IKLAN JAWATAN KOSONG
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi
kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
1. PEGAWAI TADBIR SAMBILAN(N3)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Jadual Gaji : RM 51.08 Sehari
Elaun Khidmat Awam RM 6.80 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON
(i) Ijazah Sarjana Muda dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DAN
(iv) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
2. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT SAMBILAN(F5)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sistem Maklumat
Jadual Gaji : RM 44.39 Sehari
Elaun Khidmat Awam RM 4.60 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON:
(i) Diploma Sains Komputer dari Institut Teknologi MARA atau kelayakan dalam
bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR SAMBILAN(N6)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan
Sokongan
Jadual Gaji: : RM 34.49 Sehari
Elaun Khidmat Awam : RM 4.60 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON:
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengan
kelulusan Sijil Penuh STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh
kerajaan; ATAU
(ii) Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
4. PENOLONG AKAUNTAN SAMBILAN (W6)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji : RM 34.62 Sehari
Elaun Khidmat Awam : RM 4.60 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON:
(i) Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank, Pengajian
Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara atau kelayakan dalam bidang
berkaitan yang diikhtiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DAN
Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) SAMBILAN (N9)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional Kumpulan
Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan
Sokongan
Jadual Gaji : RM 23.32 Sehari
Elaun Khidmat Awam : RM 3.20 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya
oleh Kerajaan
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
6. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN SAMBILAN (W8)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji : RM 23.36 Sehari
Elaun Khidmat Awam : RM 3.20 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON:
(i). Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengan
oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Akaun atau
Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut;
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
7. PEMBANTU AKAUNTAN SAMBILAN(W8)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Jadual Gaji : RM 23.36 Sehari
Elaun Khidmat Awam : RM 3.20 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan
atau Akaun pada peringkat peperiksaaan tersebut;
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
8. PEMBANTU AM RENDAH SAMBILAN (N13)
Badan Berkanun : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan
Sokongan
Jadual Gaji : RM 16.94 Sehari
Elaun Khidmat Awam : RM 2.60 Sehari
KELAYAKAN MEMOHON:
(ii) Sijil Rendah bantuan penuh Kerajaan serta berkebolehan bertutur,
membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
A. SYARAT-SYARAT LANTIKAN
1. UMUR
(a) Tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan dan tidak lebih
54 tahun dari tarikh iklan.
2. TARAF JAWATAN : Sambilan
B. IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM DAN IMBUHAN TETAP PERUMAHAN:
Dibayar berdasarkan kepada penetapan gaji masuk.
C. CARA - CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah menggunakan borang PTPTN (1/2000) yang boleh
didapati di pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
2. Semua permohonan hendaklah menyertakan salinan Ijazah
Diploma/Sijil yang disahkan mengikut kelayakan yang disyaratkan.
4. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah
kiri sampul surat semasa mengemukakan permohonan.
D. ALAMAT PERMOHONAN
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN)
Lot G2, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
E. TARIKH TUTUP : 7 Disember 2001
F. CATATAN AM:
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
untuk ditemuduga.
2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan
dari tarikh iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Sekian , terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(ABDUL GHAFFAR BIN YUSOP)
Bahagian Korporat
b.p. Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung PendidikanTinggi Nasional
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
--- Begin Message ---
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>
--- End Message ---