*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam.
Menjadi seorang Muslim bukanlah sesuatu yang bolih
kita warisi secara automatik dari orang tua kita dan
menjadi hak kita seumor hidup.
Hanya dengan dilahirkan didalam sebuah keluarga
Muslim, memakai nama Muslim, berpakaian secara Muslim
dan menggelarkan diri kita Muslim masih belum cukup
untok menjaminkan kita menjadi seorang Muslim.
Sesaorang itu bukan Kafir atau Muslim hanya dengan
sebab namanya. Dan perbezaannya juga bukan kerana
saorang itu memakai tali leher dan seorang lagi
memakai serban.
Dan demikian juga, hanya dengan melafazkan enam atau
tujuh patah perkataan tidak bolih mengubah seorang
Kafir menjadi seorang Muslim.....dan ia juga belum
cukup untok memasukan sesaorang itu kedalam Syurga.
Tiada paksaan untuk mengucapkan kalimah, akan tetapi
selepas mengucapkannya, kita tidak mempunyai hak untok
mengatakan bahawa "hidup ini aku yang punya, badan ini
aku yang punya dan kekayaan ini aku yang punya".
Kita tidak berhak untok mengerakkan tanggan dan kaki
kita kearah yang bertentanggan dengan kehendak Allah.
Atau mengunakan mata untok melihat benda yang
dibencinya. Dan juga kita tidak berhak mengatakan,
"Mengikut pendapat saya begini,....mengikut adat
begini.....mengikut tradisi keluarga kami
bergini....mengikut alim ulamak begini".
Sebaliknya ia mestilah berpandukan kepada Allah dan
Rasulnya.
Apa itu Islam?
Menyerah dan patuh sepenuhnya kepada Tuhan itu lah
Islam. Melepaskan kebebasan yang mutlak, mejalankan
urusan harian kita mengikut kehendaknya dan menerima
tanpa ragu-ragu segala pertunjuknya melalui Quran dan
Rasulnya itulah Islam.
Tetapi kita masih lihat ada orang-orang yang mengikut
kehendak hati mereka, masih mengikut tradisi datuk
nenek moyang mereka, masih menjalankan urusan harian
mereka tanpa memikirkan samaada ini bertentangan
dengan kehendak Tuhan ataupun tidak.
Dan jika mereka ini masih mengelarkan diri mereka
Muslim, mereka hanya berbohong kepada diri mereka
sendiri.
Fikirkan lah.
wassalam.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Check out Yahoo! Shopping and Yahoo! Auctions for all of
your unique holiday gifts! Buy at http://shopping.yahoo.com
or bid at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: john lee <[EMAIL PROTECTED]>