*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message ----- 
From: "Elias Mohamed" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <undisclosed-recipients:>
Sent: Thursday, November 29, 2001 10:49 AM
Subject: Tidak Menegur Kebenaran Adalah Yahudi <bA>


> 
> 
> ORANG YANG TIDK SANGGUP MENEGUR TENTANG KEBENARAN
> ADALAH YAHUDI
> 
> Allah telah berfirman di dalam Al Quran Surah Al
> Baqarah ayat 174 yang maksudnya:
> 
> "Sesungguhnya orang-orang yang telah menyembunyikan
> apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah iaitu Al
> Kitab dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka
> itu sebenarnya tidak memakan ke dalam perut mereka
> melainkan api neraka."
> 
> Ayat ini pada mulanya Allah turunkan untuk
> memperjelaskan kepada Rasulullah akan sikap
> pendita-pendita Yahudi yang telah menyembunyikan
> sebahagian dari isi Al Kitab yang ada di tangan
> mereka. Perkara yang mereka sembunyikan itu ialah
> mengenai sifat-sifat Rasulullah, kedatangan beliau
> sebagai Rasul dan pemimpin yang terakhir bagi semua
> manusia termasuk orang-orang Yahudi juga, ajaran yang
> dibawanya, siapa pengikut-pengikutnya, keturunannya,
> di mana hijrahnya, di mana wafatnya dan sebagainya.
> 
> Orang-orang Yahudi terutama penditanya tidak mahu
> menceritakan perkara ini kepada orang ramai kerana
> mereka takut akan hilang pengaruh kepimpinan mereka
> kepada kaum mereka dan juga kepada orang-orang Arab
> yang selama ini mempercayai ulama-ulama Yahudi dan
> menganggap mereka sebagai tempat rujuk.
> 
> Kalau ulama-ulama Yahudi menceritakan tentang siapakah
> Nabi Muhammad serta ajaran yang dibawanya, nanti
> mereka tidak akan menerima lagi sanjungan dan
> penghormatan yang diberikan oleh orang-orang Arab
> Mekah dan Madinah kepada mereka. Mereka tidak akan
> dapat lagi menerima hadiah-hadiah serta
> persembahan-persembahan yang biasa diberikan selama
> ini. Mereka tidak akan dapat lagi menguasai masyarakat
> Arab terutamanya di bidang ekonomi. Lantaran mereka
> akan diketepikan bukan saja oleh orang-orang Arab,
> malah bangsa mereka pun kelak akan berpaling kepada
> kepimpinan Nabi Muhamad.
> 
> Atas dasar untuk mempertahankan dan mengekalkan
> kehormatan dan sanjungan serta
> keistimewaan-keistimewaan inilah maka apa saja yang
> ada hubungan dengan Nabi Muhammad yang diceritakan
> oleh Allah di dalam kitab orang-orang Yahudi itu,
> ulama-ulama mereka sembunyikan. Dan kerana sikap
> mereka yang demikian itu, maka Allah turunkan ayat ini
> kepada Rasulullah bagi ditujukan kepada orang-orang
> Yahudi terutama kepada pendita-pendita mereka.
> 
> Walau bahaimanapun kalau diperhatikan
> kehendak-kehendak ayat ini, ia bukan kususiah
> ditujukan kepada orang-orang Yahudi saja tetapi adalah
> ditujukan kepada siapa saja yang bersikap menyorok dan
> menyembunyikan kebenaran dari Allah swt yang telah
> diceritakan di dalam Al Quran. Ertinya, kalau kita
> bersikap seperti orang Yahudi yang menyembunyikan
> kebenaran yang ada di dalam kitab-kitab mereka, maka
> kita juga akan digolongkan oleh Allah swt sebagai
> orang Yahudi. Dan kita akan menerima nasib sepertimana
> nasib orang-orang Yahudi.
> 
> Umpamanya, kalau kita sebagai seorang ayah atau ibu
> tetapi tidak mahu memberitahu kepada anak-anak kita
> tentang kebenaran, tentang hukum hakam Allah yang ada
> di dalam Al Quran, tentang perintah-perintah suruh dan
> perintah-perintah larang dari Allah, kerana kita
> takut, nanti kalau kita beritahu mereka, mereka tidak
> hormat lagi kepada kita.
> 
> Kalau selama ini mereka telah memberi kita bantuan
> wang ringgit tiap-tiap bulan, ada yang RM100 atau
> RM200 sebulan, nanti kalau diberitahu tentang
> kesalahan-kesalahan mereka, takut-takut mereka merajuk
> dan akan memotong bantuan itu. Sebab itu, apa saja
> yang mereka lakukan seperti mendedah aurat, bergaul
> bebas, kepit-kepit girlfriend dan bawa balik ke rumah,
> berpoya-poya, tidak mahu sembahyang, tidak mahu puasa,
> balik lewat malam serta dengan mulut berbau arak dan
> lain-lain maksiat, kita biarkan saja. Kita hanya kata
> dia dah besar, tahulah dia fikir diri sendiri.
> 
> Sebenarnya sikap kita itu samalah seperti orang-orang
> Yahudi yang cuba hendak menyembunyikan kebenaran yang
> ada di dalam kitab mereka kerana takut hilang
> kehormatan dan keistimewaan-keistimewaan hidup.
> 
> Kemudian, kalau kita seorang guru misalnya, tetapi
> kita tidak sanggup menegur dan memberi nasihat kepada
> anak-anak murid kita tentang kebenaran yang ada di
> dalam Al Quran serta hukum hakam dan sebagainya,
> kerana kalau kita beritahu semua itu kepada mereka,
> nanti mereka tidak hormat lagi kepada kita atau nanti
> mereka pulaukan kita hingga menyebabkan kita hilang
> pengaruh serta murid-murid kita berkurang. Sebab itu,
> apa saja yang mereka lakukan, kita diamkan saja. kalau
> mereka bergaul bebas, mereka membuat maksiat dan
> sebagainya, kita diamkan saja. Sikap kita itu samalah
> seperti sikap orang-orang Yahudi.
> 
> Begitu jugalah bagi seorang pemimpin sebuah masyarakat
> atau kaum atau kumpulan atau pemimpin negara
> sekalipun, kalau sekiranya dia tidak mahu memberi
> teguran kepada pengikut-pengikutnya tentang
> kebenaran-kebenaran yang ada di dalam Al Quran kerana
> takut hilang pengaruh serta takut pengikut-pengikut
> lari darinya, maka sikapnya itu samalah seperti
> orang-orang Yahudi dan Allah akan golongkan dia ke
> dalam golongan orang-orang Yahudi.
> 
> Lebih-lebih lagilah kalau seseorang itu orang alim
> ulama yang tahu tentang ilmunya tetapi tidak mahu
> menyampaikan dan tidak mahu menasihati rakyat dan juga
> pembesar-pembesar serta pemimpin-pemimpin, tidak mahu
> menegur dan menasihati perbuatan-perbuatan maksiat
> serta perlanggaran hukum hakam Allah di kalangan
> mereka kerana takut kalau-kalau tidak naik pangkat
> atau takut dibuang kerja atau takut tidak dihormati
> masyarakat dan orang-orang atas, maka keadaanya adalah
> lebih parah. Di dalam matan Zubat ada disebut betapa,
> orang-orang alim yang tahu tentang ilmunya tetapi
> tidak mahu beramal dengan ilmunya serta tidak mahu
> menyampaikan ilmunya itu, maka dia lebih dahulu diazab
> di dalam neraka daripada penyembah-penyembah berhala.
> 
> Oleh itu para alim ulama, lebih-lebih lagilah
> dikehendaki berterus terang dalam menceritakan
> kebenaran, menceritakan hukum hakam Allah dan
> lain-lainnya yang ada di dalam Al Quran. Tetapi, kalau
> mereka hendak menyembunyikan serta menyorokkan
> kebenaran itu maka senasiblah mereka dengan
> orang-orang Yahudi.
> 
> Apakah nasib yang diterima oleh orang-orang Yahudi,
> akibat dari sikap mereka yang keji dan kotor itu?
> Mereka menerima penghinaan dari Allah. Kata Allah,
> mereka telah menjual kebenaran itu dengan harga yang
> sangat murah dan mereka itu sebenarnya memakan ke
> dalam perut mereka api neraka.
> 
> Walau bagaimanapun dalam kita hendak menegur kebenaran
> atau memberi nasihat itu bukan cara hentam menghentam
> atau kutuk mengutuk ataupun berdemonstrasi sepertimana
> yang banyak berlaku hari ini. Teguran atau nasihat itu
> hendaklah diberi secara penuh hikmah sepertimana pesan
> Allah swt kepada Nabi Musa.
> 
> Orang-orang Yahudi itu telah menyembunyikan kebenaran
> kerana hendakkan mata benda dunia serta keistimewaan
> hidup sedangkan mata benda dunia serta keistimewaan 
> hidup yang mereka terima itu kalau dibandingkan dengan
> nikmat-nikmat Allah di dalam syurga, adalah amat
> rendah nilainya. Mata benda dunia serta keistimewaan
> hidup yang mereka terima di dunia ini, hanyalah
> sementara saja sedangkan nikmat-nikmat Allah di
> akhirat adalah kekal abadi. Tetapi orang-orang Yahudi
> lebih utamakan keistimewaan dunia ini daripada
> ganjaran-ganjaran pahala serta nikmat-nikmat Allah di
> akhirat.
> 
> Padahal keistimewaan-keistimewaan dunia yang mereka
> harapkan itupun sebenarnya mereka tidak dapat. Mereka
> menyorokkan kebenaran dengan harapan mereka untung di
> dunia dan bagi mereka  kalau pun rugi di akhirat,
> tidaklah mereka hirau sangat kerana akhirat itu masih
> jauh, kata mereka. Tetapi yang sebenarnya mereka rugi
> di dunia dan rugi di akhirat. Di dunia mereka rugi,
> kerana Allah dedahkan sikap jahat dan kotor mereka itu
> kepada Rasulullah melalui Al Quran. Akibatnya,
> kehormatan dan keistimewaan yang mereka harap-harapkan
> itu tidak mereka perolehi kerana umat Arab tidak
> mempercayai mereka lagi. Orang ramai akhirnya sedar
> tentang perbuatan pendita-pendita Yahudi yang
> menyembunyikan kebenaran itu dan terus memulau mereka
> hingga pengaruh mereka hilang. Kekuasaan mereka
> terhadap masyarakat Arab hilang dan akhirnya mereka
> terpaksa golong tikar bantal, keluar dari Kota Madinah
> dan Mekah.
> 
> Begitulah juga yang akan menimpa kepada diri kita,
> kalau kita juga bersikap hendak menyembunyikan
> kebenaran kerana hendakkan untung yang sedikit di
> dunia ini, hendakkan mata benda dari anak-anak atau
> hendakkan pengaruh dari pengikut-pengikut atau
> hendakkan pangkat atau gaji besar dan sebagainya.
> Akibatnya kita akan rugi di dunia dan rugi di akhirat.
> Rugi di dunia kerana sikap kita itu, lambat laun akan
> Allah dedahkan juga hingga akan diketahui orang.
> Akhirnya orang tidak akan percaya kepada kita lagi,
> malah akan mengutuk kita dengan berbagai penghinaan.
> Penghormatan yang kita harapkan telah hancur berkecai
> malah penghinaan yang kita terima. Dan di akhirat kita
> akan rugi kerana setiap apa yang kita terima di dunia
> ini samada wang ringgit yang kita perolehi,
> penghormatan, darjat dan pangkat yang kita perolehi,
> makan minum serta keistimewaan-keistimewaan hidup yang
> kita terima, semua itu adalah merupakan api neraka
> yang kita telan ke dalam perut kita.
> 
> Zahirnya sahaja seperti nasi yang kita makan, air yang
> kita minum, kuih muih, lauk pauk dan buah-buahan serta
> sayur-sayur yang kita telan. Tetapi sebenarnya semua
> itu adalah api neraka yang kita makan ke dalam perut
> kita. Kata Allah yang bermaksud:
> 
> "Mereka itu sebenarnya tidak memakan ke dalam perut
> mereka melainkan api neraka."
> 
> 
> 1. ANJURAN BERKAHWIN
> 2. MEMILIH PASANGAN
> 3. TUJUAN BERKAHWIN
> 4. KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN
> 5. PERTUNANGAN YANG MENGIKUT SYARIAT
> 6. ADAT WALIMATUL URUS YANG HARAM
> 7. TANGGUNGJAWAB SUAMI
> 8. TANGGUNGJAWAB SUAMI DALAM NAFKAH HARTA
> 9. NAFKAH BATIN BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS
> 10. SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB
> 11. BOLEHKAH ISTERI MENUNTUT HAKNYA?
> 12. MENZIHARKAN ISTERI
> 13. ZIHAR DARI KITAB FURU'UL MASAIL
> 14. MENGAPA HILANG BAHAGIA DENGAN POLIGAMI
> 15. JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU
> 16. APABILA MENGHADAPI UJIAN
> 17. DERITA YANG MENGUNDANG BAHAGIA
> 18. PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA
> 19. DI MANAKAH NILAI TUDUNG KITA
> 20. INILAH SIFAT ISTERI-ISTERI DERHAKA
> 21. JADILAH HAMBA ALLAH YANG BAIK
> 22. JALAN KELUAR KEPADA MASALAH
> 23. JALAN KELUAR PERMASALAHAN ANAK ZINA
> 24. KENAPA LAHIR ANAK LUAR NIKAH?
> 25. KERANA ISTERI, SUAMI SAKIT JIWA
> 26. POLIGAMI ADAKAH CINTA NAFSU
> 27. SALAH SIAPA WANITA JADI MANGSA LELAKI?
> 28. SETIAP KERJA BOLEH JADI IBADAH
> 29. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
> 30. SYARAT-SYARAT PENCERAIAN
> 31. DI MANA HOSPITAL RASULULLAH?
> 32. PERUBATAN DALAM ISLAM
> 33. BAGAIMANA PUASA YANG DINILAI
> 
> 
> 
> 


---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.302 / Virus Database: 163 - Release Date: 11/22/2001


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: haszirul <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke