*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum..
  thanks to aminurrashid coz bagi satu jawapan yang cukup memuaskan hati..so
saya minta mereka yang terlibat tu tak payah lah gaduh-gaduh kata orang tu
tak reti, kata orang ni bodoh sombong dan macam-macam kata-kata yang tak
enak...kuatkan semula ukhuwah sesama kita..itu lebih baik dari dok bertekak
je..sekian..minta maaf jika ada yang tersingung...

-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
Harun Aminurrashid
Sent: Sunday, December 09, 2001 2:31 AM
To: LIZA CUTE; Pengembara Keredhoan Allah; hizb NET
Subject: Re: H-Net* CARA MENINGKATKAN UKHWAH DAN EKONOMI ISLAM



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa itu sistem pyramid:
sistem pyramid asal usulnya dari USA tapi kerajaan USA
sendiri pun sudah haramkan sekim semacam ini sebab
terlampau banyak keburukannya dari kebaikan. Keburukan
system ini hinggakan mampu menjatuhkan sebuah
kerajaan, contohnya tak lama dulu sebuah negara di
Europe (Albania kalau tak silap) runtuh disebabkan
begitu ramai rakyatnya yg terlibat dgn system pyramid.


Definisi sistem pyramid: ia mempunyai sistem
berangkai. contohnya saya kena cari sekurang-kurangnya
5 orang (lagi banyak lagi bagus) untuk contribute dlm
bentuk wang ringgit. Yang 5 orang itu pulak kena cari
lagi 5 orang untuk contribute dgn jumlah yg sama.
Begitulah seterusnya. Kalau rantaian itu tidak
terputus maka orang-orang yg terdahulu boleh dapat
lebih banyak wang. Rantaian ini akan berterusan sampai
semua orang dalam negeri itu semuanya masuk sekim
tersebut. Yang malang ialah orang yg terkemudian (dan
orang yg terkemudian inilah yg paling ramai). Orang yg
mula-mula masuk paling untung sebab semua orang dah
contribute utk dia. Orang yg last akan rugi sebab
dapat sisa-sisa atau pun tak dapat apa-apa langsung
(menangis tak berlagu).

Tak lama dulu banyak berlaku di masjid-masjid bila
lepas sembahyang jumaat kita jumpa risalah-risalah
'skim amal jariah' seumpama ini diletakkan
dicermin-cermin kereta jemaah. Mengikut 'sekim amal
jariah' ni kita kena bersedekah untuk setiap umat
Islam dengan cara mengepos money order bernilai lima
ringgit kepada nama-nama orang-orang yg sudah
'bersedekah' terlebih dulu. Kononnya dgn cara itu umat
Islam saling bantu membantu untuk menjadi kaya.
Hakikatnya yg kaya cuma orang yg mula-mula masuk. Yg
terkemudian dapat hampas.

Contoh mudah ialah katakan dlm negeri itu cuma ada 155
orang (contoh bodoh tapi mudah nak paham). Katakan 5
orang yg pertama memulakan 'sekim amal jariah' ni dgn
contribution seorang RM100. So 5 orang ni akan cari
seorang 5 orang lagi (total yg terlibat sekarang ialah
5+25). Kemudian yg 25 orang ini pulak kena cari lagi
seorang 5 orang ahli lagi (total sekarang yg terlibat
dah jadi 25+125 orang). So nampaknya semua orang dlm
negeri tu dah masuk sekim tersebut. Masalahnya sapa
pulak yg nak contribute utk orang-orang yg terakhir
(yg seramai 125 orang tu). So yg 125 orang tu gigit
jari sambil menyumpah-nyumpah sebab yg kaya cuma
kawan-kawan terdahulu yg 5+25 itu saja.

Pada masa ini ada macam-macam helah untuk menggerakkan
sekim pyramid ni (atau sekim cepat kaya senang cakap).
Ada yg berselindung disebalik jual barang dan ada yg
langsung tak jual apa-apa, cuma perlu cari ahli baru
saja (mudahkan ? cuma guna air liur saja). Ada yg guna
helah kononnya perniagaan internet malah ada yg
sanggup gunakan agama disebabkan kejahilan
masing-masing. Ada yg guna nama menteri itu menteri
ini macam sekim cepat kaya di Kulim Kedah dulu.
Selalunya yg kena tipu ialah pak aji-pak aji, pakcik
makcik yg tak tahu apa-apa tapi termakan dgn strategi
marketing sipenipu-sipenipu (yg tak tahu mereka
sendiri pun sebenarnya tertipu).

Dipendekkan cerita mana ada dalam dunia ni nak kaya
cara mudah. Bangsa lain bertungkus lumus siang malam
nak dapatkan kekayaan. Kita senang-senang nak jadi
kaya dgn menjual air liur ke sana sini. Saya dengan
ini berharap semua netters di dalam Hizbi Net ni
jangan mudah terpedaya dgn nafsu utk cepat kaya. Di
Malaysia ni mudah sangat orang kita nak kena tipu. Ada
yg kena tipu dgn orang Afrika yg kononnya nak
transferkan duit masuk akaun kita. Ada yg kena tipu
beli batu geliga. Ada yg kena tipu beli ibu duit. Ada
yg kena tipu beli kereta murah. Ada yg kena tipu sebab
nak dapatkan hadiah kereta yg ditawarkan oleh syarikat
direct selling. Ada yg tertipu nak beli tanah murah.
Pendek kata macam-macam jenis tipu orang kita dah
kena, tapi tak pernah serik serik !!

Sekian Wassalam. Mohon maaf kalau ada yang
tersinggung.





--- LIZA CUTE <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Pengembara....engkau ni reti baca ke tidak?
> Pandai-pandai kata haram ni? Ada ke dalam tu
> menyebut yang DHUM ni suatu perniagaan???? Dalam
> perjanjian tu ada disebut bahawa RM50 yang awak
> keluarkan itu adalah ikhlas sebagai hadiah (untuk
> ukhwah) .... sesama islam kan? Bukankah kita semua
> bersaudara? Islam menggalakkan hadiah menghadiahkan
> antara sesama saudara seislam. Tetapi sedekah hanya
> untuk orang-orang yang memerlukan. . Kalau salah
> sorang antara kita jadi kaya pun, bukan orang lain,
> saudara seislam kita jugak. Kalau awak nak terus
> kaya dengan berhutang tu... suka hati awaklah, tapi
> janganlah menghasut orang lain.Dasar taik idung
> masin ..... RM 50 pun nak berkira.
>
> Duit yang diraih tu, sudah disebut kegunaannya,
> untuk perniagaan, pelajaran, dan lain-lain perkara
> yang harus dalam islam. Tetapi tidak sesuai
> digunakan untuk memuaskan hawa nafsu. Kalau awak tu
> suka ikut hawa nafsu, jangan samakan dengan orang
> lain.
>
> DHUM tidak mengenakan cas yang perlu dibayar kepada
> penganjur. Jadi, ini bermakna penganjur bekerja
> secara ikhlas kerana allah. Dan jangan pandai-pandai
> menjatuhkan hukuman kalau awak tu bodoh. Apa
> kelayakan awak nak jatuhkan hukum? Alif, Ba, Ta pun
> tak pas agaknya.
>
> UDAHLAH BODOH SOMBONG . DENGKI PULAK.
>
>
>
> ----- Original Message -----
>   From: Pengembara Keredhoan Allah
>   To: LIZA CUTE ; hizb NET
>   Sent: Saturday, December 08, 2001 5:09 AM
>   Subject: Re: H-Net* CARA MENINGKATKAN UKHWAH DAN
> EKONOMI ISLAM
>
>
>
>   Perniagaan apa ni !!
>   This is illegal business dan haram !!
>   Piramid ! Money game ! Surat berantai !
>   Janganlah menggunakan ugama untuk kepentingan
> nafsu peribadi!
>    Islam menganjurkan jual beli barangan dan
> perkhidmatan yang ada nilai dengan wang pembeli.
> Netters sekalian jangan tertipu dengan muslihat
> sebegini !!!
>
>     ----- Original Message -----
>     From: LIZA CUTE
>     Sent: Thursday, December 06, 2001 11:41 PM
>     To: [EMAIL PROTECTED]
>     Subject: H-Net* CARA MENINGKATKAN UKHWAH DAN
> EKONOMI ISLAM
>
>     umat Islam di Malaysia (khususnya) dan di Dunia
> (amnya) mengalami kelemahan dari segi ekonomi.
> Badan-badan dan pertubuhan yang diberi tanggungjawab
> untuk memajukan ekonomi umat islam telah tidak
> menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Akibatnya
> umat Islam terpaksa meminjam daripada bank-bank dan
> institusi-institusi kewangan lain yang berunsurkan
> riba.
>
>     Tahukah anda bahawa riba itu haram? Saya yakin
> ramai yang tahu.....tetapi sedar tak sedar, hampir
> setiap satu daripada kita tidak dapat lepas daripada
> riba. Hutang rumah, kereta dan kadangkala pinjaman
> peribadi, semuanya dilaksanakan dengan berteraskan
> konsep riba. Mungkin inilah di antara sebabnya
> hati-hati kita lebih cenderung kepada kejahatan dan
> nafsu. Ada yang cuba untuk menutup kejahilan dengan
> pelbagai alasan yang dianggap munasabah. Al Quran
> dan Al Hadis sering dibaca tetapi jarang sekali
> dijadikan pedoman. Fatwa dikeluarkan berlandaskan
> kepada matlamat peribadi.
>
>     Di manakah kedudukan umat Islam sekarang? Islam
> ditindas, dihina dan diperangi .........oleh siapa?
> Yahudi dengan kerjasama umat Islam sendiri. Kita
> lalai dibuai kemewahan hasil daripada riba. Kita
> diikat oleh hutang yang berlandaskan kepada riba
> sehingga sibuk dan tidak sempat beribadat. Apa lagi
> hendak mengenang atau membantu umat islam yang lain.
>
>
>     Jelaslah!!! Betapa lemahnya ikatan ukhwah
> Islamiyah di kalangan umat islam sendiri. Di kala
> umat islam di Palestin, Afghanistan, Bosnia, Iraq
> dan lain-lain diancam oleh Kafir dan Yahudi, kita
> masih bersenang lenang dan sibuk mencari wang
> ringgit. Untuk apa?..... untuk menimbuskan hutang
> piutang dan bebanan akibat daripada riba. Akhirnya,
> ukhwah islamiyah tidak diambil peduli.
>
>     YA!!! Wang bukanlah segalanya. Tetapi di manakah
> kedudukan orang-orang miskin? Dihina, dibuli dan
> dianggap seperti sampah yang tiada berguna. Di mana
> pula kedudukan mereka yang berada? Mereka mampu
> melakukan apa sahaja hatta menguasai dunia. Adakah
> pihak yang berani membuli dan memperkecil-kecilkan
> golongan berada?
>
>     Memang ramai umat Islam yang ingin bergiat
> cergas dalam bidang perniagaan kerana ia merupakan
> 90% daripada punca pendapatan. Bagaimanapun, masalah
> kewangan merupakan punca paling utama yang
> menyebabkan niat untuk berniaga dan berdagang
> terpaksa dilupakan.
>
>     Oleh yang demikian, marilah kita bekerjasama
> dalam mempertingkatkan tahap kewangan dan ukhwah
> umat islam sejagat. Kunjungilah laman web ini untuk
> mengetahui bagaimana cara-caranya.
>
>     http://edana.topcities.com/118N_0003.html
>
>      MUDAH-MUDAHAN KITA MEMPEROLEH KEJAYAAN
>
>
>
>
----------------------------------------------------------------------------
--
>   Get more from the Web. FREE MSN Explorer download
> : http://explorer.msn.com
>
>
>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "insan biasa" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke