*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari laman web umno online
Terlalu Asyik Dengan Usrah Punca Pelajar Melayu Di IPTA Lemah
Kuala Lumpur -- Kementerian Pendidikan mengesan antara punca kelemahan pelajar Melayu
di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ialah terlalu
asyik dengan program-program usrah sehingga menjejaskan masa menelaah pelajaran.
Setiausaha Parlimennya, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata, punca kegagalan pelajar di
IPTA adalah pelbagai dan ini termasuk kurang memberi masa yang cukup dalam pelajaran
akibat penglibatan yang melampau dalam aktiviti-aktiviti luar yang tiada kaitan dengan
pelajaran.
Menurutnya, maklumat yang diterima ialah pelajar IPTA yang gagal disebabkan mereka
tidak dapat menyiapkan tugasan bertulis yang menyumbang kepada separuh daripada markah
peperiksaan.
``Mereka tiap-tiap malam mengikuti usrah yang dikendalikan oleh parti pembangkang.
``Mula-mula usrah kemudiannya menjadi muzakarah. Bermula 8 malam hingga 12 malam. Masa
itu sepatutnya diguna untuk menyiapkan tugasan,'''' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Abdul Fatah Haron (Pas-Rantau Panjang) mengenai bilangan
pelajar yang gagal kerana mengikuti program menguatkan aqidah, mengukuhkan iman
seperti usrah, tamrin, qiamulail, muqayyam, rehlah dan
sebagainya.
Mahadzir berkata, peratusan pelajar yang gagal di semua IPTA dan yang dibuang dari
IPTA hanyalah 1 peratus daripada 277,083 orang pelajar di semua IPTA.
Menurutnya, terdapat dua kategori iaitu yang pertama, dibuang dan mereka yang gagal
tetapi diberi peluang kedua dan ketiga untuk meneruskan pengajian.
``Kita tidak menghalang apa kegiatan agama sekalipun, cuma kita berpandangan kita
wajar meletakkan keutamaan tumpuan kepada pelajaran.
�Sebab persoalannya, setiap pelajar yang datang khususnya dari luar bandar seperti
Kelantan dan Terengganu, apakah mereka menggunakan masa yang singkat itu untuk
menelaah pelajaran?,'''' katanya.
Have you gotten your free email at fishing.com or flyfishing.com? I got mine, come
get yours! Visit www.fishing.com or www.flyfishing.com to sign up!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Arowana" <[EMAIL PROTECTED]>