--- Begin Message ---
          TANGGUNGJAWAB SUAMI DALAM NAFKAH HARTA


Isteri merupakan amanah Allah yang
dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk
memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari
kejadian yang lemah atas sifat perempuannya maka sudah
semestinyalah suami menjaga isterinya dengan
sebaik-baik jagaan. Seorang suami mestilah tahu
hak-hak yang dimiliki oleh seorang isteri dan
melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Sabda
Rasulullah saw:

"Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu).
Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada
Allah."

"���dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu
(suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan
Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki
tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yang
bertanggungjawab."

"Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembila atas
perempuan (isteri) berdasarkan apa-apa yang telah
dilebihkan Allah bagi yang satu daripada yang lain.
Dan berdasarkan apa-apa yang mereka nafkahkan dengan
harta mereka."

Pemberian nafkah adalah wajib semenjak mula berlakunya
akad nikah, meskipun isterinya itu seorang yang kaya
raya. hak isteri itu tidak berubah dan kewajipan itu
tetap ke atas suami.

Takrif nafkah, ia adalah suatu bahagian daripada
hartanya yang dibelenjakan kepada orang-orang yang
dipertanggungjawabkan kepadanya. Manakala yang
dikatakan harta itu pula mestilah dari sumber yang
halal, ia bukan hak anak yatim atau bukan hak orang
lain yang disimpan kepada kita serta ia bukan dari
usaha curi, rasuah, riba dan sebagainya.

Jadi, harta yang dijadikan nafkah untuk perbelanjaan
isteri-isteri dan anak-anak, ia mestilah harta yang
diperolehi dari jalan yang halal. Harta yang haram, ia
tidak boleh dijadikan nafkah. Sabda Rasululla saw 

"Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram,
nerakalah yang senang kepadanya kelak."

Adapun nafkah, ia terbahagi kepada 3 bahagian atau
nafkah kepada 3 bahagian. Iaitu yang pertama ialah
kepada isteri, yang kedua kepada anak dan yang ketiga
kepada usul. Nafkah kepada isteri, mestilah isteri
yang sah atau isteri dalam `Iddah raj'i atau `Iddah
yang boleh dirujuk kembali, ertinya ialah `Iddah dari
talak satu atau dari talak dua. Tetapi `Iddah talak
tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak
yang tidak boleh dirujuk kembali.

Nafkah yang diberi kepada anak, mestilah bagi anak
yang sah. Anak yang di luar nikah atau anak zina,
tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada
anak juga ialah anak yang bukan akil baligh. Tetapi
bagi anak yang sudah akil baligh, tidak wajib lagi
bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak
boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak
itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa
itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu
belum berupaya lagi mencari rezeki. Makna, ayahnya
wajib memberi nafkah kepada anaknya.

Nafkah usul, ialah nafkah keturunan. Umpamanya, anak
memberi nafkah kepada ayahnya. Syaratnya mestilah ibu
bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu
menyara hidupnya. Seorang ayah yang sudah tidak mampu
mencari nafkahnya sendiri, adalah berkewajipan bagi
anak-anaknya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang
anak yang memberi belanja hidup kepada orang tuanya,
bukan dibuat suka-suka hati. Ia adalah satu
tangggungjawab yang wajib.

Seorang suami perlulah mengetahui syarat-syarat yang
wajib dan berhak diberi nafkah kepada isteri, bukan
ikut bagi sesuka hati sahaja. Syarat pertama ialah
isteri yang taat kepada suami. Taat dalam ertikata
menyerah diri bulat-bulat kepada suami samada jiwa
raganya, tenaga dan akal fikirannya. Begitu juga,
menyerah diri kepada suami bererti menyerah zahir dan
batinnya pada suami. Isteri yang demikian saja yang
wajib diberi nafkah. Isteri yang tidak taat 100%
kepada suami atau sentiasa berbalah dengan suami,
tidak wajib diberi nafkah.

Syarat yang kedua ialah isteri yang tidak keluar rumah
kecuali dengan izin suami. Seorang isteri itu memang
dilarang oleh syariat, keluar rumah tanpa izin dari
suami. Namun itu pun, hari ini begitu ramai sekali
para isteri yang tidak sedar perintah ini. Mereka
bebas keluar rumah sesuaka hati padahal yang dia
lakukan itu adalah satu dosa. Cuma para isteri hari
ini merasakan apa yang dia lakukan itu tidak apa-apa.
Malah, ada setengahnya sampai berani membentak suami,
kalau dia ditanya tentang pemergiannya itu.

Isteri yang keluar tanpa keizinan suami, bererti dia
tidak taat dan melanggar syariat. Ketaatan pada suami
bererti taat di dalam agama. Apa saja yang dilarang
dan diharamkan oleh Allah dan Rasul dalam rumahtangga
dan di dalam perhubungan suami isteri, isteri
hendaklah taat.

Gugur nafkah bagi isteri-isteri yang tidak taat. Cuma
gugur nafkah seorang isteri yang tidak taat itu,
sabitnya adalah dengan syarat-syarat yang tertentu.
Ertinya, ada beberapa syarat yang mensabitkan gugurnya
nafkah isteri apabila dia berlaku tidak taat.

Adapun suami-suami yang wajib memberi nafkah kepada
isteri terdiri dari tiga golongan. Pertama, suami yang
kaya, kedua ialah suami yang pertengahan dan yang
ketiga ialah suami yang miskin atau papa. Ketiga-tiga
golongan ini ada peringkat nafkah masing-masing
terhadap isteri. Seorang suami yang kaya lain ukuran
nafkahnya dan suami yang sederhana kekayaannya, lain
ukuran nafkahnya, seorang suami yang miskin papa, lain
pula ukuran nafkahnya.

Kewajipan nafkah bagi suami yang kaya menurut yang
diterangkan dalam pengertian syariat ialah, memiliki
harta yang boleh dibelanjakan sehingga umur yang
ghalib atau lazimnya dia boleh hidup dan kalau
sekiranya dia mati, masih ada baki harta itu. Itulah
yang dikatakan kaya.

Umur yang ghalib seorang itu boleh hidup, ia adalah
ukuran biasa yang umum berlaku dikalangan satu-satu
masyarakat itu. Biasanya bagi orang-orang melayu,
disekitar 55 membawa kepada 65 tahun. Itulah sekitar
umur yang ghalib seseorang itu boleh hidup. Walau
bagaimanapun, itu adalah ukuran mengikut akal kita.
Tetapi di sisi syariat, tidak ada siapa yang boleh
mengetahui kecuali Allah swt.

Bagi orang kaya, ada kaedah-kaedah nafkah yang mesti
diberikannya kepada isterinya. Pertamanya, suami mesti
menyediakan sebuah rumah untuk anak isterinya, sama
seperti rumahnya semasa dia berada bersama ibu bapanya
dahulu. Ertinya, nafkah orang kaya terhadap isterinya
adalah berat. kalau suami tidak menyediakannya,
belumlah selesai tanggungjawab nafkahnya terhadap
isterinya.

Kemudian, makan dan minum yang mesti disediakan untuk
isterinya pula, mestilah jenis makan dan minum yang
pernah dia terima semasa dia hidup bersama dengan ibu
bapanya dahulu. Katalah semasa dia hidup bersama ibu
dan bapanya dahulu, dia makan nasi yang berasnya
bernilai beras terbaik. Maka, suami mestilah
menyediakan makan untuk isterinya dengan beras yang
terbaik juga. Begitu juga dengan lauk pauknya yang
mana kalau sekiranya semasa berada bersama ayah dan
ibunya dahulu dia makan lauk yang baik-baik, maka
suami mestilah memberi isterinya lauk pauk yang
baik-baik juga, seperti daging, ayam dan sebagainya.

Seterusnya dalam lain-lain peralatan rumah serta
dapur, semuanya mesti disediakan mengikut keadaan yang
baik-baik seperti dapur gas, alat-alat perabut dan
lain-lainnya, mesti juga dari barang yang baik-baik.

Sekiranya, dahulunya dia biasa dibantu oleh
orang-orang gaji, maka hendaklah suami mengadakan
orang gaji untuk isterinya. Dan begitulah seterusnya
dalam hal-hal yang lain di dalam rumahtangga suami
itu, setiap apa yang pernah ada padanya dahulu,
mestilah disediakan untuk isterinya.

Tentulah berat tanggungjawab bagi seorang suami yang
kaya apabila diukur dan ditinjau di sudut fekah.
Apabila kita tinjau di sudut tasauf iaitu di sudut
hendak mendapatkan kewarakan dalam beramal ibadah,
perkara-perkara yang demikian bergantung kepada
keredhaan isteri. Seandainya isteri redha, tidak mahu
segala kesenangan dan kenikmatan duania kerana takut
akan hisabnya terlalu berat di akhirat nanti, isteri
boleh menolak semua itu dan memilih kehidupan zuhud.
Tetapi harus pula seorang suami itu ingat, suami tidak
boleh memaksa isterinya zuhud. Tanggungjawabnya ialah
untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan
pakaian untuk isterinya. Ini adalah tuntutan wajib ke
atasnya.

Daripada pengertian tentang memberi nafkah kepada
isteri bagi suami-suami yang termasuk dalam golongan
kaya, dapatlah dijadikan ukuran tentang bagaimana pula
tanggungjawab suami-suami yang termasuk dalam golongan
pertengahan dan golongan miskin. perlulah diingat
bahawa dalam persoalan memberi nafkah kepada isteri
ini, Rasulullah saw pernah bersabda:

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan,
sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah
dan telah dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan
kalimat Allah dan diwajibkan atas kamu memberi nafkah
dan pakaian kepada mereka dengan cara yang
sebaik-baiknya."

Kemudian Allah swt juga ada berfirman yang maksudnya:

"Hak (nafkah) isteri yang dapat diterimanya dari
suaminya seimbang dengan kewajipan terhadap suaminya
itu dengan baik."

Dan di dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang
maksudnya:

"Tempatkanlah mereka (para isteri) dimana kamu
bertempat tinggal menurut kemampuan dan janganlah kamu
menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka."

Daripada pertanyaan-pertanyaan di atas jelaslah kepada
kita ukuran pemberian nafkah bagi seorang suami itu
terhadap isterinya. kalau suami-suami yang termasuk
dalam katagori yang kaya tadi, telah digariskan
kaedah-kaedah nafkah yang wajib diberikannya kepada
isterinya, maka bagi suami-suami yang pertengahan dan
miskin, bolehlah kita gariskan tentang banyak mana
nafkah yang wajib suami berikan kepada isterinya.
Iaitu berdasarkan daripada hadis Rasulullah saw dan
dari pertanyaan Allah di atas, suami-suami wajib
memberi nafkah kepada isteri-isterinya mengikut
kemampuannya serta menurut keadaan dan tempat.

Begitulah tuntutan nafkah zahir kepada para isteri
yang wajib bagi suami-suami melaksanakannya.
Seandainya para isteri bagi suami yang miskin atau
pertengahan kaya meminta lebih dari yang mampu
disediakan oleh suami, sabda Nabi saw.:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada seorang
isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

Menganai nafkah dua orang suami isteri yang sama-sama
bekerja samada sama-sama menjadi guru, sama-sama
bekerja di pejabat atau sama-sama menoreh getah dan
sebagainya. Sebenarnya persoalan ini adalah amat berat
kerana ia melibatkan harta pusaka yang tidak dapat
ditentukan siapa punyanya. Seandainya, dalam soal
kedua-dua mencari nafkah ini ditakdirkan suami
meninggal atau ditakdirkan isteri meninggal, bagaimana
pula kedudukan harta yang ditinggalkan.

Dalam hal ini, jika meninggallah salah seorang di
antara keduanya, harta yang tinggal tidak boleh
dipusakakan kerana harta yang tinggal itu tidak tentu
siapa yang punya. Harta itu sudah bercampur aduk
antara nafkah isteri dengan nafkah suami. Syariat
hanya menganggap hasil pencarian suami sahaja yang
dijadikan harta pusaka untuk anak isteri tetapi isteri
tidak boleh mencari nafkah untuk menjadikannya harta.
Setiap wanita hanya boleh memiliki harta melalui
peninggalan ayah ibu atau pun adik beradik atau
pengninggalan suami.

Sekiranya seorang itu bekarja serta berusaha dan
berikhtiar untuk menambahkan pendapatan keluarga, satu
pejanjian antara isteri dan suami mesti ada untuk
mengikrarkan harta sama sepencaria itu. Di antara
ikrar-ikrar yang boleh dibuat ialah seperti misalnya,
suami mengatakan kepada isteri bahawa seluruh harta
yang mereka cari bersama itu adalah hak suami,
walaupun  bahagian isteri yang mencari ada di
dalamnya. Tetapi suami boleh mengikrarkan semuanya
harta dia. Sekiranya suami meninggal, seluruh yang ada
pada harta itu, adalah menjadi harta pusaka yang boleh
dibahagi-bahagiakan. Begitu juga, suami boleh
mengikrarkan kepada isteri tentang harta yang
sama-sama dicari itu dengan mengatakan bahawa semuanya
adalah hak isterinya. Sekiranya suami meninggal,
seluruh harta yang tingga itu adalah hak isterinya.

Boleh juga, di antara suami isteri yang sama-sama
mencari nafkah mengasingkan harta masing-masing.
Misalnya, kalau isteri membeli pinggan mangkuk hasil
pencariannya, isteri boleh menyatakan kepada suaminya
bahawa pinggan mangkuk itu adalah hartanya. Dalam soal
ini mesti ada perjanjian bertulis, kerana ia tidak
akan menjadi perbalahan apabila meninggal salah
seorang antara kedua nanti. Dan yang selebih baiknya
ialah dengan memanggil ahli-ahli keluarga waris untuk
menjadi saksi. Ini adalah amat mustahak sekali kerana
ia melibatkan soal paraid atau pembahagian harta.

Soal suami isteri yang sama-sama bekerja mencari
nafkah sudah menjadi perkara biasa hari ini. Kalau
sama-sama tidak jelas tentang harta dan faraid harta,
takut-takut nanti seluruh isi keluarga memakan harta
yang haram. Sedangkan isteri yang pergi bekerja itu
pun, isteri mesti hati-hati sungguh kerana takut-takut
isteri membawa balik harta yang haram. Hal ini mudah
sangat berlaku. Andainya isteri pergi bekerja itu
tanpa lafaz izin dari suami atau tidak menutup aurat,
bermakna isteri keluar rumah secara haram. Jadi, suami
kenalah melafaskan izin setiap hari kepada isteri
serta mensyaratkan kepada isteri setiap kali pergi
bekerja dengan menutup aurat. kemudian harta yang jadi
sama-sama sepencarian itu pula hendaklah dinyatakan,
apakah boleh ia dimakan bersama. Kalau tidak,
takut-takut nanti suami memakan harta haram.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
Tiny Wireless Camera under $80!
Order Now! FREE VCR Commander!
Click Here - Only 1 Day Left!
http://us.click.yahoo.com/75YKVC/7.PDAA/ySSFAA/TcOolB/TM
---------------------------------------------------------------------~->

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:

 RELEXJAP - "Gedung Ilmiah Internet Malaysia"

Untuk menjadi ahli, hantarkan emel kosong kepada
     [EMAIL PROTECTED]
          atau layari laman web
    http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/

           "Relexjap bersama kami
     ...dan anda akan memahami maksudnya!!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disclaimer:-

Relexjap tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di dapati melanggar akta 
hakcipta tempatan atau antarabangsa.Adalah menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan 
peraturan hakcipta diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respon.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar 
di Relexjap tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik, kakitangan dan barisan 
Moderator Relexjap melainkan jika dinyatakan sedemikian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ 


--- End Message ---

Kirim email ke