*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Tidak menghairankan kenapa lebih ramai tidak suka dan benci serta beranggapan

serong pada islam kerana sememangnya janji Allah adalah benar bahawa mereka yang 
benar-benar layak
memperoleh syurgaNya adalah amat sedikit sekali. Yang penting setiap umat yang ingin 
memelihara
syahadahnya seharusnya berpendirian tegas dan konsisten terhadap perjuangan islam 
tanpa memikirkan
kemahuan dan kehendak musuh-musuh Allah. Yang penting laksanakan tugas sebagai seorang 
muslim dan
mukmin untuk memastikan agama Allah terlaksana dan terpelihara selagi hayat masih ada. 
Tanggungjawab
berdakwah terletak di bahu kita semua sedangkan pemberi hidayah adalah Allah. Oleh itu 
laksanakan
tugas sebagai seorang hamba dan bukan sebagai Tuhan.Di dalam surah Al-Baqarah telah 
jelas menyebutkan
ciri-ciri orang kafir (engkar) samada diberi peringatan atau sebaliknya tetap sama.

Sepatutnya peribadi seorang muslim dan mukmin itu amat tegas dan keras terhadap para 
penentang agama
Allah dan berkasih sayang sesama saudara mereka. Pasal mahu atau tidak mereka 
orang-orang kafir dan
munafik menyokong parti Islam atau tidak terpulang kepada mereka kerana sememangnya 
islam itu adalah
amat asing bagi mereka dan mereka yang bersekutu dan berfikiran yahudi dan nasrani 
sememangnya tidak
akan redha terhadap islam sehinggalah umat islam sendiri mengikuti mereka sekalipun ke 
lubang biawak.

wallahua'alam.
__________________________________________________________

> Mengundi PAS seolah-olah sama seperti masuk islam

>
> >  Antara faktor kenapa kaum Cina dan India tidak ramai menyokong Barisan
> >Alternatif pada pilihanraya yang lalu adalah
> >disebabkan tanggapan mereka yang negatif terhadap Islam. Kebetulan parti yang
> >terbesar dalam pakatan Barisan Alternatif itu
> >adalah parti PAS, maka ketakutan mereka kepada Islam sedikit sebanyak telah
> >tidak dapat menarik mereka untuk meyokong
> >Barisan Alternatif ini.
> >
> >Oleh kerana parti PAS adalah parti yang belabelkan Islam, maka bagi setengah
> >orang-orang bukan Islam beranggapan
> >mengundi Barisan Alternatif samalah seperti menyokong Islam atau percaya kepada
> >Islam. Kesukaran untuk menyeru
> >orang-orang bukan Islam ini untuk mengundi parti PAS dan sekutunya samalah
> >seperti sukarnya untuk mengajak mereka
> >memeluk agama Islam. Dalam hal ini ia bukan saja setakat melibatkan tukar parti
> >tetapi juga seolah-olah seperti melibatkan
> >penukaran akidah.
> >
> >Tentulah tidak sukar untuk mengajak orang masuk atau menyokong satu-satu parti
> >politik, tetapi untuk mengajak mereka
> >masuk satu-satu agama memang suatu kerja yang amat sukar kerana ianya melibatkan
> >soal akidah. Kalau parti politik sudah
> >dibuatkan seperti agama memang sukarlah kita hendak mengajak orang yang
> >berlainan fahaman agama untuk masuk parti
> >tersebut.
> >
> >Mungkin kita tidak ada masalah untuk mengundi parti DAP yang merupakan salah
> >satu sekutu Barisan Alternatif, tetapi
> >bagaimana kalau ada parti yang bernama Parti Budha Se Malaysia dalam Barisan
> >Alternatif itu, tentu kita yang beragama Islam
> >berfikir dua kali juga untuk mengundi calon dari parti tersebut kerana takut
> >ianya akan membabitkan soal akidah kita.
> >
> >Pihak Barat telah lama berkempen memburukan agama Islam dan
> >pengikut-pengikutnya. Kempen mereka sungguh berkesan
> >sehingga semua orang bukan Islam di dunia ini begitu takut dengan Islam atau apa
> >saja yang dikaitkan dengan Islam. Hari-hari
> >Barat menonjolkan imej buruk terhadap Islam. Orang Islam yang mengganas
> >dilabelkan sebagai pengganas Islam tetapi orang
> >kulit putih yang mengganas tidak pula digelar pengganas Kristian.
> >
> >Barisan Nasional tidak perlu mengeluarkan wang berjuta ringgit untuk menakutkan
> >kaum Cina dan India supaya tidak mengundi
> >PAS kerana kempen pihak Barat yang berterusan memburukan imej Islam sudah cukup
> >untuk menakutkan mereka.
> >Wallahualam.~~~~~~~~~~~~
> 
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: khair99 <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke