*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum saudara zailanr dan azmir,
Tujuan saya menulis tempohari sekadar untuk memberi pendapat dan juga
mengelakkan perbalahan ini berlanjutan tanpa kesudahan...itu saja. Tapi
tidaklah pula saya terfikir bahawa kemarahan saudara pada nissan, sampai
memperlekeh dan membodohkan saya pula. Saya dan nissan adalah individu yang
berbeza dan tiada kaitan sama sekali.
Saya adalah insan yang tersendiri, mempunyai buah fikiran sendiri dan juga
mempunyai keperibadian tersendiri, tanpa perlu terikut-ikut dengan rentak
saudara atau pun yang lain-lain di net ini. Corak penulisan dan pemikiran
saya adalah mengikut apa yang saya rasakan baik untuk dikongsi bersama,
walaupun saya bukanlah seorang yang mempunyai pengetahuan Islam yang tinggi.
Tetapi memadai untuk menjadi seorang hamba Allah yang yakin akan
kebesaranNya.
Hanya saya tertanya-tanya samada saudara atau yang sefikiran dengan saudara
merupakan seorang dewasa yang ingin terlibat sama dalam perbincangan yang
bernas dan bermanafaat, atau saudara ini tidak lain merupakan seorang anak
remaja yang sekadar mengisi lapang memburukkan orang lain dalam laman ini
selepas berchatting, misalnya. Mungkin sekadar untuk membuang masa....saya
tidak tahu kerana saya tidak kenal saudara....maka saya tidak berhak untuk
menilai saudara. Begitu juga dengan saudara....saudara tidak kenal saya,
maka apa kelayakan yang saudara ada untuk menilai diri saya? Jika saudara
mengenali saya....saya kira saudara akan berfikir banyak kali untuk
membodohkan saya....dan mungkin dapat saudara lakukan hanya selepas saudara
memperbodohkan diri saudara.
Untuk makluman saudara, saya juga mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam
memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik seperi mengumpat, mengata
orang, memaki-hamun, mencarut, mengutuk, mengadu-domba dan sebagainya....dan
kalau nak buat pun tak ada masalah.....saya tak rugi apa-apa pun....
Tapi saya tak lakukan perkara tersebut kerana pada pendapat saya perkara
seperti itu hanya dilakukan oleh orang yang sememangnya kurang akal, kurang
ajar, kurang matang, kalau pun tidak kurang siuman. Jadi saya memilih untuk
tidak berada dalam orang yang kelasnya sebegini. Pada saya, adalah lebih
baik menjadi seorang tukang sapu yang berhemah tinggi dan bersopan santun
dari menjadi seseorang yang berjawatan tinggi, tetapi sikap dan kelakuannya
penuh kebiadapan.
sham
>From: Zailanr <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Azmir Tahrel <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: Re: H-Net* PAS=TALIBAN=PARTI AJARAN SETAN/SESAT!!!
>Date: Wed, 05 Dec 2001 07:05:12 +0800
>
>SORRY AZMIR SHAHREL...TERSILAP...BUKAN SAUDARA TAPI SHAM50 DAN NISAAN TU..
>
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "sham sham" <[EMAIL PROTECTED]>