*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalaam,
Saya nak cerita tentang kawan saya yang bernama Ustaz Uthman
El-Muhammadi. Beberapa tahun dahulu dia meletakkan jawatan
menjadi pensyarah Universiti Malaya kerana mahu hidup mengikut
cara yang lebih islamik di Taj Tujuh, Pasir Mas, Kelantan.
Dia dan pengikut-pengikutnya hidup cara sederhana, pakai jubah,
berjanggut, tidak tenguk TV, tidak suka mendengar hiburan
dan wanita pula pakai purdah. Ketika itu gerakan Uthman El-
Muhammadi mendapat kritikan media-massa kononnya cara hidup
itu adalah kolot dan bercanggah dengan ajaran Islam. Terutama
sekali tidak membenarkan isteri berkerja.
Kumpulan "Tal Tujuh" itu tidak tenguk TV kerana banyak program-
program mungkar. Kita kena bayar bil letrik kerana tenguk TV,
dan biasanya suasana bunyi radio dan TV dalam rumah tidak mem-
bawa berkat kepada keluarga rumah. Rumah Ustaz Uthman tidak ada
sebarang gambar. Mengikut kitab fekah, jika dibelanjakan wang untuk
perkara-perkara mungkar adalah HARAM. Jadi, rezeki yang diberi
oleh Allah telah digunakan secara membazir. Tentu itu adalah
haram. Tetapi manusia yang anti-Ust. Uthman tidak faham kenapa
dia tidak ada peti TV di rumahnya. Atau kenapa dia tidak gemar
membeli akhbar?
Tahukan kita, bahawa adalah haram kita membali akhbar Utusan
dan Berita? Ini kerana mengikut bab hukum mu'amalat jual-beli,
tidak sah jual beli akhbar yang isinya ada perkara-perkara
mungkar seperti gambar-gambar wanita tidak tutup aurat dan
artis bercumbu-cumbuan. Saya ada juga membeli akhbar tetapi
saya membuang bahagian yang ada gambar-gambar tak senonoh.
Adakah syarikat akhbar FAHAM ajaran Islam? Dan adakah TV
Malaysia faham ajaran Islam? Mereka mendapat sumber rezki halal
bercampur haram? Lebih dahsyat lagi, pihak kerajaan yang
mengaku islamik tidak mahu mengambil tindakan secara islamik?
Tentang Taliban, sebenarnya mereka bukan fanatik. Mereka
mentadbir negara Afghanistan secara yang diajar oleh Al-Qur'an
dan Sunnah. Mereka tidak menghalang wanita dari berkerja,
tetapi mesti mengikut batas-batas Islam. Mereka mengharamkan
siaran TV kerana buat sementara mahu menjimatkan belanjawan
untuk memulih keadaan kebajikan dan perubatan. Sebab itu
mereka hanya membenarkan siaran radio yang terkawal, yang
ada bunyi ayat-ayat Al-Qur'an dan nasyid-nasyid mengingati
kebesaran Allah. Mereka mendaulatkan hukum hudud dan syariat.
Tetapi propaganda Barat yang anti-Islam memberikan gambaran
yang negatif terhadap Taliban. Memang dalam setiap masyarakat
ada golongan munafik. Mereka inilah yang anti-Taliban. Mereka
inilah yang membantu Barat untuk menghancurkan Taliban. Sekarang
di Kabul, nyanyian ala Bollywood telah dapat kedengaran. Ini
salah satu tanda akhir zaman Islam akan diketepikan.
Al-Qur'an sendiri menyatakan bahawa sebaik-baik contoh ialah
Nabi Muhammad. Cuba kita bayangkan, seandainya Nabi kembali
ke zaman kita ini, adalah dia menonton filem Bollywood,
berhibur dengan lagu Michael Jackson? Tentu sekali Nabi
akan menasihati kita jangan membuang masa dan jangan membazirkan
harta. Begitulah, alim-ulama Taliban cuba menanam budaya
Islam dalam masyarakat Afghan, tetapi sayang ... manusia munafik
lebih berminat mendengar lagu Michael Jackson dan menanam
"poppy" (dadah). Habis kisah...Taliban tidak boleh wujud di
zaman moden ini. Semoga Allah memelihara alim-ulama Taliban.
Saya pun hairan manusia yang menggelar diri mereka sebagai
Pakatan Utara. Tidakkah mereka faham ajaran Islam, bahawa adalah
haram meminta bantuan kafir Amerika berperang dengan ummat Islam
Taliban?
Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan
mendapat siksaan yang pedih. (Yaitu) orang-orang yang
mengambil orang-orang kafir menjadi penolong-penolong dengan
meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari KEKUATAN
di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan
kepunyaan Allah [An-Nisa' 4:138-139]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-
orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai auliya', kerana setengah
mereka menjadi auliya' kepada setengah yang lain; dan siapa di
antara kamu yang menjadikan mereka auliya', maka ia termasuk
dalam golongan mereka.....[Al-Maidah 5:51]
Maksudnya ...tindakan meminta bantuan puak Kafir untuk memerangi
tentera Islam adalah perbuatan menjadi kufur.
========================
Pahang Junior wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
>
> bersabarlah saudara tiger,,teruskan menyampaikan apa yang saudara patut
> sampaikan.kami faham kebenaran terlalu pahit untuk sampai kerana begitu
> ramai musuh musuh yang tidak senang melihat akan kebenaran itu sendiri.saya
> juga selalu mengikuti laman laman web pro mujahideen.Oleh kerana kesemua
> laman terbabit berbahasa Inggeris dan tentu ada orang kita yang tidak
> memahaminya,,komen komen dan terjemahan saudara tentu banyak membantu.
> berbanding dengan mereka mereka yang menghentam saudara,,saudara telah
> banyak berjasa terhadap syiar Islam.
>
> jazakallah.
> wassalam
>
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Pahang Junior" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>