*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Begitulah juga pendapat Mullah Muhammad Umar berkenaan kes Usamah.
> Tapi ia ditolak oleh kuffar amerika!!! Jawapan yg sama jugak
> dijangkakan dari kuffar Filipina berkenaan kes Nur Misuari ni.
Sebab itulah dalam kes ini, Taliban tidak bersalah dan berpen-
dirian yang tegas. Di akhirat kelak Allah akan mengadili semua
manusia, barangsiapa yang berpegang kepada ajaran Islam, mereka
yang mendapat KEMENANGAN hakiki. Walaupun seluruh dunia akan
berkata pada dzahirnya Taliban bersalah, dari segi hukum Islam,
Taliban berada di pihak yang benar.
Pada asalnya Taliban bersetuju dengan Amerika supaya Osama
diberi perbicaraan...tetapi BUKAN di Amerika atau mana-mana
negara yang memusuhi Osama. Amerika hanya boleh mendakwa Osama di
mahkamah antarabangsa dan perbicaraan yang adil mesti dijalan-
kan. Amerika YANG ANGKUH tidak menerima cadangan Taliban ini.
Lagipun Taliban awal-awal lagi pernah berkata TIDAK MAHU
berperang dengan Amerika. Taliban mengajak Amerika berunding
sehingga Osama dapat dibicarakan, dan Taliban memang menahan
Osama untuk tujuan itu !!!!!!!
Lihatlah, dunia sangat jahat dan tidak adil. Kalau mereka boleh
mengadili (di mahkamah antarabangsa) Miloservic, ketua Serbia
yang telah membunuh beribu orang Bosnia, kenapa Osama tidak
diberi perbicaraan di mahkamah dunia ??? Ini kerana Amerika
dan PBB melihat Osama adalah orang Islam, sama dengan mereka
melihat Osama macam anjing !!! Lihat saja OIC, Pakistan, Arab
Saudi, dan Kuwait ...kenapa mereka tidak merujuk kepada
Al-Qur'an dan memperbetulkan keadaan yang pincang ini? Sebab
itulah Osama berkata mereka itu adalah munafik.
Al-Qur'an sendiri memberi kita satu petua bahawa kalau kita
mahu melihat kepada keadilan, jangan melihat kepada apa dunia
ini mahu, sekiranya itu adalah jalan sesat: "dan jika kamu
menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya
mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah ...[Al-An'am 6:116]
Kes Nur Misuari pula, kita sebagai ummat Islam wajib mencari
helah supaya dia TIDAK diserah kepada kerajaan kafir Filipina.
Sekurang-kurangnya kita ada menjalankan undang-undang Nur
Misuari dipenjarakan di Malaysia atas kesalahan memasukki kawasan
Malaysia tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kita lamakan perbicaraan
di Malaysia supaya Nur Misuari lebih lama berada di Malaysia.
Atau dia disembunyikan atas alasan dia sudah melarikan diri
ke tempat yang sukar dicari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>