*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum netters yang dihormati......
Bukankah kita sekarang berada di bulan puasa yang membawa beribu keberkatan
di atas amalan yang kita lakukan. Jadi bukankah lebih baik kita menghabiskan
masa konsentrasi dalam membuat ibadah atau beramal jariah. Jika kita
bukanlah individu yang hebat dalam membuat amal dan kebajikan,
sekurang-kurangnya kita elakkanlah dari berdebat atau berkata perkara yang
bukan-bukan, apatal lagi memaki, mencarut dan menghina saudara Islam yang
lain.
Bukanlah kita tidak boleh berdebat dalam menyatakan pandangan masing-masing,
tetapi corak perkataan dan bahasa yang digunakan tidak menggambarkan
kematangan dan keintelektualan. Ianya lebih banyak akan mengguriskan hati
kita sesama Islam dan tentulah tidak sesuai berbuat demikian di bulan yang
mulia ini.
Suka saya ingatkan kepada rakan-rakan netters semua, bahawa nasib Islam
sekarang sebenarnya bukanlah di tangan kita orang-orang Islam. Islam telah
menjadi barang mainan orang-orang kuffar sekarang ini, dan percayalah, ianya
tidak akan terhenti di Afghanistan. Sasaran-sasaran lain akan terjelma, dan
ringkasnya selagi kita memegang Islam sebagai agama kita, kita tidak akan
terlepas dari diganggu dan diganyang oleh puak-puak kuffar ini. Sebenarnya
kita hanya menanti bilakah masanya?
Dalam keadaaan umat Islam lain sedang menderita, ada yang sedang disiksa,
ada yang sedang teraniaya, kita masih mempunyai masa untuk berbalah dan
memaki hamun antara kita. Bukankah lebih wajar jika kita sama-sama berfikir
bahawa apakah yang sebenarnya sedang berlaku di dunia ini, khususnya di
negara-negara Islam yang akan menjadi mangsa serangan seterusnya? Pernahkah
terfikir di benak saudara, jikalah pihak kuffar ini menyerang negara kita,
apakah kita masih hendak berbalah mengenai tahap keimanan masing-masing?
Bukankah pada masa itu, yang penting kita harus bersatu menentang apa jua
kezaliman dan penindasan oleh puak kuffar, walaupun akhirnya kita mengetahui
bahawa kita akan tertewas.
Kita tewas bukan kerana kita lemah, hanya kerana teknologi persenjataan kita
terkebelakang, disebabkan daifnya kita dalam menimba ilmu. Benar....kita
yakin akan menang dengan pertolongan Allah....tetapi benarkah Allah akan
menolong kita jika kita tidak membuat persiapan, berilmu dan benar-benar
tawakkal kepadanya.Dan adakah adil jika perlawanan sesama manusia....tetapi
di satu pihak lain mengharapkan pertolongan Allah semata-mata dengan
berpeluk tubuh dan dipihak kuffar mereka menggunakan akal dan kudrat
mereka....sedangkan orang-orang kufffar itu pun jua adalah makhluk yang
diciptakan oleh Allah....sama seperti kita....
Saya kira perdebatan yang berlaku ini lebih kepada untuk menonjolkan ego
masing-masing dan bukanlah sangat berdasarkan kepada perjuangan Islam yang
sebenar....maka hentikanlah dan muhasabahlah diri kita
semula....sekian....wassalam.
sham
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>