*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kerajaan Belum Tentukan Masa Depan Litar Sepang, Kata
Dr Mahathir
PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) -- Kerajaan belum
menentukan masa depan Litar Antarabangsa Sepang, Datuk
Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Ahad.
"Kita nak tahu untuk apa litar ini akan mereka
gunakan...sudah pasti ianya untuk F1 tetapi F1 hanya
sekali setahun...takkan litar sebesar itu dibina tanpa
digunakan sepenuhnya," katanya. (komen penulis-
mahathir baru nak tau ke F1 cuma setahun sekali?
sebelum litar sebesar dan semahal ini dibina kenapa
tak timbul persoalan ni? Bukan ke litar F-1 Sepang
adalah cetusan rasa otak bergeliga seorang Perdana
Menteri, Mahathir Mohammad, so somebody kena teruskan
projek gajah putih ni walaupun rugi. Sapa lagi kalau
bukan petronas sebab dalam banyak2 syarikat kerajaan
cuma petronas jer yg belum bankrap lagi)
Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, nilai pengiklanan
daripada perlumbaan F1 adalah lima atau enam kali
ganda daripada kos membina litar itu. (komen penulis-
kalau betul sangat menguntungkan sampai 6 kali ganda
kos pembinaan kenapa MAHB begitu bodoh nak lepaskan
cash cow ni pada syarikat lain? tak ke keputusan bodoh
namanya tu? boleh buat untung berlipat kali ganda tapi
kenapa masih nak mintak petronas ambil alih ? ini dah
macam plot drama melayu yg cuba memperbodohkan
penonton)
Awal bulan ini, MAHB mengumumkan ia sedang berbincang
dengan Petronas tentang kemungkinan menjual SIC kepada
syarikat petroleum itu. (komen penulis- satu lagi
drama yg membosankan. Berita opera macam ni sengaja
dikeluarkan untuk kelabukan mata rakyat tentang
bagaimana Petronas sedang berbincang untuk membeli F-1
Sepang daripada MAHB yang buat-buat liat untuk
melepaskannya)
Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd
Hassan Merican yang mengesahkan perkara itu, berkata
Petronas akan mengambil alih SIC untuk memajukan sukan
pemotoran di negara ini. (komen penulis- utk memahukan
industri permotoran ? Hakikatnya berjuta-juta dolar
diperlukan untuk kekalkan hak menaja kejuaraan F-1,
sedangkan MAHB dah tak ada duit lagi utk menanggung
beban tu, so mahathir perlukan some other company
untuk jadi pak sanggup demi meneruskan aspirasi
bergeliga dari kepala hotak seorang perdana menteri)
Petronas adalah penaja utama Grand Prix F1 Malaysia
selain turut menaja pasukan F1 Sauber Petronas dan
membiayai pasukan rali dan motosikal GP.
Selain F1, SIC juga menganjurkan antara lain
perlumbaan Japan GT, Merdeka Millennium Endurance Race
dan GP Motosikal Dunia.
Dr Mahathir menolak andaian kononnya pengambilalihan
oleh Petronas itu, jika ia berlaku, ialah untuk
menyelamatkan MAHB. (komen penulis- drama
lagi�..tujuan sebenar ialah nak selamatkan maruah
perdana menteri yg sudah silap sejak awal lagi semasa
keputusan membina litar lumba F1 yg memakan belanja
berjuta-juta dolar tu. Sebagaimana projek kereta
proton yg akan tinggal sejarah selepas AFTA kelak,
macam tu jugaklah projek litar lumba F1 ni. Petronas
cuba selamatkan maruah seorang perdana menteri yg
sudah tidak ada maruah lagi)
"Ia bukan langkah menyelamat.
Kita tahu MAHB tidak mahu terlibat selain daripada
perniagaan utamanya iaitu menguruskan lapangan
terbang.
"Litar Sepang ini bukanlah perniagaan asas dan MAHB
tidak mahu yang lain...mereka tidak mahu pusat pameran
atau pusat lelong, lagipun litar perlumbaan bukannya
sebahagian daripada lapangan terbang," katanya.
(kesian��pura-pura baru sedar ke? Atau nak selamatkan
air muka Mahathir kerana kegagalan projek gajah putih
ni?)
Ketika ditanya sama ada Petronas adalah pihak yang
sesuai untuk mengambilalih litar itu, beliau berkata :
"Mungkin mereka boleh, mungkin mereka tidak boleh.
(kalau masih ada syarikat milik kerajaan lain yg belum
bankrap dan masih ada duit. Tapi setakat ni memang
Petronas sajalah yg boleh menanggung beban projek
gajah putih ni)
Tak tahulah." SIC yang menelan belanja RM286 juta
dibina pada 1998.
Sepang International Circuit Sdn.
Bhd (SIC), syarikat milik penuh MAHB, adalah pengurus
dan pengendali litar 5.541km itu.
-- BERNAMA
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Check out Yahoo! Shopping and Yahoo! Auctions for all of
your unique holiday gifts! Buy at http://shopping.yahoo.com
or bid at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>