*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inilah gambaran kenapa gerakan Taliban muncul dan kemana akhirnya.
Setelah puak-puak Mujahidin berjaya menghalau Soviet keluar
dari bumi Afghanistan, puak-puak Mujahidin berpeluang bersatu
dan memerintah negara secara Islam, mendaulatkan syariat Islam.
Mereka sepatutnya bersama-sama menjunjung perintah Al-Qur'an
dan Hadith. Tetapi sayang, mereka suka bertelagah sesama sendiri.
Di tengah-tengah perbalahan puak-puak etnik Afghan, muncul Taliban
yang datang menyatukan semua rakyat Afghan. Tetapi pemerintahan
Taliban yang kuat berpegang kepada ajaran ugama yang membuang
segala macam hiburan dan kemungkaran menyebabkan setengah rakyat
bosan dengan cara hidup "Islam". Mereka inginkan hiburan dan
bersuka-ria macam negara-negara lain. Mereka ingin menonton TV
sesuka hati, mendengar lagu-lagu Hindustan, berpesta dan bersorak.
Semuanya disekat oleh pemerintahan Taliban. Walaupun Taliban
menjaga keamanan negara, bagi mereka hidup tanpa hiburan begitu
membosankan. Akhirnya, mereka mula melihat Taliban dengan perasaan
benci.
Tentu mereka ingin kembali ke zaman "jahiliah" yang lebih seronok.
Mereka merasa dunia tidak akan pulaukan mereka lagi. Banyak makanan
akan diberi oleh dunia luar serta rawatan perubatan yang lebih
baik. Kehihupan mereka kelak akan bertambah senang sekiranya Taliban
dihapuskan. Tiada Amerika yang datang mengebom mereka lagi. Pen-
deritaan mereka sekarang disebabkan oleh Taliban. Mereka menunggu
kerajaan baru yang ditubuh, dan PBB akan memberi perlindungan kpd
mereka dan Amerika menjamin keselamatan mereka.
Bagi Taliban pula, gerakan Jihad mereka akan dikira sebagai pengacau
dan menggugat keamanan. Rakyat Afghan tidak akan menerima seruan
jihad dan itu menyusahkan sahaja. Apa yang penting, asalkan
Amerika tidak diganggu, mereka tidak akan menyerang orang-orang
Afghan. Maka Amerika menjadi pelindung keamanan di rantau itu.
Oleh itu pengacau yang sebenar ialah Taliban dan Al-Qaeda. Sekarang
rakyat Afghan sudah yakin Amerika bukan musuh mereka. Amerika
menjamin mereka akan hidup senang, perut kenyang dan badan sihat.
Apa erti jihad ...lupakan saja jihad, ia menambahkan lagi penderitaan.
"Sistem Islam" tidak boleh diterima di abad ke 21 ini. Inilah
tanda akhir zaman ...apabila ummat Islam tidak yakin lagi kepada
Al-Qur'an.
Walau bagaimanapun ...Taliban tetap berjuang, menyampaikan dakwah
Islam, sungguhpun rakyat Afghan tidak mahu cara Taliban, mereka
sudahpun menyampaikan seruan Islam.
Adakah Jihad di Afghanistan sia-sia sahaja? Tunggu dan lihat, apa
akan terjadi kepada Afghanistan jika rakyatnya mengambil Amerika
sebagai pelindung. Kalau mengikut kaedah dalam Al-Qur'an, sekira-
nya sesuatu kaum menolak ajaran Allah, Dia akan menjadikan kaum
itu hidup mewah dan senang dengan pelbagai kemaksiatan yang timbul,
akhir sekali Allah mendatangkan azabNya dengan tiba-tiba.
==========================
http://www.oureffort2001.com/RESEARCH/TALIBAN/fisk1129.htm
Yet for Mullah Abdullah, history and politics and defeat appeared
part of a religious text. "A hadith [saying] of the Holy Prophet
says that it is the right of Muslims to perform jihad," he said.
"It was not necessary for us to rule the whole of Afghanistan when
the Taliban started its existence from a tiny village. There were
only a few Talibans who began all this. At the start, we stated
that this was enough. We never cared that we succeeded in gaining
95 per cent of the land of Afghanistan. So we don't care about the
land we've lost.
"The Taliban doesn't want the land as such, our main purpose is to
convey Islam to the people. If our people return and take back this
lost land, it's a success. If we are killed trying to do so, we have
received martyrdom and this will be a great success for us too.''
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>