*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: Norma Nanang <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, November 28, 2001 11:26 AM
Subject: FW: Tazkirah - Bonus Ramadhan(al-Qadr)

LAILATUL-QADR: GANJARAN ISTIMEWA UNTUK MUJAHID
                                        DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah Allah telah memberi peluang kepada kita menikmati Ramadhan
tahun ini, bulan keampunan,bulan rahmat dan bulan pelepasan dari neraka.
Peluang hanya datang setahun sekali; tahun depan kita belum pasti bertemu
Ramadhan lagi. Semestinya kita mengambil kesempatan dan peluang yang terbuka
luas ini bagi merebut tawaran maha hebat yang tidak pernah ditawarkan oleh
mana-mana agensi , syarikat dan pasaraya di dunia ini..

Nabi Muhammad saw sekembalinya dari satu peperangan,memberitahu para
sahabatnya bahawa mereka baru kembali dari satu peperangan yang kecil dan
sedang menuju ke satu peperangan yang lebih besar dan lebih sengit. Para
sahabat menjadi bingung dan tertanya-tanya adakah peperangan yang lebih
hebat daripada itu.Nabi menjelaskan peperangan yang dimaksudkan yang lebih
dahsyat ialah berperang degan hawa nafsu.

Berperang dengan nafsu dikatakan jihad yang lebih besar daripada n buah
khuldi tetapi malang berjaya dikalahkan oleh nafsu perut mereka lalu khuldi
dimakan dan sekaligus tersingkap aurat kemaluannya. Terbukti dengan menurut
nafsu perut membangkitkan nafsu-nafsu lain seperti nafsu kelamin yang
dahsyat dan keras dorongannya. Kemudian diikuti dengan nafsu mencari harta,
nafsu mencari pangkat, nafsu mencari kekayaan dan kesemuanya ini menimbulkan
pelbagai gejala penyakit lain seperti dengki, hasad, iri hati, permusuhan
dan saling membenci antara satu sama lain. Akhirnya dunia akan dipenuhi
dengan pelbagai arus dan trend maksiat, kejahatan dan kemungkaran. Pucuk
pangkal dari semua ini ialah menurut nafsu perut.

Setiap penyakit ada ubat. Allah menurunkan penyakit dan ubatnya sekali. Ubat
bagi penyakit nafsu ialah berpuasa. Kenapa puasa dianggap sebagai
ubat/resipe memerangi godaan nafsu? Jawapannya terkandung dalam hadith Nabi
saw:

         "Perangilah nafsumu dengan lapar dan dahaga kerana pahala yang
demikian menyamai pahala orang yang
         berperang di jalan Allah."

Berpuasa menyempitkan tempat laluan Iblis. Oleh itu memudahkan diri kita
untuk tunduk kepada perintah Allah. Pada masa yang sama tidak mengikut jalan
nafsu dan kedurhakaan serta tidak terikut-ikut dengan budaya kemewahan dan
mengutamakan dunia dari akhirat.

Dalam satu riwayat ada menceritakan 'orang yang paling tinggi darjatnya di
sisi Allah pada hari kiamat ialah mereka yang lama berlapar dan sentiasa
merenung kebesaran Allah swt.' Pada riwayat lain, Nabi Muhammad saw bersabda
"Ketuklah selalu pintu syurga supaya dibukakan untukmu. Bila Aisyah bertanya
bagaimana, Nabi  menerangkan dengan lapar dan dahaga."

Nabi juga ada bersabda "manusia yang paling lama menderita kelaparan pada
hari kiamat ialah mereka yang  paling lama kenyangnya di dunia."

Baginda Rasulullah saw sendiri belum pernah merasakan kekenyangan malahan
pernah tidak merasakan sebarang makanan selama berhari-hari sehinggalah
baginda wafat. Di antara kebaikan daripada berpuasa ialah seperti berikut:

              1. membersihkan hati dan menajam fikiran
              2. memperhalus jiwa dan rohani sehingga terasa lazat beribadat
              3. menghilangkan rasa sombong diri dan angkuh
              4. merasa dan sentiasa ingat akan ujian dan cobaan Allah
              5. merobohkan kubu pertahanan nafsu
              6. mengurangkan rasa mengantuk dan tidur supaya berpeluang
beribadat kepada Allah
              7. membuka peluang seluasnya untuk ibadat
              8. menyihatkan badan dan sistem jasmani
              9. menolak pelbagai penyakit berpunca dari banyak makan
              10.mengurangkan perbelanjaan untuk makan
              11.Baik hati dan bersimpati terhadap orang miskin dengan
sedekah

Sekarang kita berada di awal bulan Ramadhan - bulan taubat, bulan berkat,
bulan keampunan, bulan jihad, bulan muhasabah dan bulan pelepasan dari api
neraka. Hari ini kita masih berkesempatan berpuasa,esok belum tentu lagi...
Jadi gunakan kesempatan ini dengan banyak beribadat dan berjuang melawan
nafsu.Nafsu jahat perlulah dibanteras. Nafsu perut jangan diturutkan sangat.
Nafsu yang ingin melihat perkara yang haram perlu dilawan. Telinga ingin
mendengar hiburan dan nyanyian perlu disekat. Naluri seks yang inginkan
kepuasan juga dikekang. Pendekata semua pancaindera dan anggota perlu
dipuasakan demi menjaga hak berpuasa. Begitu juga mulut yang ingin
berceloteh, mengumpat, berbohong dan mencaci-maki mesti ditentang
habis-habisan.

Puasa hanya menjadi satu adat dan budaya jika hanya menahan diri dari makan
dan minum tanpa disertai dengan kesungguhan berperang dengan nafsu. Tujuan
berpuasa mestilah jelas supaya adab-adab berpuasa dapat kita jaga dengan
baik. Inilah sebenarnya intipati puasa. Kalaulah tidak masakan nabi
mengatakan jihad melawan nafsu lebih berat daripada jihad perang
fisabilillah; sedangkan peperangan dengan senjata amat berat dan mempunyai
risiko yang amat dahsyat. Mengabaikan aspek ini bermakna kita hanya berpuasa
mengikut adat atau secara lahiriah saja tanpa menghayati apa yang tersirat
dalam ibadat puasa. Nabi Muhammad saw. mengingatkan kita bahawa ramai orang
yang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Amat wajar sekali bagi mereka yang benar-benar berjuang melawan nafsu
sepanjang Ramadhan diberikan  ganjaran Lailatul-Qadr - satu malam yang
menyamai 1000 bulan. Amat beruntung dan bertuah bagi mereka yang dapat
menghidupkan malam Lailatul-Qadr yang jatuhnya pada salah satu malam di
antara 10 terakhir Ramadhan nanti. Barangsiapa yang sudah berjuang melawan
nafsu pada hari-hari sebelumnya amat mudah melakukannya. Mereka akan berebut
dan menunggu saat-saat yang maha berkat ini. Betapa kiranya jika ada orang
menawarkan agar beribadat pada sekian malam dan akan diberi
berbillion-billion ringgit malahan kekayaan seorang korporat. Sudah tentu
semua manusia turut berjaga malam untuk merebut tawaran ini. Tapi sayang
seribu kali sayang tawaran Allah ini dipandang sepi oleh sebahagian besar
manusia termasuk diri saya, lantaran kurangnya iman  terhadap Allah. Walau
bagaimanapun  masih ada ruang bagi kita untuk merenung diri dan  mengambil
peluang yang Allah akan berikan pada Ramadhan tahun ini.

Sementara  sedang menjalani puasa kali ini, Marilah sama-sama kita
mempertingkatkan nilai puasa  ,Semoga dapat kita nikmati kelazatan berpuasa
dan menghidupkan malam Lailatul-Qadr nanti. Mudah-mudahan puasa tahun ini
benar-benar memberi kesan yang positif terhadap diri kita, amin.

*Sekiranya ada sebarang kesilapan harap  maaf dan minta dibetulkan .

Wallahu a'alam..

tt
===============================
( Disediakan oleh Biro Agama Cyberprint)
  Khamis -6 Ramadhan 1422 H.

  Wassalam




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HISYAMUDIN  MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke