*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagi orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Al-Qur'an
tak payah bacalah. Ini semakin menambah kekufuran dalam jiwa
mereka. Al-Qur'an menyatakan, semakin kita buat perkara kerana
Allah, dan semakin musuh-musuh Islam akan benci, itulah tanda 
Allah akan memberi ganjaran yang banyak bagi kita. Sebab itulah 
dalam takbir sembahyang raya, kita berkata pada akhirnya 
...wa lau karih_al -kafiruun = walaupun orang-orang kafir benci.

Dalam huraian ini saya akan sebut beberapa ayat dalam Surah
Al-Buruj. Ia berkenaan dengan orang-orang beriman yang memper-
juangkan Islam akan disiksa, hina dan ditindas. Beriman dan
menyatakan kebenaran akan menerima ujian yang berat. Ummat
zaman dahulu dilempar ke dalam parit-parit besar yang berisi
api kerana berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah. Al-
Qur'an merakamkan "penyiksaan" yang disediakan oleh musuh-
musuh Islam terhadap mereka yang mengaku beriman. Zaman ini
musuh-musuh Islam tidak menyediakan parit-parit api, tetapi
mereka meneyediakan pelbagi undang-undang, serangan fitnah,
menyiksaan tanpa belas kesihan. Kita akan dibom, dipenjara,
dan dinafikan hak-hak asasi kemanusiaan dsbnya. Lebih-lebih
kita sedang dilabel sebagai pengganas.

Ingatlah ...ini adalah tanda akhir zaman. Hanya segelintir
manusia yang benar-benar beriman kepada Allah.

Celakalah orang-orang yang membuat parit berapi dengan kayu
bakar, ketika mereka duduk disekitarnya, sedang mereka menyaksikan
apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang beriman. Dan
mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana
orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa
Lagi Maha Terpuji. [Al-Buruj 85:4-8]

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke