|
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha
Penyayang.
Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi dengan para netters dengan apa
yang saya ketahui tentang persoalan mengapakah sembahyang zohor dan
asar diperlahankan bacaannya.Perkara ini saya ketahui daripada bab
perkara tauhid dan saya hanya memberikan petikannya sahaja iaitu seperti
berikut.
1. Dari segi fekah kita kena yakin sesungguhnya
bahawa apa yang dipraktikkan oleh Nabi Muhamad itulah yang benar yang
dikehendaki oleh Allah Taala dan tiada keraguan bagi nya.
2. Dari catitan guru tauhid saya - Jika ditanya
orang apa sebab zuhur dan asar itu dibunyikan atau diperlahankan dan waktu
maghrib, isyak dan subuh dinyaringkan maka jawapannya waktu zuhur itu keluar
dari daripada huruf Alif dan asar itu keluar daripada huruf Lam kerana
huruf Alif dan Lam itu keluar daripada lafaz nama Allah Taala kerana bahawasanya
Allah Taala itu tiada nyata pada kita tapi kita tahu kewujudan Nya. Adapun waktu
maghrib, isyak dan subuh itu dinyaringkan kerana keluar dari huruf Mim, Ha dan
Dal iaitu menyatakan sifat Nabi Muhamad iaitu pohon bagi segala yang
nyata.
Ringkasnya perkara ini menyatakan tentang Zat Allah
dan Sifat-sifatnya serta pengiktirafan Nabi Muhamad sebagai Rasul
pilihan.
Sekian, Wassalam.
RUZLAN AB. RAHMAN
26 Ramadan 1422.
|
- H-Net* cara membaca waktu sembahyang john lee
- Re: H-Net* cara membaca waktu sembahyang ku6ku6 ku6ku6
- Re: H-Net* cara membaca waktu sembahyang Razi_Izwan
- Re: H-Net* cara membaca waktu sembahyang Razi_Izwan
- Re: H-Net* cara membaca waktu sembahyang Pahang Junior
- Re: H-Net* cara membaca waktu sembahyang Razi_Izwan
- Re: H-Net* cara membaca waktu sembahyang Pahang Junior
- Re: H-Net* cara membaca waktu sembahyang Bintang
