*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Biasanya artikel2 yg keluar dalam utusan
meloya ni tak perlu diambil berat sangat
kerana tulisan mereka2 yg otak berserabut
tentang Islam ni, tak menambahkan ilmu anda.
Mereka ini begitu konfius hingga tak dapat
bezakan antara hak dan batil, putih dan hitam. 

Contoh, penulis dibawah ni (dari utusan meloya
online) begitu tak cerdik, dan terikut2 dengan
kempen kafir & yahudi. Mungkinkah beliau 
penulis upahan negara Islam sekular @ negara
sekular Islam?

Allah kurniakan akal untuk digunakan kearah
membela Islam, bukan sebaliknya. Kepada mereka
ini, apa lagi yang boleh kita buat, selain
dari "Innalillahi waina ilaihi rojiun".

-----------------

Pas halang kebangkitan Islam dan ummah

Oleh: NIHAZ MOHD. YUSOFF ([EMAIL PROTECTED])
Meniti kejatuhan puak pelampau agama atau juga dipanggil `pengganas' oleh masyarakat 
bukan Islam, iaitu kerajaan Taliban serta penangkapan Nur Misuari, Gabenor Wilayah 
Autonomi Islam Mindanao (ARMM), membawa umat Islam ke satu lagi babak dalam sejarah 
Islam yang sedang tercipta.

Babak ini adalah babak penting yang memerlukan seluruh umat Islam menumpukan perhatian 
untuk mengenal pasti sama ada ia merupakan satu langkah ke arah kejatuhan, kebangkitan 
atau pemulihan imej Islam dan umat secara keseluruhan.

Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, umumnya yang kelihatan adalah kekeliruan 
pendirian terhadap babak ini. Keliru dalam meneliti maklumat yang diperoleh secara 
separuh-separuh dan juga keliru kerana sikap prejudis sendiri dalam menerima maklumat.

Masih ramai umat Islam yang menunjukkan sokongan jelas terhadap puak pelampau agama 
tanpa ragu-ragu atas alasan mempertahankan agama. Sikap Taliban yang menindas sesama 
Islam dan berperang sesama saudara Islam tidak langsung terfikir oleh mereka.

Fahaman agama yang ekstrem dan memburukkan imej Islam juga tidak menjadi masalah 
kepada umat Islam yang menjadi pemerhati dari luar ini. Begitu juga dengan perjuangan 
sia-sia ARMM dan Abu Sayyaf melalui penculikan dan jenayah tidak begitu menggusarkan 
mereka.

Entah kenapa umat Islam di Malaysia sering mengambil sikap seolah-olah semakin ekstrem 
dan tiada tolak ansur dalam agama sehingga sanggup mengganas, semakin hebatlah iman 
seseorang itu.

Oleh itu, ramai di antara mereka yang mempamerkan t-shirt Osama bin Laden yang dipakai 
dengan megahnya sebagai tanda sanjungan dan sokongan. Golongan ini tidak dapat 
menentukan pendirian mereka berhubung puak pelampau atau pengganas itu. Bagi mereka, 
hanya sama ada hitam atau putih iaitu menyokong Osama atau menyokong Amerika sedangkan 
Malaysia tidak mampu meletakkan keputusan hitam atau putih sebegitu. Pendirian 
Malaysia tidak hitam dan tidak juga putih.

Malaysia tidak menyokong perbuatan ganas walau dilakukan oleh saudara sendiri, jauh 
sekali menyokong perbuatan ganas orang lain terhadap saudara sendiri.

Malaysia bagaimanapun sedar, bagi membuat dunia mendengar kata-kata, nasihat, teguran 
dan kecaman sekumpulan negara Islam yang rata-ratanya lemah, bukanlah mudah.

Kita perlu sekuat dan sehebat negara-negara penindas itu sebelum kata-kata, teguran, 
nasihat dan kecaman kita didengari. Setakat mengangkat sepanduk menghalang sepasukan 
pemain kriket hanya akan dilihat sebagai jenaka bodoh oleh pengganas Israel di bumi 
Palestin.

Babak kejatuhan puak pelampau agama mungkin satu proses pemulihan imej Islam serta 
mengurangkan halangan dari dalam, dalam usaha kita mengembalikan kekuatan Islam.

Ini tidak bermakna yang kita merelakan saudara kita dibom oleh Amerika. Hakikatnya, 
pengeboman itu tidak akan berlaku tanpa kesalahan daripada kedua-dua belah pihak. 
Allah subha nahu wataala telah mentakdirkannya begitu dengan sebab-musabab dan 
hikmah-Nya yang tersembunyi.

Apabila halangan daripada dalam ini sudah tiada, maka umat Islam akan lebih bersatu 
dan berupaya menumpukan perhatian terhadap pembangunan dan kemajuan. Islam hanya boleh 
kuat jika bersatu dan selagi ada puak pelampau yang mencipta ketegangan sesama saudara 
Islam, ini tidak akan berlaku.

Selagi kita tidak bersatu, kita tidak akan maju dan selagi kita tidak maju, kita tidak 
akan memperoleh kekuatan yang sebenar serta tidak dapat membuatkan suara kita 
didengari dunia bagi membantu saudara kita yang ditindas oleh musuh Islam.

Ini tidak bermakna yang kita mengharuskan kehancuran saudara kita dari puak pelampau 
itu. Apa yang perlu dilakukan adalah membuka minda mereka untuk memahami dan 
mendefinisikan Islam dalam ertikata yang sebenar, tanpa ekstremis dan keganasan, hanya 
penyatuan dan keikhlasan.

Dalam konteks Malaysia, puak pelampau yang menghalang kemajuan dan keamanan negara 
Islam ini adalah parti Pas. Pas mengajak kita bergaduh dan berpecah atas nama Islam 
serta mengajak kita mundur dan lemah dengan menidakkan ilmu duniawi. Pas adalah 
penghalang kebangkitan Islam di Malaysia dan tidak keterlaluan juga, di dunia.

Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai model negara Islam terbaik dan Pas berusaha 
sedaya upaya untuk menafikan hal ini. Jika Pas berjaya memburukkan Malaysia, maka 
tiadalah lagi negara Islam yang boleh dijadikan teladan untuk membawa Islam ke arah 
kemajuan. Islam akan mundur buat beberapa puluh atau ratus tahun yang akan datang 
tanpa ada usaha untuk mengembalikan kekuatannya.

Alasan puak penghalang kebangkitan Islam ini mudah iaitu bukan kemajuan dan kekuatan 
dari segi pembangunan yang dituntut Islam. Kononnya yang dimaksudkan dengan kekuatan 
itu adalah kekuatan rohani iaitu dari segi amal ibadah semata-mata.

Namun, dalam masa yang sama, mereka begitu bangga menceritakan kehebatan tamadun Islam 
yang lampau. Mereka bangga dengan pembangunan yang dipelopori umat Islam dalam zaman 
kegemilangan Islam. Tidak pula puak ini menuduh umat Islam di zaman itu sebagai tidak 
Islam kerana kemajuan yang dikecapi. Sebaliknya, jika ada yang ingin memajukan umat di 
zaman ini, tanpa berlengah mereka akan campur tangan dan menghalang kemajuan tersebut.

Kejadian yang menimpa Taliban dan ARMM sepatutnya menjadi pengajaran. Pemimpin Pas 
sepatutnya mengajak penyokong mereka memahami kejadian ini dan menjadikannya iktibar 
bahawa Allah tidak berserta mereka yang memperalatkan Islam. Kita tidak tahu sama ada 
Pas mempunyai tanggapan yang sama dengan Taliban mengenai cara pemerintahan Islam atau 
pemikiran yang sama dengan ARMM mengenai perjuangan menegakkan Islam kerana sehingga 
kini, Pas gagal menyatakan corak pemerintahan Islam ala mereka.

Tetapi apa yang pasti, selagi Pas masih dengan caranya menafi dan mempertikaikan 
keislaman saudara sesama Islam, Pas tetap akan tercatat dalam sejarah sebagai 
penghalang pembinaan tamadun Melayu Islam di Malaysia.

-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


1 cent a minute calls anywhere in the U.S.!

http://www.getpennytalk.com/cgi-bin/adforward.cgi?p_key=RG9853KJ&url=http://www.getpennytalk.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sam dol" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke