa kita merupakan latihan untuk mencapai
kegagahan ini.

DD

ODIT ILMU 

Ilmu adalah pintu gerbang kepada kebaikan dan
petunjuk. Apatah lagi ilmu agama.
Tidak ada kebaikan tanpanya.

" Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya,
Allah permantapkan ilmu
deen (agama)nya dan diilhamkan kepadanya petunjuk."
(Muslim)

Malah satu diantara tanda-tanda kemunafikan ialah,
sikap acuh tak acuh dengan
ilmu agama.

"Dua sifat tidak ada pada orang-orang munafik: elok
pekerti dan kemantapan
dalam kefahaman agama."  (Tarmizi)

Manusia akan mati ketika berhenti pernafasan dan
degupan jantungnya. Hati
manusia pula akan mati tanpa ilmu.

Telah berkata Fathul Mausuli:
"Hati, jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama
tiga hari, matilah hati
itu."  (Ihya' Ulumuddin)

Kita sering berdoa meminta Allah kurniakan 'hasanah di
dunia' kepada kita.
'Hasanah' di dunia ini tidak akan diperolehi tanpa
ilmu.

"Wahai Tuhan kami kurniakanlah hasanah bagi kami di
dunia dan 
hasanah bagi kami di akhirat." (Al-Baqarah: 201)

Imam Al-Hasan menafsirkan 'hasanah di dunia' sebagai
ilmu dan ibadah 
dan 'hasanah di akhirat' sebagai syurga.

Banyak isu-isu semasa memerlukan ilmu untuk
memahaminya dan meletakkannya pada
perspektifnya yang betul.

- Golongan anti-hadis mengingkari hadis. 
Bagaimana untuk menangkis kesesatan mereka?
- Golongan yang mengatakan hukum-hakam dan peraturan
Islam tidak relevan.
Benarkah ini, dan apakah yang dikatakan oleh Quran dan
Sunnah tentang ini.
- Islam kolot dan tidak saintifik. Benarkah ini?
- Islam menghina wanita. Bagaimana untuk menangkis
dakwaan ini?
- Mohammad di dalam Kitab-kitab dahulu. Mengetahui
tentangnya merupakan satu
aset kepada dakwah non-Muslim.

Dan banyak lagi.

Jangan tangguh - tangguh dalam aspek pencarian ilmu.
Islam memusuhi kejahilan.
Jangan biarkan diri kita di penjuru musuh!

Berkata Abdullah Ibn Masud:
"Hendaklah kamu mencari ilmu sebelum ilmu diangkat.
Sesungguhnya tidak ada
seorangpun yang dilahirkan berilmu. Ilmu diperolehi
dengan belajar."

Baik sekali jika ini dapat dihayati di musim Ramadan
ini.

DD

ODIT SOLAT

Iman memerlukan pembuktian. Solat fardu merupakan satu
di antara pembuktian
iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah
meruntuhkan agamanya. 

"Seorang lelaki telah mendatangi Rasul dan bertanya:
'Ya Rasulallah, apakah
amal yang paling disukai Allah?' Jawab Nabi:
'Sembahyang tepat pada waktunya.
Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama
baginya. 
Sembahyang adalah tiang agama."
(Baihaqi)

Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup
seseorang. Meninggalkan
sembahyang fardu bermakna telah memutuskan diri dari
pemeliharaan itu.

"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja, dia telah terputus
dari pemeliharaan Allah."
(Ibn Majah & Baihaqi)

Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika
sembahyang diabaikan,
dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia
yang terkutuk itu.

"Barangsiapa memelihara solat (yang fardu), maka
baginya cahaya, bukti dan
kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak
memeliharanya, tidak ada
baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat.
Malah pada hari kiamat,
dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan
Ubai bin Khalaf."
(Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)

Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu
yang lain (qadhaan) juga
adalah suatu yang dicela oleh agama. 

"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan
yang akan melalaikan 
sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan 
bertemu dengan kesesatan."
(Maryam: 59)

Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah
berkata:
 "Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama
sekali, 
tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari
waktunya."
(Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)

Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata: 
"Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang
waktu asar, tidak
bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah
seterusnya. Mereka yang
berterusan seperti ini tanpa bertaubat, akan
dimasukkan ke dalam sebuah lembah
khas di neraka."

Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.

"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah
meninggalkan sembahyang."
(Hadis Muslim)

Dan juga

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir
ia."
(Hadis Ahmad)

Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan

kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada
Islam. 
Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau
mempersendakan perintah
Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari
agama (murtad).
Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama.
(Fiqhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)

Muga-muga puasa kali ini menimbulkan kesedaran ke arah
peningkatan amal yang
lebih baik.

Wassalam.
DD

ODIT DOSA-DOSA

Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah
menjauhi dosa-dosa. Ia
lambang kekukuhan iman.

"Tidak berzina seorang penzina jika dia beriman. Tidak
mencuri seorang pencuri
jika dia beriman. Namun  pintu taubat terbuka luas."
(Tarmizi)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah
amal yang paling utama.

"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi 
orang yang paling kuat beribadah."
(Hadis - Abu Ya'la)

Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Aisyah telah berkata:
"Sesungguhnya kamu melupakan ibadah yang paling utama,

yaitu wara' (yakni: menjauhi yang haram)."

Abdullah ibn Omar pula memperingatkan:
"Jika kamu mengerjakan solat seperti busur yang
melengkung dan berpuasa
sehingga kamu menjadi seperti anak panah kerana
kekurusan, tidaklah itu
diterima daripada kamu, melainkan 
dengan wara' (menjauhi haram) yang mendinding."

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata:
"Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang
ialah meninggalkan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."

Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada
meninggalkan
larangannya.

Imam Ahmad ibn Hanbal berkata:
"Sesungguhnya larangan itu adalah lebih berat 
daripada perintah suruhan."

Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang
berpuasa tetapi masih
bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam
perjalanan ke kasino untuk
memuaskan nafsu. Bersembahyang tetapi rajin mengumpat.
Sentiasa memegang tasbih
untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang
kepada orang lain.

Orang yang mantap kefahamannya tentang agama
mengetahui bahawa meninggalkan
kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil,
teramat penting dalam usaha
mendekatkan diri kepada Allah.

Abdullah ibn Omar berkata:
"Sesungguhnya memulangkan kembali perkara kecil
(sedikit) yang haram adalah
lebih baik daripada membelanjakan 
seratus ribu dinar pada jalan Allah."

Imam Abdullah bin Mubarak pula telah berkata:
"Sesungguhnya menolak sebutir dirham yang syubhat
lebih aku sukai daripada
bersedekah seratus ribu sehingga sembilan ratus ribu
dirham."

Berzikrullah adalah baik. Tetapi jika sekadar dengan
lidah, ianya belum
mencukupi.

Maimun ibn Mahran telah berkata:
"Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang
lebih baik ialah mengingati
Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."

Rezeki yang diperolehi dari perbuatan dan pekerjaan
yang haram, walaupun
digunakan unutk ketaatan, tidak akan membantu kita ke
arah taqarrub kepada
Allah.

Berkata Imam Sufyan at-Thauri:
"Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati
Allah, perbuatannya adalah
seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang
bernajis dengan menggunakan
air kencing."

Walau bagaimanapun, manusia tidak maksum. Insan ada
kelemahannya. Kelemahan ini
bukannya alasan untuk berterusan melakukan dosa,
sebaliknya untuk lebih
berhati-hati dan berjaga-jaga. Pintu taubah sentiasa
terbuka. Hadis ada
menceritakan tentang seorang dari Bani Israil yang
telah membunuh 100 orang,
kemudian insaf dan bertaubat. Allah terima taubatnya.

Muga-muga Ramadan kali meningkatkan kesedaran kita
bersama untuk menjauhi semua
yang dilarang agama menuju ketakwaan yang dituntut.

Wassalam.
DD


__________________________________________________

Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files

Side Income? : 
http://www.dynamicsms.com.au/intro.asp?ref=0197608783&refc=348
 






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke