*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------

From: "Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]> 

Assalamualaikum warahmatullah, Isu-isu sebegini kerap
kali muncul bila tiba ramadhan al-mubarak. Samada
salawat selepas tarawih ataupun bilangan rakaat
tarawih. Saya suka mengambil jalan pertengahan dalam
membahaskan isu ini. Dan kita tinjau sejenak
dalil-dalil mengenainya. 

Hukum salawat Firman Allah S.W.T: "Sesungguhnya Allah
dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk nabi. Wahai
orang yang beriman, ucapkanlah salawat dan salam yang
sempurna kepadanya (nabi)." (Surah Al-Ahzab: ayat 56) 

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.a, ia mendengar
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan
selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat)
kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu."
(Riwayat muslim) 

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah
S.A.W bersabda: "Manusia yang paling utama bersamaku
(nanti) pada hari kiamat ialah orang yang banyak
mengucapkan salawat kepadaku." (Riwayat Tirmidzi, ia
mengatakan hadith hasan, jua diriwayatkan daripada
Abdul Rahman Auf, Amr bin Rabi'ah Ammar, Abu Talhah,
Anas dan Ubai bin Ka'ab) 

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata Rasulullah S.A.W
bersabda: "Seseorang itu amat hina, jika namaku
disebutkan di sisinya lalu ia tidak mengucapkan
salawat kepadaku." (Riwayat Tirmidzi, ia mengatakan
hadith hasan) 

Dari Ali R.A, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda: "Orang yang bakhil itu ialah orang yang jika
namaku disebut di sisinya maka ia tidak mahu
mengucapkan selawat kepadaku." (riwayat tirmidzi, ia
mengatakan hadith hasan sahih) 

Demikian adanya dalil-dalil yang berkaitan dengan
kelebihan selawat. Selawat selepas tarawih Kalau
ditinjau dalam mana-mana kitab-kitab hadith,
kitab-kitab ulung karangan ulamak muktabar mahupun
pengasas mazhab empat, pasti kita tidak akan menemui
sebarang dalil dari as-sunnah tentang selawat selepas
tarawih. Kebanyakan masyarakat melayu awam khususnya
menganggap selawat selepas tarawih itu adalah
SEBAHAGIAN solat tarawih. 

Apakah yang akan terjadi sekiranya kita kata kepada
imam masjid, "Imam, malam ni kita tak payah selawat."?
Benar, selawat tidak disyariat bila dan di mana,
bahkah bila-bila masa dan di mana-mana. Fahaman inilah
yang menimbulkan masalah. Persoalan yang menarik untuk
difikirkan, adakah sah solat tarawih tanpa selawat
selepasnya? 

Amalan bulan ramadhan yang paling afdal Terdapat
banyak lagi perkara-perkara sunat yang berdalil tetapi
kita tidak bincangkan. Antaranya ialah qiamulail,
i'tikaf, tadarrus dan banyak lagi doa-doa yang ma'thur
di bulan ramadhan.

Tarawih adalah salah satunya. Daripada Ibnu Umar, Anas
dan Aisyah r.a: Bahawa baginda S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya Nabi S.A.W beri'tikaf pada 10 hari
terakhir bulan ramadhan. 

Baginda melakukan demikian sejak baginda datang ke
Madinah sehingga Baginda wafat." (Muttafaq 'alaih)
Az-Zuhri mengatakan: "Sungguh pelik manusia, bagaimana
mereka boleh meninggalkan i'tikaf. Rasulullah S.A.W
melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi
tidak meninggalkan i'tikaf sehinggalah baginda wafat."


Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir R.A dengan sanad
hasan bahawa baginda S.A.W bersabda: "Bagi setiap
muslim ada doa yang dimakbulkan, dia berdoa dengannya
pada bulan ramadhan."

"Sesiapa yang membangunkan ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala. diampunkan
dosa-dosanya terdahulu." (Sahih Bukhari dan Muslim)
Dll dalil mengenai amalan bulan ramadhan. 

Selamat beramal. 

Rujukan: Al-Azkar, Imam An-Nawawi Wallahua'lam. 


__________________________________________________
Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED]

Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk

Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages

Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files

Free Side Income ? : http://e-mailpaysu.com/members/index.cgi?jeq4422

FREE SMS from internet : http://www.chilipadi.com/sign_up/content.php?referral=jeq4422






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke