*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
December 26 , 2001 14:17PM
Dr Mahathir Nasihati Ulama Utamakan Agama Dari Politik
PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad menasihati ulama yang terlibat dalam politik supaya mengutamakan
ajaran Islam dan tidak menyalah tafsir ajaran agama untuk menghalalkan
perbuatan mereka yang salah.
"Apabila ini berlaku kesannya terhadap agama Islam amat buruk dan kesannya
terhadap orang Islam juga buruk.
"Sebab itu kita lihat (bila) ulama seperti ini mengambil bahagian dalam
politik, ramai rakyat menjadi sesat, tidak patuh kepada ajaran Islam (dan)
dengan mudah mereka menidakkan keIslaman orang Islam lain," kata kepada
pemberita selepas rakaman perutusan Tahun Baru untuk siaran RTM di
pejabatnya, di sini.
Beliau telah diminta mengulas lanjut perutusannya yang menyentuh mengenai
ajaran sesat dan peranan ulama.
Perdana Menteri berkata tindakan ulama yang memberi tekanan kepada perkara
yang tidak diwajibkan, dan membelakangkan perkara yang diwajibkan oleh
Islam, menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan kucar-kacir.
Dr Mahathir berkata walaupun sesetengah ulama menganggap diri mereka sebagai
"pewaris nabi" tetapi bukan semua yang mendakwa diri mereka ulama itu boleh
menjadi pewaris nabi.
"Sudah tentu yang diiktiraf sebagai pewaris nabi ialah mereka yang
mengutamakan agama, tidak kepentingan lain.
Mereka ini berhak mendakwa mereka adalah pewaris nabi," katanya.
Tetapi, katanya, apabila para ulama ini mencampuradukkan kepentingan politik
ataupun kepentingan diri dengan ajaran Islam, maka mereka sudah tidak lagi
menjadi pewaris nabi.
Ditanya mengenai Malaysia sebagai negara contoh Islam dunia, Dr Mahathir
berkata sama ada negara boleh dikatakan negara contoh Islam ataupun tidak,
terpulang kepada orang asing.
"Tetapi sekarang ramai orang asing berpendapat Malaysia merupakan negara
contoh bagi negara Islam yang lain.
Ini adalah suatu pengiktirafan.
Kita perlu jaga keadaan supaya kita tidak lari daripada ajaran Islam,"
katanya.
Ditanya mengenai kebimbangan umat Islam dari negara-negara Islam untuk
melawat atau berniaga di Eropah dan Amerika Syarikat berikutan serangan
pengganas ke atas Amerika pada 11 Sept, Perdana Menteri berkata jika ia
benar, maka orang Islam ini patut melancong dan mencari peluang perniagaan
di negara Islam lain.
"Kalau dahulu mereka melabur di negara lain dan mendapati mereka tidak
diterima baik di negara-negara ini, mungkin mereka patut memindahkan
pelaburan mereka ke negara Islam yang lain.
"Ini satu peluang, tetapi untuk menjadikannya satu kenyataan, segala usaha
mesti dibuat untuk meyusun pentadbiran negara Islam supaya mampu menerima
pelancong dan pelaburan dari negara Islam yang lain," katanya.-- BERNAMA
Komen/persoalan
===============
1) Adakah ini bermakna mereka-mereka yang tidak tergolong dalam golongan
ulamak tidak perlu mengutamakan ajaran Islam???
2) Tidakkah juga ulamak-ulamak umno dan PM sendiri juga tidak lepas dari
menyalah tafsirkan ajaran agama?? Tambah-tambah pula ulamak-ulamak yang jadi
pak angguk kepada pemimpin yang jahil?
Tidakkah kita lupa bahawa Mahathir sendiri yang pernah menyarankan
penafsiran semula spt yang dipetik dari Utusan bertarikh 25-Okt-2000:
"Kalau Islam mahu sekali lagi menjadi agama adil, para cerdik pandai
undang-undang Islam mesti melihat semula tafsiran lama Islam, terutamanya
yang berkaitan dengan keadilan."
2) Mana lebih benar: ramai rakyat menjadi sesat kerana ulamak berpolitik,
atau orang jahil berpolitik???
3) Kata PM ulama yang memberi tekanan kepada perkara yang tidak diwajibkan,
dan membelakangkan perkara yang diwajibkan oleh Islam. Bukankah BN/umno yang
terang-terang membelakangkan perkara yang diwajibkan oleh Islam contohnya
hudud (spt contoh dibawah)???
Mahathir pernah mengatakan spt yang dipetik dari BH bertarikh 29-Sep-2001:
"Jika Malaysia bukan negara Islam kerana tidak melaksanakan hukum hudud,
maka dalam dunia ini tidak ada negara Islam kerana semua negara yang
dikatakan negara Islam juga tidak melaksanakan hukum hudud," katanya.
Sedangkan hudud itu terang & jelas wajib sebagai contoh dalam Surah An-Nuur
ayat 1&2:
1. (Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkannya, dan Kami
turunkan didalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada
keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah,
jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat dah hendaklah
(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang
yang beriman.
Mahathir juga ada mengatakan spt mana yang dipetik dari Utusan bertarikh
2-Jul-2001:
"Katanya, kerajaan akan melaksanakan hukum Islam setakat yang termampu
dengan mengambil kira 40 peratus rakyat bukan Islam di negara ini.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan telah membuat kajian dan mendapati tidak ada
satu pun negara di dunia ini melaksanakan hukum hudud sepenuhnya kerana ia
memerlukan cara yang sukar dilaksanakan."
Dipetik dari buku "Mufti Lawan Mahathir" tulisan Ahmad Lutfi Othman:
Seorang janda yang dihukum RM300 kerana kesalahan zina (pada 7 Julai 1982)
memohon kepada mahkamah syariah supaya dijalankan hukum syarak ke atasnya
kerana hendak membersihkan dirinya daripada dosa. Janda itu berkata, " saya
tidak bersetuju dengan hukuman adat, iaitu denda RM300, saya mahu hukuman
syarak, dengan menjalankan hukuman Islam saya benar-benar dapat membersihkan
dosa-dosa di dunia dan di akhirat." Bagaimanapun hakim Syeikh Ghazali Abdul
Rahman berkata,"Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman
tersebut."
Jadi jelaslah pemimpin umno-lah yang membelakangkan perkara yang wajib (dgn
mengambil contoh kata-kata PM sendiri, beliau membelakangkan hukum hudud,
perkara yang wajib demi kepentingan 40 peratus orang kafir.
Dan jelas juga, hukum hudud bukan setakat sukar untuk dilaksanakan di
Malaysia, malah perlembagaan yang ada mengharamkan perlaksanaannya.
Ironik ya, hukum Islam, hukum yang berlandaskan al-Quran & Hadis tidak boleh
dilaksanakan didalam negara yang dilaungkan negara Islam sedang asas Islam
itu adalah bersumberkan Al-Quran & Hadis (sumber utama/asas).
_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary
information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.
This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>