*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KUALA LUMPUR, Rabu 28 Nov. - Ahli Parlimen Pas Mahfuz
Omar hari ini mempertikaikan kenapakah Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) melabur sejumlah wang pencarum
di dalam sektor-sektor perniagaan yang boleh
dipertikaikan oleh umat Islam.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendedahkan pada sidang
Dewan Rakyat hari ini KWSP telah melabur RM501 juta
dalam sebuah syarikat pembuat rokok iaitu British
American Tobacco (M) Bhd pada 28 Febuari lalu; RM38
juta dalam syarikat Genting Bhd pada 20 April dan
RM4.3 juta dalam Guinness Anchor Bhd pada 11
September.

Ini katanya tidak mencerminkan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam. 

Semasa menjawab pertanyaannya itu, Timbalan Menteri
Kewangan, Datuk Chan Kong Choy menjelaskan, KWSP
mempunyai dasar untuk melabur di dalam
syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL) yang mempunyai fundamental
perniagaan yang kukuh, potensi jangka panjang serta
pengurusan yang cekap.

Beliau tidak menafikan dakwaan Mahfuz bahawa KWSP
telah melabur di dalam syarikat-syarikat berkenaan
tetapi menegaskan bahawa dana awam itu tidak akan
melabur lagi di dalam syarikat yang mempunyai hubungan
dengan industri perjudian atau minuman keras pada masa
hadapan.

Mengenai pelaburan KWSP di dalam syarikat rokok pula,
Chan berkata, ia dilakukan kerana margin keuntungan
yang tinggi serta potensi pembayaran dividen yang
tinggi.

Chan juga menjelaskan bahawa KWSP akan menarik diri
daripada terus melabur di dalam syarikat-syarikat
tersebut sebaik sahaja harga di pasaran saham kembali
pulih.

Dalam pada itu beliau turut memberitahu dewan, lembaga
pengarah KWSP telah melantik konsultan yang
berlatarbelakangkan pengetahuan undang-undang syariah
sebagai penasihat dalam potfolio dana pelaburannya.

Tahun lalu, KWSP telah dikritik oleh orang-ramai
setelah kehilangan RM750 juta akibat melabur di dalam
syarikat-syarikat yang tidak menguntungkan. 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! GeoCities - quick and easy web site hosting, just $8.95/month.
http://geocities.yahoo.com/ps/info1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke