*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 TERJEMAHAN ARTIKEL GLOBAL (538)
Tiga Bulan Selepas 11 September
(America Remembers)
Oleh Joel Roberts - CBS News.com (Terjemahan Ringkas)


----------------------------------------------------------------------------
----
Tiga bulan sudah berlalu, selepas serangan ngeri di Pusat Dagangan Dunia.
Hampir setengah timbunan runtuhan yang dianggar seberat 600,000 tan berupa
keluli, batu-batan dan debu, telahpun dipindahkan daripada Lower Manhattan.
Usaha mencari mayat dan serpihan badan yang mungkin ada masih diteruskan
tanpa henti, seperti kelakuan seluruh negara yang masih mencari jawapannya.
Di New York City, para petugas bomba, dan pekerja binaan berhentikan kerja
dan segala alat jentera mereka untuk menghormati satu majlis bertafakur pada
8.48 pagi. Majlis itu dimulakan dengan nyanyian "Let there be peace on
 Earth" oleh William Michael. Kemudian diikuti dengan upacara keagamaan oleh
ketua agama Kristian, Muslim dan Yahudi.

Upacara yang sama sudah dirancang di lebih 70 negara, menjelajah sehingga
stesen angkasa antarabangsa, di mana angkasawan Russia dan Amerika akan
bergabung memberi penghormatan mereka.

Sebalik ulangan-tayang mengingatkan peristiwa ngeri itu, terdapat banyak
kemajuan untuk dilaporkan mengenai peperangan membasmi keganasan yang
berjalan sejak tiga bulan yang lalu. (catatan: tengok orangputih menipu,
serangan ke atas Afghanistan hanya bermula pada 7 Oktober, dan dia kata
perang sudah masuk tiga bulan. Inilah yang mesti difahami oleh orang Melayu
jangan mudah tertipu selalu, semacam ditipu oleh seorang diktator tua!!!!)

Puak Taliban telah dinafikan kuasa mereka di Afghanistan dalam masa lapan
minggu selepas Presiden Bush melancarkan serangan udara yang pertama.
Walaupun satu kerajaan baru Afghan bersiap sedia untuk mengambil alih kuasa
tidak pula diketahui di mana perginya musuh utama Amerika yang paling
dikehendakki - Mullah Omar dan Osama bin Laden.

Minggu yang berlalu sudah merakamkan kemalangan yang membabitkan kematian
pertama (hik.hik.hik... yang lain siapa? - Russia?) seorang pegawai CIA yang
mati di penjara Mazar-e-Sharif dan tiga orang komando disebabkan tembakan
pihak kawan berdekatan Kandahar. Begitu juga dengan satu kisah aneh
membabitkan seorang anak muda kelas atasan California yang tertangkap
berjuang bersama puak Taliban.

Kalau adapun berita baik yang muncul daripada New York, berita itu adalah
mengenai angka kematian yang menurun begitu drastik daripada anggaran 6,000
kini menjadi hampir 3,000.

Kini, bandaraya itu teruskan hidupnya dengan kemunculan seorang datuk bandar
yang baru, Mike Bloomberg yang akan menggantikan Rudi Gulliani.

Begitu juga dengan ancaman anthrax yang nampaknya semakin berkurangan tanpa
sebarang serangan baru selepas kematian seorang wanita berusai 94 tahun di
Connecticut yang tersentuh bakteria yang berbahaya. Setakat ini belum
diketahui siapa yang merencana serangan itu dan daripada mana datangnya
spora anthrax dan bagaimana cara sebenar ia merebak.

Lima orang sudah mati disebabkan serangan anthrax dan 13 orang telah
dijangkiti di Amerika Syarikat (kebanyakannya orang kulit hitam dan
Hispanik - penterjemah), sejak surat pertama mengandungi anthrax didedahkan
pada bulan Oktober. Dewan Capital Hill masih ditutup sejak sepucuk surat
mengandungi racun itu diterima dan pegawai Federal Reserve di Washington,
tempat yang terbaru menerima surat itu, masih meneruskan pencarian mereka.

Selama tiga bulan, Kongres telah menangani serangan pengganas dengan
beberapa perundangan baru di Amerika, termasuk peningkatan kawalan
keselamatan di lapangan terbang dan pesawat udara. Yang masih tertangguh
disebabkan perdebatan yang berpuak-puak, ialah satu cadangan pekej pemulihan
ekonomi yang semakin tenat dan mencungap sejak 11 September, dan menyebabkan
ekonomi negara merudum sejak itu.
Sementara itu Bush sudah bertindak menyekat penyaluran bantuan kepada
pertubuhan yang dikatakannya menyokong aktiviti keganasan (termasuk
pertubuhan amal Islam yang menerima bayaran zakat di Amerika, bodohnya
presiden haprak!!!), Dia juga menandatangai satu undang-undang membenarkan
penubuhan mahkamah tentera mengadili mereka yang disyaki pengganas.

Tiga bulan selepas 11 September, Amerika memasuki ambang percutian sambil
mengawasi kemungkinan munculnya serangan baru.

Terjemahan oleh SPAR - 12.12.01


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HISYAMUDIN  MOHD HASNI" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke