*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Berita terkini. Sumber dari UUM.
TEKS SIDANG MEDIA
OLEH:
KOL. PROF. DATO' DR. AHMAD FAWZI B. MOHD. BASRI
NAIB CANSELOR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------------
---------------------
TARIKH: 27 NOVEMBER 2001
UUM Kesal akhbar PAS menfitnah
SINTOK, 27 Nov 2001: Universiti Utara Malaysia (UUM)
kesal dengan fitnah
yang dilemparkan kepadanya oleh sebuah buletin tabloit
keluaran terbaru PAS
Kedah bilangan 1001 (10).
Menurut berita di muka 18 yang bertajuk "UUM Gagal
Tangani Penyakit
Sosial", perbuatan maksiat di kalangan pelajar UUM
amat serius.
Buletin "Fitrah" itu antara lain mendakwa Kolej MAS
UUM merupakan
tempat
hisap ganja dan kelab 'gay'.
Buletin itu juga melaporkan kononnya seorang pelajar
perempuan keturunan
Cina dari Kelantan dirogol oleh seorang kakitangan
keselamatan UUM
keturunan India.
Menurut buletin itu lagi, pihak pentadbiran UUM
memberi dua pilihan kepada
pelajar yang menjadi mangsa rogol itu sama ada mahukan
duit atau ijazah
kepujian kelas pertama sebagai sogokan untuk menutup
kes tersebut.
Kononnya pelajar yang menjadi mangsa itu dan
keluarganya bersetuju menerima
tawaran untuk mendapat ijazah kepujian kelas pertama
oleh UUM menerima
tawaran untuk mendapat ijazah kepujian kelas pertama
oleh UUM supaya
kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis.
Berita yang memetik sumber seorang pemimpin pelajar
itu juga mendakwa
kakitangan keselamatan yang disyaki merogol itu telah
dibuang kerja dan
pernah melakukan kesalahan yang sama tetapi dilindungi
oleh pihak
pentadbiran UUM.
Buletin itu juga mendakwa rungutan-rungutan daripada
mahasiswa yang
disampaikan kepada pihak pengurusan UUM tidak diambil
tindakan dan dianggap
sebagai perkara remeh sahaja.
Universiti Utara Malaysia ingin menegaskan, semua yang
ditulis itu adalah
tidak benar, berunsur fitnah dan mempunyai niat jahat
untuk mencemarkan
maruah dan nama baik UUM.
Sehubungan dengan ini, UUM akan mengambil tindakan
undang-undang ke atas
pihak terbabit iaitu penulis berita tersebut, editor
buletin Fitrah, PAS
Kedah sebagai penerbitnya dan syarikat percetakannya.
Pihak UUM menggesa pihak-pihak terbabit meminta maaf
secara terbuka di
samping akan mendapatkan injunksi untuk menghalang
mereka daripada terus
mengeluarkan artikel seumpamanya pada masa akan
datang.
Selain itu, UUM juga menimbangkan untuk menuntut
pihak-pihak terbabit
membayar ganti rugi kepada UUM di atas penyiaran
berita tersebut.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: aslan adzouli <[EMAIL PROTECTED]>