*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Pada pemerhatian saya, Hnet bukan dilanggani oleh orang Pas saja. Pendapat
bukan Pas pun selalu juga keluar. Kalau nampak ramai yang pro Pas, itu
secara kebetulan. Boleh tanya penyelenggara betulkah id diban? Yang saya
perhatikan, biasanya yang diban ialah yang saja2 nak buat kacau tanpa
fakta seperti apanamanya yg macam kereta jepun tu - saja2 nak jadikan hnet
laman murahan.
Satu kemusykilan saya, kalau benar id di ban, macammana boleh terima
email ahc bertajuk diatas?
Antara yg sdra/i rizal sentuh:
- ketewasan taliban, dimana silap mereka
- mengapa jihad umat Islam tak berjaya
- tragedi memali - nasib balu2
- tragedi sauk, kmm
- beza cara Nabi dan kita
- ulama dan ilmu mantik
- peperangan jamal dan siffin
- beberapa kisah pemerintah silam
- artikel "taqwa ubati komflik"
- jawapan kepada response artikel "islam dan ilmu sekular"
- dll
Tak tahulah berapa kerat lagi warga hnet yg tinggal, mungkin ramai
dok tengah sibuk balik kampung.
---------
"Rizal" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamualaikum,
Nota - ini posting saya yang kali kedua, terus kepada orang-orang yang
saya pilih secara rawak. Nampaknya email saya masih lagi di 'ban' oleh
peyelenggara Hizbi. Pekara yang sama berulang apabila email saya tidak
disiarkan, tetapi ada yang menjawab dengan bahagian tulisan saya
di 'delete'kan. Pekara yang sama berlaku 8 bulan lepas, apabila saudara
Omar Alkhattab menjawab tulisan saya. Saya rasa ia bukan masalah teknikal.
Bukankah kita di sini menulis untuk meluahkan pendapat masing-masing? Dan
terpulang kepada yang lain samada untuk menerimanya atau tidak. Apakah
mereka yang tidak mahu email saya disiarkan takut kepada kebenaran. Sifat
ini boleh disamakan dengan pemerintah yang mengawal dan menapis berita
seperti yang selalu kita percakapkan. Setiap email di dalam Hizbi ini
terdapat slogan 'PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL' . Kalau PAS
dapat memerintah mungkin sikap mengawal dan menapis berita juga berlaku.
Ini adalah KEADILAN MENGIKUT PUAK BUKAN ISLAM.
Jihad Taliban sudah berakhir?
Insya'allah, sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul, Al-Quran
dan Sunnah, kita percaya bahawa Islamlah satu-satunya cara hidup yang
diredhai Allah, Tuhan Pencipta Alam, dunia dan akhirat.
Tetapi realitinya mengapakah Umat Islam pada hari ini tidak mencerminkan
ia merupakan umat pilihan di sisi Allah. Seperti mana tajuk email saudara
TigerChan "Jihad Taliban sudah berakhir?", walaupun kita percaya Jihad
Taliban tidak akan berakhir begitu sahaja (kita juga berdoa agar Taliban
atau mereka yang memegang panji-panji Islam akan bangun semula).
Tetapi apa yang telah berlaku di Afghanistan adalah jelas menunjukkan
bahawa Taliban, yang dianggap telah menjalankan hukum-hukum Islam 100%,
telah tewas untuk mempertahankan bumi Afghanistan. Taliban tewas kepada
puak kufar Amerika dan Pakatan Utara yang dikatakan puak munafik. Sebelum
peperangan bermula, kita percaya jihad yang diistiharkan oleh Taliban akan
berjaya seperti mana kata Mullah Omar ".... dengan kehendak Allah, Amerika
akan kalah di bumi Afghanistan seperti mana Russia dan Britian sebelum
ini....".
Kita cukup yakin Allah akan memberi kemenangan yang berpihak pada Taliban,
kerana Taliban berada dipihak yang diserang dan dizalimi. Kalaulah
Pakatan Utara yang dianggap terdiri daripada puak-puak yang tamakkan
kuasa, samseng, perogol dan munafik boleh mengalahkan Russia, mengapa
Taliban boleh tewas dengan mudah? (memang banyak alasan yang telah dan
akan diberikan, seperti untuk mengelak nyawa orang awam terkorban atau
sebagai satu taktik.......tetapi ini semua tidak selari dengan apa yang
diucapkan pada awalnya, seperti .........akan mempertahankan hingga
titisan darah terakhir ........Amerika akan menerima
pengajarannya.....mimpi Mullah Omar keluar dari peluru berpandu manusia
seperti ais beku menandakan kemenangan bagi pihaknya......mimpi berjumpa
Rasulullah yang menyuruhnya bertahan di Kandahar kerana Allah akan
memeberi kemenangan di sana ......... ).
Mengapa Jihad Taliban dan Jihad Umat Islam Lain Tidak Berjaya
Apa yang berlaku pada Taliban bukanlah kes yang terpinggir, umat Islam di
lain-lain tempat yang berJihad kerana ditindas atau untuk menegakkan
negara Islam, seperti di Palestin, Mindanao, Chechnya, Pattani dan Kashmir
tidak mencerminkan bahawa mereka merupakan umat yang terpilih di sisi
Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Ini bukan sahaja
menimbulkan banyak persoalan tetapi juga imej Umat Islam secara umumnya
sebagai umat pilihan Allah Tuhan Sekelian Alam. Musuh-musuh Islam sudah
tentu akan gembira melihat apa yang berlaku di Afghanistan dan mereka akan
lebih senang menjalankan propaganda mereka selepas ini. Ramai orang-orang
bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri akan mula percaya bahawa
cara Islam sebenar mengikut Al-Quran dan Sunnah seperti yang diamalkan
oleh Taliban menjadikan Umat Islam mundur dari semua segi.
Persoalannya .....APAKAH TALIBAN DAN PENDUDUK ISLAM AFGHANISTAN TELAH
MENJALANKAN SEPENUHNYA AJARAN ISLAM MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH ?......
TIDAK...... mereka hanya mengambil sebahagian daripada apa yang ada dalam
Al-Quran dan Sunnah dan meninggalkan sebahagian lagi malah ada sesetengah
budaya mereka bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.
Antara pekara-pekara yang diamalkan oleh Taliban yang bermazhab Hanafi
yang harus dipuji dan disokong ialah melaksanakan hukum-hukum syariah yang
jelas terdapat di dalam Al-Quran seperti Hudud dan menutup aurat, begitu
juga mengharamkan tanaman popi (yang boleh merosakkan hidup orang yang
menagihnya).
Tetapi di dalam bidang pembangunan yang melibatkan ilmu pengetahuan
seperti ekonomi, sains dan teknologi, mengapa tiada penekanan yang
diberikan oleh pemerintah Taliban. Bukan sedikit ayat-ayat Al-Quran yang
memberi penerangan mengenai ilmu pengetahuan tersebut dan bukan sedikit
ayat-ayat Al-Quran yang menyuruh kita memikirkan dan mengkaji akan apa
yang telah Allah ciptakan. Didalam tafsir Quran Karim yang ada paTa saya
di dalam ringkasannya, menyenaraikan 37 ayat mengenai 'Eonomi-Berusaha
mencari Rezeki ', 36 ayat yang merujuk pada 'Ilmu Hewan, Manusia, Tumbuhan
dan Geology', 36 ayat mengenai 'Ilmu Falak' dan lain-lain lagi. Allah juga
menyuruh kita melengkapkan bala tentera untuk mengerunkan musuh, apakah
kita sudah membuat apa yang Allah suruh? Apakah musuh kita sudah gerun
dengan kita?. Dalam Hadis, jelas Rasulullah menyebut 9/10 daripada rezeki
datangnya dari perniagaan, baginda sendiri seorang peniaga yang berjaya,
isterinya, Siti Khatijah seorang hartawan hasil dari berniaga. Kita tahu
Afghanistan kaya dengan hasil bumi seperti galian dan petroleum yang masih
belum diterokai. Mengapa tiada usaha oleh orang yang mengaku Islam
mengikut Al-Quran dan Sunnah untuk mengeluarkan hasil bumi ini? Jawapannya
mereka tiada ilmu dan kepakaran dalam bidang tersebut. Mengapa ini boleh
berlaku? Dan siapa yang patut disalahkan? Budaya mereka pula yang jelas
bertentangan dengan ajaran Islam ialah sifat kepuakkan atau Assobiyah yang
cukup kuat, perselisihan yang berlaku kalaupun tidak berakhir dengan
kematian akan menyebabkan dendam kesumat yang berpanjangan. Mengikut Hadis
Rasulullah "....golongan Assobiyah bukanlah dari golonganku..." Jadi
benarkah Taliban telah menjalankan ajaran Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya
atau mereka hanya berjaya menjalankan sebahagian hukum-hukum Allah
mengikut tafsiran Mazhab Hanafi dan menganggap inilah ajaran Islam
sebenar yang telah lengkap?
Untuk mengatakan sesebuah negara itu Islam atau tidak adalah terlalu
subjektif. Kenyataan Hj. Hadi bahawa Malaysia ialah Negara Umat Islam
bukan Negara Islam, mungkin lebih sesuai kerana kita tidak melaksanakan
sepenuhnya hukum Islam. Dan jika ukuran yang sama digunakan, maka semasa
pemerintahan Taliban di Afghanistan, ia juga boleh dianggap sebagai bukan
Negara Islam tetapi Negara Umat Islam kerana tidak mengamalkan apa yang
ada dalam Al-Quran dan Sunnah sepenuhnya.
Mengapa bidang ilmu ekonomi, sains dan teknologi ini tidak diberi
perhatian sedangkan ianya cukup penting kepada umat Islam dari semua segi,
samada dari sudut kebajikan rakyatnya sendiri atau untuk membantu saudara
se Islam yang miskin/kelaparan di tempat lain, untuk pertahanan diri dari
musuh-musuh yang ada dan juga membantu sudara seIslam yang ditindas di
tempat lain, untuk berdakwah kepada orang-orang bukan Islam mengenai
kebenaran Islam dengan menunjukkan akan kelebihan yang ada pada umat yang
berpegang kepada ajaran yang diturunkan oleh Allah Tuhan Sekelian Alam
melalui Nabi Muhammad saw. Sebaliknya, Sunnah Rasulullah supaya menyimpan
janggut dengan tegas dikuatkuasakan sehingga ada yang dipukul, sedangkan
ianya tidak terdapat di dalam Al-Quran dan tiada Hadis yang menunjukkan
Rasulullah atau para sahabat mengambil tindakan sedemikian terhadap mereka
yang tidak menyimpan janggut di zaman mereka. Bukankah ini menunjukkan
pemerintahan Taliban hanya mengambil sebahagian dari Al-Quran dan Sunnah
dan meninggalkan sebahagian yang lain. Yang manakah yang lebih penting?
Antara menyimpan janggut dengan menguasai ilmu pengetahuan? Kalau tidak
menyimpan janggut harus dipukul, bagaimana dengan mereka yang tidak
menguasai ilmu pengetahuan? Siapakah yang patut di 'pukul' dahulu ?
Pemerintah? Ulamak? Cendekiawan? Atau Rakyat?
Dan apakah kesannya ke atas Taliban sebagai pemerintah dan rakyat
Afghanistan apabila ilmu ekonomi, sains dan teknologi tidak dititik
beratkan? Ramai daripadanya miskin, ramai dari wanitanya yang kematian
suami dan mempunyai ramai anak terpaksa meminta sedekah di tepi jalan,
dari satu sudut tidak salah untuk Taliban menghalang wanita dari bekerja
disektor yang dianggap boleh membawa masalah sosial, tetapi dengan meminta
sedekah apakah ia menjamin mereka anak beranak mendapat sesuap makanan dan
apakah ini lebih baik samada kepada individu tersebut atau imej Umat Islam
amnya? Sebahagian dari rakyat Afghanistan terpaksa bergantung dengan
bantuan makanan dari pihak luar (kebanyakkannya bukan Islam). Apabila PBB
membuka kilang roti untuk membantu rakyat Afghanistan, masalah lain pula
timbul, orang asing ini pula cuba menyebarkan agama Kristian. Kilang
tersebut ditutup dan yang menjadi mangsa ialah rakyatnya juga. Dalam
rakyatnya kelaparan mencari sesuap makanan, kita tahu Taliban mempunyai
lebih dari 100 jet pejuang dan mereka juga mengaku mempunyai simpanan
senjata selama 20 tahun untuk melancarkan perang gerila. Berapa banyak
wang yang mereka gunakan untuk membiayai jet-jet pejuang ini, sedangkan
rakyat kelaparan? Tetapi akhirnya Amerika memusnahkan dan melumpuhkan
penggunaan jet-jet ini hanya dalam beberapa hari sahaja.
Satu pekara yang jelas yang boleh kita lihat ialah apabila Taliban
menguasai Afghanistan, ia dibantu oleh kafir Amerika melalui Pakistan,
dari segi persenjataan dan kewangan. Apabila ia memerintah, ia tidak dapat
memberi makanan kepada rakyatnya yang kebuluran (saya percaya, menyedia
makanan yang cukup kepada rakyatnya bukanlah agenda utama Taliban) dan
terpaksa dibantu oleh agensi-agensi luar yang kebanyakkannya adalah bukan
Islam. Mengapa Taliban yang di anggap satu-satunya pemerintah yang dapat
melaksanakan Islam yang hampir sempurna terpaksa bergantung kepada orang
bukan Islam dalam hal-hal yang penting ini. Tetapi yang lebih menyedihkan
ialah, bagi Umat Islam yang pro-Taliban melihat Taliban sempurna dari
semua segi tanpa cacat-cela, sementara yang anti-Taliban pula hanya
melihat cacat-cela dari semua segi tanpa mengira kebaikan yang telah
mereka sumbangkan sewaktu pemerintahan mereka. Ini boleh diumpamakan
seperti dua pihak, satu mengambil jalan di sebelah kiri dan satu lagi di
sebelah kanan, sedangkan jalan yang benar berada di tengah-tengah yang
tiada orang mengambilnya.
Jihad di Malaysia- Tragedi memali
Selain dari kelemahan yang dapat dilihat dengan cara Taliban menegakkan
Islam dan berJihad di Afghanistan, cuba kita bandingkan pula cara Ust.
Ibrahim Libya menegakkan Islam dan berJihad di Malaysia. Memetik dari
buku "Suamiku Kekasih Allah" tulisan saudara C.N.Al-Afghani (yang pernah
berjihad di Afghanistan bersama kumpulan Mujahidin), Ust.Ibrahim seorang
yang ilmunya bertaraf ulamak dan mujahid, telah meninggalkan segala
kemewahan dunia dengan segala masa dan tenaganya dihabiskan untuk tujuan
berdakwah tanpa merasa takut pada sesiapa kecuali Allah. Prinsipnya
mencegah yang mungkar, menegak yang makruf, membimbing insan yang jahil
kepada alim, menunjuk jalan yang sesat kepada yang benar (dalam buku
tersebut m/s 6, Al-Afghani tersilap tulis, "...menunjuk jalan yang benar
kepada yang sesat.") dan akan menegur siapa sahaja tidak kira pangkatnya.
Di dalam buku tersebut tidak disebut punca berlakunya Tragedi Memali,
tetapi mengikut Pak Din (ABK) yang telah pergi sendiri ke kampung tersebut
dan berjumpa dengan mangsa yang masih hidup dan kemudiannya menulis di
dalam Hizbi-Net ini. Kalau saya tidak silap, mengikut tulisan Pak Din,
polis telah memberkas orang-orang Ust. Ibrahim di dalam sebuah van yang di
dalamnya terdapat senjata-senjata seperti parang. Penyokong-penyokong
Ust.Ibrahim kemudiannya telah menculik ketua polis Baling supaya orang
orangnya dibebaskan dan agak teruk juga ketua polis ini dibelasah. Selepas
itu orang-orang Ust. Ibrahim dibebaskan dan kemudian pihak polis dengan
bantuan unit-unit lain mula memasuki Kampung Charok Putih dan mengepung
markas Ust.Ibrahim dan seterusnya kita telah sedia maklum apa yang berlaku.
Apa yang ingin saya beri perhatian di sini ialah rintihan dan nasib 14
balu-balu yang kebanyakkan hidup dalam keadaan dhaif dan miskin seperti
yang ditulis oleh Al-Afghani selepas 14 tahun peristiwa itu berlaku dan
diakhir tulisannya merayu sumbangan orang ramai. Di sini sekali lagi kita
dapat melihat akan kelemahan dan kedhaifan Umat Islam yang menyayat hati.
Balu Ust.Ibrahim,Puan solehah memperolehi pendapatan kurang RM200 sebulan
dari hasil getah dan dalam bulan Sept hingga Feb. kurang dari RM50 sebulan
sedangkan beliau perlu wang yang banyak untuk 5 orang anaknya yang masih
kecil. Seorang lagi balu, Mak Long Aishah mengambil upah menoreh dengan
pendapatan RM5-6 sehari dan sudah beberapa kali jatuh ketika menoreh juga
terpaksa menanggung anak. Puan Solehah membawa satu van dari Trengganu
melawat seorang balu, Puan Robiah, dia sudah beberapa bulan berhenti kerja
dengan pendapatan RM200, untuk menyara 3 orang anaknya dimana 2 dari
mereka menuntut di Pakistan, beliau membuat kuih. Rumah Robiah tiada ruang
tamu jadi mereka terpaksa duduk di dapur itupun hanya muat 4-5 orang dan
yang lain berada di luar, melihat keadaan ini, seorang demi seorang mula
mengalirkan air mata termasuk tetamu lelaki yang berada di luar. Penduduk
Memali rata-rata adalah penoreh getah, penulis juga menyebut ada orang
kampung tersebut hanya makan nasi dengan garam atau kicap.
Bukan sahaja balu-balu yang kehilangan suami tempat bergantung, hidup
dalam kedhaifan tetapi rata-rata penduduk kampungnya juga hanya memakan
nasi dengan garam. Mengapa Ust.Ibrahim yang mempunyai ilmu bertaraf ulamak
tidak mengajar pengikutnya seperti mana di dalam Al-Quran
supaya ....janganlah kamu lupa bahagian kamu di dunia.... atau seperti
maksud Hadis ....tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah....
mengapa kebanyakkan tangan kita berada di bawah? Jawapannya, kita hanya
mengambil sebahagian dari ajaran Al-Quran dan Hadis. Siapa yang dapat
menafikannya?
Tragedi Sauk - tidak pasti samada ia Jihad atau sandiwara, yang pasti ia
dilakukan oleh sekumpulan orang Islam tetapi ada kemajuan berbanding di
Memali kerana ada perancangan dan persediaan, selain dari ilmu kebal dan
ilmu boleh meresap, berjaya pula mencuri senjata. Cuma malangnya bom yang
dilancarkan ke atas kilang Carslberg tidak meletup, samada silap teknik
atau bom masuk angin.
KMM - tak tahu samada perlu rasa sedih, malu atau kesian, kerana terpaksa
merompak bank untuk berJihad.
Perbezaan Cara Rasulullah dan Cara Kita Menegakkan Islam
Jika kita lihat sejarah Rasulullah di dalam membangunkan Islam, kita akan
nampak apa yang berlaku di Afghanistan atau di lain-lain tempat yang cuba
membangunkan Islam, adalah menyongsang dengan apa yang telah Rasulullah
lakukan.
Rasulullah Berdakwah Secara Bijaksana
Rasulullah berdakwah secara berhemah, bijaksana, tidak mencaci orang dan
sabar apabila dicaci, Rasulullah juga menunjukkan sifat-sifat yang
terpuji, amanah dan seorang yang gigih dan berjaya dalam perniagaan.
Rasulullah juga tidak pernah mencari musuh. Berbanding dengan Taliban yang
merotan orang supaya pergi sembahyang dan yang tidak menyimpan janggut.
Dan kita di sini, di Negara Malaysia boleh, mengkafirkan orang,
mengkufurkan orang, meghalalkan darah orang. Rasulullah dan para sahabat
tidak pernah menghina atau mencerca individu walaupun mereka sendiri
menerima penghinaan dan cercaan. Bercakap dengan jelas dan tegas akan
penyelewengan dan kezaliman yang dibuat oleh seseorang adalah perlu tetapi
bukan sehingga mencaci dan menyumpah apatah lagi mencarut individu
tersebut. Allah ada melarang kita dari mencerca sembahan orang bukan
Islam, kelak mereka akan mencerca Allah dan Islam belebih-lebihan. Ada
Hadis yang bermaksud lebih kurang - seseorang anak itu dianggap derhaka
kepada ibu-bapanya jika ia mencerca ibu-bapa orang lain yang menyebabkan
orang tersebut mencerca kembali kedua ibu-bapanya.Bebeza pula dengan cara
kita berdakwah yang banyak disulami dengan cercaan dan hinaan seperti
menyamakan keluarga seorang Islam sebagai gembala babi, ulamak-ulamak yang
menyokong kerajaan sebagai syaitan bisu, ulamak sapu ketiak pemimpin, ular
dalam semak, malah mencarut dengan carutan yang paling berat ( p***mak)
dan supaya carutan ini nampak tidak bertentangan dengan Al-Quran dan
Sunnah maka dikatakan Tuhan juga mencarut. Malangnya ulamak dan pengikut
di dalam jemaah yang sama membisu. Apakah dengan cara ini kita boleh
menarik saudara se Islam kita ke jalan yang benar? Apabila mereka pula
membalas cercaan kita, mereka dilihat sebagai sekular, kafir, kufur,
fasik, munafik dan anti-Islam. Kesannya kita menjauhkan lagi mereka dan
merenggangkan tali silaturrahim? Di tambah pula, timbul puak-puak yang
mengaggap sembelihan mereka ini tidak sah, jika dimakan umpama bangkai,
tidak sah solat berimankan mereka. Di pihak Taliban pula masa yang mereka
ada selama 6 tahun untuk memerintah tidak digunakan untuk berdakwah kepada
rakyatnya, akan keburukkan sifat Assobiyah yang kuat dikalangan puak-puak
yang ada. Mereka juga tidak mendidik rakyat mereka mengenai kemungkaran
melihat filem-filem yang mendedahkan aurat dan menghairahkan yang boleh
membawa kepada keruntuhan moral dan masalah sosial. Begitu juga dengan
perbuatan yang tidak berfaedah dan kejam seperti laga ayam. Apabila
Taliban jatuh, apa yang kita lihat masyarakatnya kembali kepada
kemungkaran-kemungkaran seperti yang disebut, seolah olah ia suatu budaya
atau menjadi keperluan di dalam hidup mereka. Yang mana yang lebih baik
untuk menjadikan sesuatu masyarakat mengikut ajaran Islam, kita menambah
dan mengetatkan lagi undang-undang atau kita berdakwah secara bijaksana
kepada mereka supaya amal mereka ikhlas bukan terpaksa?
Tugas utama Nabi-nabi ialah untuk menyampaikan atau berdakwah kepada
kaumnya. Ulamak Pewaris Nabi - ialah ulamak yang meneruskan tugas-tugas
Nabi. Kalau Nabi Muhammad telah menyatukan kaumnya, membangun hingga ke
puncak dan dimana sahaja Islam sampai, ia membawa rahmat dan cahaya kepada
umat manusia. Apakah kita lihat Umat Islam yang ada pada hari ini berada
di tempatnya sebagai umat pilihan?
Rasulullah Berhijrah
Apabila Islam mula berkembang dan mula mendapat ancaman dari kaum
musyrikin, Rasulullah berhijrah ke Madinah, sedangkan Rasulullah boleh
mengistiharkan Jihad kerana Allah bersama-samanya, malah di dalam
perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah terima walaupun ia berat sebelah. Dalam
waktu ini Rasulullah hanya berperang untuk mempertahankan diri. Hanya
setelah Umat Islam menjadi kuat dan bersedia dengan segala kekuatan dan
kelengkapan barulah Rasulullah sendiri memimpin tentera Islam memasuki
kota Mekah tanpa menghadapi banyak tentangan. Berbanding dengan kita,
tanpa ilmu, kekuatan dan kelengkapan yang cukup, hanya dengan semangat
kita mengistiharkan Jihad. Contohnya Osama, walaupun dia memberi alasan
yang kuat untuk melancarkan Jihad tetapi apakah kesannya apabila dia tidak
mampu melawan balik apabila diserang? (Dalam hal ini saya tidak merujuk
secara khusus apa yang berlaku di Afghanistan tetapi sebelum itu ia telah
secara terbuka menggesa Umat Islam menyerang kepentingan dan rakyat
Amerika walaupun melibatkan nyawa orang awam lelaki, wanita dan kanak-
kanak. Ikrar ini sekali lagi dibuatnya setelah Amerika menyerang
Afghanistan tetapi mengecualikan wanita dan kanak-kanak. Ini juga
menyalahi cara Rasulullah supaya orang awam tidak diapa-apakan). Kesannya
ramai orang Islam yang menderita. Begitu juga apa yang berlaku di
Mindanao, apabila kerajaan Filipina menyerang secara besar-besaran
kedudukkan Abu Sayyaf (apakah Islam membenarkan kita menjadikan orang
tidak bersalah sebagai tebusan dan kemudian membunuh mereka, bukankah ini
satu penyelewengan di dalam Islam?), hampir 40,000 orang Islam terpaksa
melarikan diri. Di Chechnya, puluhan ribu orang Islam terkorban, ramai
yang dizalimi, dirogol dan menjadi pelarian. Dan Umat Islam lain tidak
mampu untuk menolong malah dalam keadaan tertentu orang bukan Islam yang
lebih banyak membantu. Apakah ini bentuk Jihad yang dianjurkan oleh Islam.
Doa Rasulullah
Rasulullah sayang akan umatnya, di dalam menyampaikan kebenaran dan
mengajak manusia ke jalan yang benar, baginda cukup sabar. Peristiwa di
Taif di mana Rasulullah disambut dengan cercaan dan kata-kata kesat malah
dilontar dengan batu sehingga berdarah kakinya. Apakah tindakbalas
Rasullullah? Baginda berdoa semoga Allah mengampuni mereka dan memberi
petunjuk kepada mereka. Tetapi kita di sini terutama yang terlibat dalam
politik, berdoa supaya saudara se Islam kita yang berada di pihak lain
dibinasakan. Mengapa? Kerana perasaan marah dan benci yang bersarang di
dalam hati kita. Marah dan benci adalah sifat Iblis.
Muhasabah Songsang
Rasulullah menyarankan supaya kita Muhasabah diri kita, kaji kesilapan
kita, kelemahan kita dan perbetulkannya, disamping saling nasihat
menasihati sesama saudara se Islam kita. Tetapi sifat yang ada pada
kebanyakkan kita ialah lebih kepada Muhasabah diri orang lain, bukan diri
kita atau Muhasabah jemaah orang lain, bukan jemaah kita. Ini menyebabkan
kita hanya nampak kesalahan atau penyelewengan orang. Keadaan menjadi
lebih buruk apabila kita mula saling mencerca dan apabila perasaan marah
dan benci mula bersarang di hati, kita tidak sanggup untuk mengaku
keburukkan kita walaupun ia memang buruk dan kita cuba menutupnya atau
menganggap ianya kecil. Dan kebaikkan orang pula kita tidak mahu akui
walaupun ianya memang baik dan cuba menutupnya dengan membesarkan
keburukkan yang ada pada mereka. Ini akan menambahkan lagi jurang yang ada
di antara puak-puak.
Kalau di Malaysia pemerintahnya juga hanya mengambil sebahagian dari Al-
Quran dengan hanya mementingkan ilmu ekonomi sains dan teknologi dan
meninggalkan hukum Hudud dianggap sekular dan kufur. Mengikut Amanat Hadi
mereka yang mengambil suku dari Al-Quran adalah kafir dan terkeluar dari
Islam (ia merujuk kepada pemerintah M'sia), bagaimana pula dengan Taliban
yang juga mengambil sebahagian sahaja dari Al-Quran? Apakah ada sebab lain
mengapa Umat Islam telah dijajah sekian lama, kalau merdekapun masih
mundur dan miskin, terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam, jika
hendak mengamalkan ajaran Islam akan ditekan dan bila berJihad, dizalimi,
diaibkan dan sukar untuk menang. Dalam Surah An-Nur, Ayat 55, Allah telah
menjanjikan untuk mengangkat orang yang beriman sebagai khalifah di muka
bumi ini. Apakah Allah tidak menunaikan janjinya atau tiada orang Islam
yang betul-betul beiman di muka bumi ini? Mungkinkah apa yang berlaku
kepada Taliban merupakan satu alamat dari Allah supaya kita mengambil
pengajaran? Dengan izinnya ia memberi Taliban untuk berkuasa, selepas dua
tahun, kemarau yang berpanjangan melanda Afghanistan. Munkinkah ini bala
dari Allah, (seperti mana ulamak-ulamak kita di Malaysia menganggap jerebu
yang sekali-sekala melanda merupakan bala kerana pemimpin yang menolak Al-
Quran dan ulamak), selepas empat tahun kemarau, dengan izin Allah, datang
pula kafir Amerika menjatuhkan Taliban dari kekuasaannya. Wallalhualam.
Selain dari tidak menguasai ilmu pengetahuan dan hanya mengamalkan
sebahagian dari ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah dan
meninggalkan yang lain, Umat Islam juga dalam banyak keadaan mengamalkan
pekara-pekara yang dilarang. Seperti sifat yang dikeji oleh Allah dan
Rasulnya iaitu mencerca, menghina, mengumpat, menfitnah, berdendam dan
bantah membantah sehingga memutuskan tali silaturrahim. Di dalam berJihad
samada untuk menegakkan Negara Islam atau ditindas, kita berlaku zalim dan
melampaui batas dengan menculik, membunuh orang yang tidak berdosa yang
memang jelas dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Apakah dalam keadaan ini
kita nak harap Allah bersama kita dan membantu kita dan doa kita
dimakbulkan?
Punca Umat Islam Hanya Mengambil Sebahagian Dari Al-Quran Dan Sunnah
Di manakah sebenarnya letak kesilapan kita, Umat Islam? Apakah kerana
pegangan kita pada Mazhab-mazhab tertentu yang jelas tiada penekanan
didalam bidang ilmu ekonomi, sains dan teknologi ? Pada prinsipnya,
kemunculan mazhab-mazhab seperti Ahli Sunnah Waljamaah ini selepas lebih
200 tahun kewafatan Rasulullah adalah wajar. Imam-imam yang empat, telah
melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan pada waktu itu. Walaupun
terdapat pekara-pekara yang menjadi perselisihan, ia tidak sepatutnya
menjadi alasan untuk menolak mereka secara total, kerana keseluruhan
sumbangan mereka cukup besar. Yang menjadi masalahnya ialah ulamak-ulamak
yang berikutnya yang mendokong mazhab-mazhab ini sepatutnya sentiasa
mengkaji Al-Quran dan sesuaikan dengan keadaan semasa, bukan hanya
berpegang kepada mazhab tertentu dan hanya melaksanakan sebahagian dari
tuntutan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah. Di dalam bab
permulaan kitab Ihya Ulumiddin, karangan Imam Al-Ghazali, ia juga ada
menyentuh mengenai ulamak-ulamak terkemudian yang terlalu berpegang kepada
Imam yang empat ini, hingga terdapat 20 golongan yang berpecah di waktu
itu.
Antara bukti-bukti yang menunjukkan Imam dan Ulamak besar dahulu yang
tidak mahu mengambil ilmu pengetahuan yang berunsur sains ialah seperti
yang terdapat di dalam buku 'Teks Komprehensif Pengajian Islam - Pengantar
Ilmu Mantik' tulisan Abd Latif Muda B.A., M.A. Usuluddin (UM). Dalam Kamus
B.Melayu, ilmu mantik beerti logik, iaitu berfikir benar. Ilmu Mantik atau
logik ini merupakan asas kepada berkembangnya Ilmu Sains. Di muka surat 60
disenaraikan ulamak yang menolak Ilmu Mantik :-
1. Ibn. Solah berpendapat mempelajari dan mendalami Ilmu Mantik adalah
haram hukumnya kerana bercampur aduk dengan unsur bid'ah dan khurafat.
2. Imam Nawawi - adalah haram dan hukumnya kafir sesiapa yang
mempelajarinya disebabkan ilmu tersebut tidak benar dengan apa yang
digariskan oleh Hadis dan Al-Quran.
3. Imam al-Suyuti - hukumnya haram kerana mereka yang mempelajarinya akan
terpengaruh dengannya dan mengabaikan bahasa Arab serta Al-Quran dan Hadis.
4. Imam al-Syafi'i - tidak mengharamkan secara lantang tetapi sikap beliau
menunjukkan ilmu tersebut tidak harus dipelajari, ini kerana beliau
menolak sebarang sumber selain Hadis dan Al-Quran sebagai hujah. al-Qiyas
yang merupakan cabang Ilmu Mantik yang dipraktikkan dalam Usul al-Fiqh
sebagai salah satu dalil hukum, ditolak oleh beliau.
5. Ibn Taymiyah - beliau menolak Ilmu Mantik dengan berkata : Ilmu Mantik
tidak dapat memberi apa-apa faedah kepada orang cerdik dan ia tidak dapat
diambil apa-apa manfaat oleh orang jahil.
Ulamak yang menerima Ilmu Mantik :-
1. Ibn. Rusyd - wajib hukumnya selagi tidak bercanggah dengan landasan
Islam.
2. Imam al-Ghazali - hukumnya adalah harus.
3. al-Farabi - tidak menjadi kesalahan mempelajarinya.
4. Ibn. Sina - sama dengan pendapat al-Farabi.
5. Ibn. Hazm - menerima dengan positif dan beliau sendiri mempelajarinya.
6. Jumhur Ulamak - hukum mempelajarinya adalah fardu kifayah.
Antara sebab berlaku perbezaan pendapat yang diberikan oleh penulis buku
tersebut ialah kerana, mengambil kira keadaan masa, zaman dan suasana
semasa. Tetapi di sini jelas menunjukkan ulamak-ulamak besar kita dahulu
menganggap mempelajari Ilmu Mantik adalah haram dan jatuh kafir. Manakala
ulamak-ulamak yang menerimanya, hanya Ibn Rusyd yang menganggap wajib
sementara yang lain hanya sekadar harus atau dibolehkan. Ini boleh
menjelaskan mengapa kebanyakkan dari ajaran-ajaran, tafsiran dan hukum
-hakam mereka tiada penekanan ke arah kepentingan ilmu pengetahuan
berunsur sains walaupun tuntutan untuk mencari ilmu ini jelas terdapat di
dalam Al-Quran.
Kita harus bersyukur, walaupun terdapat Imam dan ulamak-ulamak besar Islam
yang yang mengharamkan Ilmu Mantik, masih ada ahli-ahli sains dan
cendekiawan Islam, yang sebahagian dari mereka adalah ulamak yang
mementingkan ilmu pengetahuan duniawi, telah membawa kemakmuran kepada
Umat Islam dan melalui satu puncak Tamadun di mana Umat Islam menguasai
segala bidang, dari semua segi, seperti ekonomi, ilmu pengetahuan dan
ketenteraan sehinggalah Tamadun Islam sebelah Timur runtuh pada kurun ke
13M dan sebelah Barat kurun ke 15M.
Inilah juga diantara sebab mengapa menjadi tangungjawab Umat Islam
terutamanya mereka yang bergelar ulamak dan cendekiawan untuk sentiasa
mengkaji Al-Quran dan Sunnah mengikut suasana semasa dan bukannya terikat
dengan pendapat dan tafsiran ulamak terdahulu.
Ini telah dilakukan oleh jumhur ulamak apabila menghukum mempelajari ilmu
ini sebagai fardu kifayah. Seperti mana ulasan pada buku tersebut di m/s
64 ".....demi kepentingan Umat Islam adalah fardu kifayah hukumnya,
terutamanya Mantik Moden yang boleh membentuk kemajuan dan tamadun
sesebuah negara. Oleh itu Mantik Moden merupakan Ilmu Sains yang perlu
bagi orang Islam serta mempelajarinya dengan mendalam, supaya orang Islam
akan maju dan setanding dengan orang kafir."\
Tetapi ini berlaku setelah orang bukan Islam, terutamanya Barat, dengan
sekularisme mereka, telah menguasai ilmu ini dan menjadi maju, seterusnya
menjajah hampir keseluruhan Umat Islam di dunia ini, barulah muncul ulamak-
ulamak yang menganggap Ilmu Sains ini penting. Di sini berlaku
pertembungan dengan ulamak yang masih mempertahankan pendapat lama. Maka
wujudlah golongan yang dianggap sekular dan golongan jumud.
Mengapa, Mengapa dan Mengapa kita sebagai Umat Islam yang memegang Al-
Quran tidak dapat menguasai ilmu ini? Apakah Al-Quran berada pada tangan
orang-orang yang tidak tahu menggunakannya? Siapa yang harus disalahkan?
Yahudi? Nasrani? Dajjal? Iblis? Syaitan? Atau kita sendiri termasuk
Cendekiawan, Pemimpin? Dan terutama sekali mereka yang mengaku sebagai
Ulamak, yang dilantik sebagai ulamak, yang dianggap ulamak, termasuk
ulamak politik, kerana sebahagian besar Umat Islam membenar cakap mereka,
melaksanakan fatwa mereka, menurut hukum-hakam mereka, jika Ilmu Mantik
itu dianggap haram maka haramlah bagi pengikutnya, jika menyedut air ke
dalam hidung dianggap rukun wuduk walaupun tiada di dalam Al-Quran dan
Hadis hanya dengan ilmu Kasyafnya, maka pengikutnya mesti lakukan, jika
tidak solat tidak sah, sementara yang lain tidak mengapa, solat masih sah,
kerana menyedut air ke dalam hidung hanya sunat, sah tidak sah solat
ditentukan oleh Imam atau ulamak setiap pengikut. Begitulah pengaruh
ulamak sebagai pewaris nabi, malah ada Hadis yang mengatakan mereka yang
mempunyai perasaan benci walau sebesar biji sawi terhadap ulamak, maka di
akhirat nanti tidak semena-mena akan dicampakkan ke dalam neraka. Peranan
ulamak cukup besar, merekalah yang sepatutnya membimbing Umat Islam keluar
dari kedhaifan, kemiskinan , kejumudan dan membela mereka yang dizalimi
dan ditindas, mendamaikan mereka yang berperang. Meletakkan Umat Islam
ditempatnya yang sebenar sebagai Umat pilihan Tuhan dan khalifah di muka
bumi Allah ini. Dalam keadaan sekarang dengan cabaran yang ada, apakah
kita nampak mana-mana ulamak yang dapat membawa Umat Islam menjadi
khalifah dan mencerminkan umat pilihan Tuhan? Bukan setakat mengeluarkan
hukum-hakam, berJihad mengangkat senjata dan berpolitik untuk mendapat
pengaruh dan kuasa.
H.R. Abu Nu'aim dari Jabir, Rasulullah bersabda, " Janganlah kamu duduk
semajlis dengan sebarang ulamak, kecuali ulamak yang mengajak dari lima
pekara kepada lima pekara; iaitu dari keraguan kepada keyakinan, dari riak
kepada ikhlas, dari tamak kepada kesederhanaan, daripada takbur kepada
rendah hati, dan daripada permusuhan kepada kejujuran".
Di sinilah perlunya penyatuan umat, yang mana banyak pekara yang perlu
dikorbankan, banyak perbuatan yang perlu dimaafkan dan dilupakan,banyak
prinsip yang perlu ditukar, banyak sifat dan sikap yang perlu diubah dan
tali persaudaraan Islam atas dasar saudara seagama perlu dipegang erat.
Penyelewengan, kesalahan dan perbezaan pendapat bukanlah alasan untuk
memutuskan tali persaudraan. Tiada satu pihak yang benar atas semua pekara
dan tiada pihak yang salah dalam semua pekara. Masing-masing ada peranan
dan sumbangan yang harus dilakukan.
Sejarah Umat Islam Yang Tidak Diambil Iktibar
Selain dari tidak menguasai ilmu pengetahuan dan hanya mengamalkan
sebahagian dari ajaran yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah dan
meninggalkan yang lain, Umat Islam juga dalam banyak keadaan mengamalkan
pekara-pekara yang dilarang. Seperti sifat yang dikeji oleh Allah dan
Rasulnya iaitu mencerca, menghina, mengumpat, menfitnah, berdendam dan
bantah membantah sehingga memutuskan tali silaturrahim. Malangnya kita
tidak mengambil iktibar dari sejarah jatuh bangun Umat Islam sehingga
kesilapan tersebut berulang-ulang hingga sekarang. Ada yang menganggap
sejarah yang menunjukkan keburukkan Umat Islam termasuk para sahabat dan
ulamak-ulamak tidak harus diceritakan kerana boleh menyebabkan buruk
sangka terhadap Islam sendiri. Pendapat ini tidak selari dengan apa yang
Allah turunkan dalam Al-Quran. Allah banyak menurunkan ayat-ayat mengenai
kesalahan, kesilapan dan kezaliman umat terdahulu termasuk para Nabi dan
Rasul. Seperti Nabi Adam yang berlaku zalim kerana melanggar perintah
Allah dengan memakan buah larangan. Allah menegur Nabi Daud yang terpikat
dengan isteri pengikutnya lalu menghantar suami tersebut ke medan perang.
Allah menegur Nabi Musa yang menganggap dirinya adalah manusia yang paling
pandai lalu Allah menghantar seseorang (Nabi Khaidir) supaya Nabi Musa
mengikutinya. Malah ada beberapa ayat yang Allah tegur Nabi Muhammad
sendiri di antaranya kerana baginda mengambil keputusan tidak mahu
menjamah sejenis makanan lalu Allah berfirman apakah baginda hendak
mengharamkan pada dirinya apa yang telah dihalalkan oleh Allah.
Antara peristiwa dalam sejarah yang patut kita ambil iktibar ialah
peperangan Jamal dan Siffin yang melibatkan Saidina Ali sebgai Khalifah
(pemerintah), Saidatina Aishah isteri Nabi dan para sahabat Nabi. Dalam
peperangan antara Umat Islam ini hampir 90,000 orang Islam terkorban, jauh
lebih besar daripada jumlah kesemua orang Islam yang terkorban dalam
peperangan dengan orang bukan Islam. Puncanya kerana desakkan ke atas
Saidina Ali supaya membalas dendam akan kematian Saidina Osman. Jika
golongan yang mengangkat senjata menentang Saidina Ali ini memegang ayat
Allah An-Nisaak : 59 , yang menyuruh kita mengikut perintah Allah, rasul
dan orang-orang yang memerintah (ulil amri), maka peperangan tersebut
boleh dielakkan. Tindakan yang lebih mengikut perasaan dendam dan
membelakangkan ayat Allah ini berulang-ulang dalam sejarah Umat Islam
sehinggalah ke hari ini, yang membawa perpecahan dan kelemahan. Hari ini
di Negara-negara Umat Islam terdapat golongan yang ingin menjatuhkan
pemerintah dengan mengangkat senjata, walaupun bukan atas alasan yang
sama, mereka telah membelakangkan ayat Allah seperti yang disebut, ini
termasuk ayat Allah yang lain atau sirah Nabi yang menyuruh Umat Islam
melengkapkan diri dengan kekuatan sebelum berperang.
Begitu juga dengan Kisah Aroneb Binti Ishak, kisah tragis bila harta,
wanita dan takhta jadi matlamat di zaman pemerintahan Muawiyah (rujuk
buku "Lelaki UMNO Terakhir oleh Zabidi Mohamed, Bab 7 m/s 108). Sebagai
pemerintah ia telah menggunakan Abu Hurairah dan Abu Darda' (sahabat
Rasulullah) untuk memperdayakan seorang Gabenornya supaya menceraikan
isterinya disebabkan anaknya Yazid bin Muawiyah telah berkenan kepada
wanita tersebut. Kisah ini menunjukkan bagaimana pemerintah yang
menyalahguna kuasanya. Bukankah bentuk penyelewengan kuasa pemerintah
sebegini terus berulang-ulang berlaku hingga kini.
Peristiwa dan kisah seperti di atas dan yang melibatkan akhlak dan
penyelewengan golongan pemerintah, Imam atau ulamak biasanya sukar untuk
ditemui dan jika adapun di dalam ceramah agama akan disebut sepintas lalu.
Hanya orang-orang tertentu dijadikan sasaran seperti Qarun, Firaun dan Abu
Jahal. Keadaan begini menyebabkan cerita tauladan yang disuapkan kepada
masyarakat seperti cerita hikayat yang kurang berkesan. Sikap mengelak
dari menyebut kesilapan orang yang kita sanjungi atau taksub dan hanya
menyebut kesilapan orang yang kita benci, lebih banyak membawa keburukkan
dari kebaikkan (kerana sikap kepuakkan yang ada dalam masyarakat Islam
kita).
Contohnya, di Malaysia kita menyanjung Imam al-Ghazali dalam banyak segi,
mengenai ajaran-ajaran dan kitabnya dan jarang kita bercakap mengenai
penyelewenganya. Tetapi Prof. Hamka, seorang tokoh ulamak dan cendekiawan
dari Indonesia di dalam bukunya "Soal Jawab Agama Islam" (m/s 20-22)
mengulas mengenai ajaran al-Ghazali telah mengalahkan ajaran Nabi
Muhammad, ulasannya agak panjang yang merujuk kepada sumber-sumber lain,
tetapi saya cuma memetik sebahagian sahaja yang membawa maksud " Ajaran al-
Ghazali tidak menimbulkan semangat berjuang menentang musuh yang ingin
hancurkan Islam, tetapi mementingkan Tasauf. Dalam Perang Salib, Palestin
telah dikepong dan apabila musuh berjaya masuk, 70,000 umat Islam telah
dibunuh. Sedangkan al-Ghazali tenggelam di dalam khalwatnya. Dr Hamka juga
berkata sebahagian besar mereka yang mengkaji secara mendalam tentang Imam
al-Ghazali berpendapat kemunduran Agama Islam tersebab kerana lebih banyak
dipegang ajaran al-Ghazali daripada ajaran Nabi Muhammad ". Saya juga
pernah terbaca mengenai kaedah rawatan menggunakan tenungan yang
dikemukakan oleh al-Ghazali. Iaitu dengan melukis kotak-kotak yang
mempunyai nombor-nombor tertentu di atas 2 kain kering dan diletakkan di
bawah kaki perempuan yang hendak bersalin supaya senang ia bersalin.
Bukankah ini khurafat dan boleh membawa syirik? Seperti yang saya katakan,
apakah kesan kepada masyarakat jika penyelewengan Imam besar ini tidak
dijelaskan atau ditekankan? Mungkin ada masyarakat Islam yang akan
mengamalkannya dan menjadi budaya turun temurun. Dalam sebuah artikel
majalah Tamadun Julai 98 di bawah tajuk Muzik dan Tradisi Kerohanian m/s
42, " Menurut Imam Al-Ghazali - kenikmatan kerohanian diperolehi dengan
perantaraan mendengar muzik. Al-Ghazali seterusnya berpendirian bahawa
muzik dan nyanyian lebih penting dari sekadar membaca Al-Quran". Penulis
artikel ini tidak pula mengingatkan pembaca bahawa pendirian Al-Ghazali
ini tidak boleh diterima sekurang-kurangnya oleh masyarakat kita.(Pada
hakikatnya inilah yang berlaku sekarang).
Contoh kedua ialah mengenai Imam Syafie yang menganggap Ilmu Mantik
sebagai haram dipelajari. Saya percaya ramai yang tidak mengetahuinya
malah dalam email saya yang bertajuk "Islam dan Ilmu Sekular" (Apr 2001)
menyebut secara umum bahawa terdapat ulamak-ulamak yang menganggap ilmu
sekular (selain dari ilmu berunsur ugama) ini adalah haram, ramai yang
mempertikai dan melenting. Tetapi dengan sumber dari sebuah buku yang
menjadi rujukkan di IPTA dan dikarang oleh seorang pakar Usuluddin seperti
yang saya jelaskan di atas, diharapkan mereka yang berkenaan faham apa
yang saya maksudkan di dalam email saya terdahulu. Apakah sebabnya ramai
di antara kita tidak mengetahui bahawa Imam Syafie mengharamkan ilmu ini
yang menjadi asas kepada Ilmu Sains? Tidak mustahil dizaman sekarang ada
masyarakat Islam yang berpegang kepada pendapat ini.(pada bulan September
tahun 2000, seorang pak aji yang pernah berjuang di Afghanistan dan ketua
PAS di kampungnya memberitahu saya, ada orang kampungnya yang menganggap
telefon di dalam Islam tidak boleh digunakan). Sebab itu bagi saya adalah
penting bagi kita menjelaskan akan kesilapan dan penyelewengan yang
terdapat di dalam ajaran ulamak-ulamak dan Imam yang bukan sahaja dari
golongan yang kita tentang atau benci tetapi juga dari golongan yang kita
sanjung atau taksub.
Satu artikel yang terdapat dalam majalah Tamadun, Mac 1997, Tajuk - Taqwa
Ubati Konflik m/s 27-29. Ust. Hj. Abu Bakar menyebut " Dalam perniagaan
juga Imam Syafie berpesan supaya jangan melakukan tiga pekara iaitu :-
1) jangan berniaga barang-barang keperluan harian sebab apabila berlaku
kenaikkan harga, barang lama turut dinaikkan kerana peniaga memikirkan
keuntungan.
2) jangan berniaga kelengkapan kematian kerana dia akan memikirkan orang
lain cepat mati untuk mendapat keuntungan sedangkan dia tidak pernah
memikirkan yang dia juga akan mati.
3) jangan bekerja sebagai tukang penyembelih sebab ia tidak ada perasaan
belas kasihan.
Larangan ini ditujukan bagi mereka yang menjadikannya sebagai kerja
harian. Justeru kita kena rajin tambah ilmu, bak kata orang tua-tua "malas
bertanya sesat jalan". Ujar Ust.Abu Bakar.
Persoalan pertama saya , benarkah ini saranan Imam Syafie? Jika ya,
saranannya akan menjadikan Umat Islam ketinggalan di dalam bidang
perniagaan yang disebutkan dan bergantung pada orang lain. Ia juga
bertentangan dengan Hadis yang menyebut 9/10 dari rezeki datang dari
berniaga, sedangkan Imam Syafie berpegang kuat pada Al-Quran dan Hadis dan
menolak semua sumber lain termasuk al-Qiyas? Ilmu Mantik diharamkan tetapi
ilmu yang memundurkan umat pula yang diajar. Samada ia dari Imam Syafie
atau tidak, mengapa Ust.Hj. Abu Bakar dan majalah Tamadun secara tidak
bertangungjawab menyiarkannya, bukankah Umat Islam di Malaysia berpegang
kepada mazhab Imam Syafie. Apakah mereka hendak Umat Islam menjadi mundur?
Penutup
Email saya terdahulu mengenai 'Islam dan Ilmu sekular', mendapat banyak
reaksi samada dalam Hizbi-Net atau ABIMLINK. Itu adalah email saya yang
pertama yang menyentuh isu yang agak 'serius' dan banyak pekara yang saya
sentuh agak umum. Ramai yang mempertikaikan beberapa isu yang saya tulis
dan saya rasa hampir semua persoalan telah terjawab dalam email kali ini
kecuali beberapa pekara.
1.Istilah 'Ilmu Sekular' - ramai yang mempertikai istilah yang saya
gunakan ini, iaitu dalam Islam tiada ilmu sekular, ada yang memberi
definasi sekular dari kamus yang menunjukkan ia tiada kaitan dengan ilmu
dan ini menunjukkan akan kejahilan saya. Sebelum ini saya sudah menjawab
mengapa saya guna istilah tersebut, cuma saya hendak tambah bahawa
sebenarnya sudah lama istilah ilmu sekular digunakan oleh cendekiawan dan
karyawan termasuk Dr. dan Prof. Contohnya :-
a) Buku "Islam dan Al-Hadith, Penyelenggara - Dr.Abdul Halim
El-Muhammady, Pejabat ABIM, Feb 91, mereka yang terlibat dalam penghasilan
buku ini ialah 6 anggota ABIM dan 2 ahli panel jemputan. Pada m/s 77
tertulis "....... samada dalam bidang ilmu keIslaman atau ilmu sekular."
b) Buku "Tafsir di bawah naungan Al-Quran Juz ke 30" oleh Sayyid
Qutb, penterjemah Siti Rabi'ah, 1998. Pada m/s 495 "..... bidang teologi
atau sains sekular, .......".
c) Buku "Bukti Saintifik Pengharaman Khinzir" oleh Basri Ibrahim,
1999. Pada m/s 120 "..... sesetengahnya menganggap tidak wajar menuntut
ilmu-ilmu sekular kerana ilmu sekular akan menyebabkan mereka lupa kepada
akhirat....... "
d) Majalah "Dewan Agama dan Falsafah Jul 2001" oleh Ahmad Baei
Jaafar. Pada m/s 042 ".... sehingga kini masih ada orang tua-tua yang
melarang anaknya daripada mengambil m/pelajaran sains dan
matematik........ tidak dibenarkan belajar B.Inggeris......... dianggap
sekular oleh orang tua....".
Apakah mereka yang terlibat menulis seperti di atas juga menunjukkan akan
kejahilan mereka?
2. Satu lagi isu ialah Umat Islam mundur kerana dijajah kemudian ditindas
dan berlaku proses sekularisasi dalam masyarakat Islam sehinggalah selepas
merdeka dan perbezaan pendapat dalam Islam merupakan rahmat dan tidak
berlaku kafir mengkafir. Bukan seperti mana yang saya tulis iaitu
disebabkan oleh ulamak yang mengharamkan ilmu sekular dan perbezaan mazhab
di dalam masyarakat Islam ketika itu menyebabkan berlaku kafir mengkafir
dan berperang sesama pengikut-pengikutnya.
Jawapan saya, selalunya kemunduran kita disalahkan kepada orang lain
seperti propaganda barat, konspirasi Yahudi atau sebab dijajah. Pekara
pertama yang perlu kita tanya ialah, kenapa kita boleh kena jajah? Hanya
7,000 orang Portugis yang terlibat semasa menawan Melaka, sedangkan umat
Islam ada berpuluh ribu, tidak termasuk Kerajaan Islam lain yang berjiran,
Johor Aceh, Riau,......dan kita dijajah hampir 500 tahun bukan 500 hari
dan hampir semua negara Islam dijajah, dimana mereka yang memegang Al-
Quran dan Sunnah, dimana ulamak Islam, mengapa jika ada Jihad tetapi umat
Islam waktu itu tidak berjaya mengalahkan penjajah?
Mengenai perbezaan mazhab yang menyebabkan berlaku kafir mengkafir saya
sarankan supaya mereka yang mempertikaikannya membaca buku "Mengapa Umat
Islam Dilanda Perpecahan" oleh DR Imam Munawwir, penerbit P.T. Bina Ilmu
Surabaya, cetakan pertama 1985, ISBN 9971-77-169-1. Dalam buku ini
diceritakan bagaimana pada abad ke 13 ulamak Hanafi berpendapat tidak sah
hukum kahwin antara orang mazhab Hanafi dengan wanita mazhab Shafie kerana
mazhab shafie dianggap kafir zimmi, mufti mazhab Hanafi juga mengeluarkan
fatwa menkafirkan berjuta-juta Umat Islam, Syikh al-Azhar pergi kesebuah
tempat dan menjadi imam solat dengan membaca Basmalah perlahan, ada orang
yang berilmu di situ menyuruh semua makmum mengulangi solat tersebut
kerana dianggap batal, di Kota Mekah berlaku sembahyang beberapa imam
disebabkan perbezaan mazhab bukan setakat 2 imam seperti di negara kita.
Apakah ini yang dikatakan perbezaan pendapat dalam Islam adalah rahmat
seperti yang dimaksudkan dalam Hadis Nabi? Atau perbezaan pendapat yang
memecahbelah dan memundurkan umat? Dalam keadaan begini, adakah suasana
tersebut sesuai untuk masyarakat Islam waktu itu membina Tamadun atau
lebih sesuai untuk meruntuhkannya?
3. Ada yang menganggap dalam tulisan saya, saya berani menghina ulamak dan
apakah saya tidak takut dicampakkan ke dalam neraka.
Jawapan saya, saya anggap tulisan saya lebih kepada menegur kesilapan
bukan menghina, bagi mereka yang terlalu taksub dan penyokong buta kepada
ulamak tertentu akan menganggap teguran sebagai penghinaan. Saya lebih
takutkan Allah dari dicampakkan ke dalam neraka. Allah menyuruh kita tegur
menegur dan kita akan dipersoalkan nanti di akhirat. Sepatutnya ulamak
politik yang suka mencaci, mencerca, melabel ulamak lain sebagai ular
dalam semak, ulamak sapu ketiak pemimpin dan membolehkan mencarut kerana
mendakwa Tuhan juga mencarut, ditanya apakah mereka tidak takut
dicampakkan ke dalam neraka? Dan kita yang tidak menegur dan menyokong
mereka, apakah tidak takut dicampak dalam lubang yang sama?
Nota
Ada beberapa ayat Al-Quran dan Hadis yang saya perturunkan tanpa rujukan.
Ini kerana saya menganggap ia ialah ayat yang kerap kita jumpa dan kerana
ia tiada di dalam catatan saya dan jika saya hendak mencari di dalam Al-
Quran ia akan mengambil masa. Apa yang saya tulis adalah dari hati saya
dan saya sendiri bukanlah tergolong dalam orang yang berilmu tinggi.
Tulisan saya tidak mengikut disiplin ilmu seperti tulisan cendekiawan dan
karyawan. Apa yang benar dari Allah dan yang salah dari saya sendiri.
Saya akhiri dengan ucapan Selamat Berpuasa dan Hari Raya. Di samping
bergembira dengan makanan dan minuman, jangan lupa dengan saudara kita
yang hanya kais pagi makan pagi, nasi berlaukkan garam atau biji cempedak
rebus.
Wallahualam.
>-----Original Message-----
>From: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Hizbi <[EMAIL PROTECTED]>; Ezzah <[EMAIL PROTECTED]>; Uthman
><[EMAIL PROTECTED]>
>Date: Saturday, December 08, 2001 11:26 AM
>Subject: H-Net* Jihad Taliban sudah berakhir?
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
>{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
>{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Tidak sama sekali ..jihad akan berterusan selagi Amerika wujud
>dan selagi terdapat satu mujahidin di muka bumi ini. Ummat-ummat
>terdahulu telah diuji, di zaman ini kita pula diuji oleh Allah.
>Ujian sebegitu hebat sehingga mengoncangkan keimanan kita.
>Taliban menyeru kita membaca ayat berikut,
>
>Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padalah belum
>datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu
>sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta
>digoncang sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman
>bersamanya: "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah pertolo-
>ngan Allah itu amat dekat. [Al-Baqarah 2:214]
>
>===================================
>
>Ini adalah sedikit ulasan tentang ayat Al-Qur'an menggambarkan
>betapa Allah akan menguji orang-orang beriman dikepung oleh
>bala tentera musuh yang besar dan hebat. Ketika itu orang-orang
>beriman sendiri merasa sangat gerun melihat kekuatan musuh yang
>amat kuat,
>
>Ketika mereka (musuh) datang kepadamu dari "atas" (kapalterbang)
>dari "bawah" (kapal-selam), ketika terbeliak matamu (kerana gerun)
>dan hatimu naik menyesak (sukar bernafas) sampai ke tengkorak,
>dan kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam sangkaan.
>[Al-Ahzab 33:10]
>
>Mungkin maksud dari "atas" ialah sebelah Utara dan "bawah" sebelah
>Selatan.
--
__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/
Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (sulaiman osman)