*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pekerja proton tidak perlu bimbang. kerajaan tidak
akan biarkan produk buatan malaysia ini berkubur tanpa
nisan. memanglah ramai rakyat malaysia yg lain
tertunggu2 kehadiran AFTA dgn penuh harapan utk dpt
berkereta import yg murah, baru, berkualiti tinggi dan
yg lebih penting ialah ciri2 keselamatannya yg baik.
Malah ada yg sudah berangan-angan hendak memandu Honda
Civic malah BMW. 

Apa salahnya dgn proton? Tak ada salahnya. proton
perlu sahut cabaran dari pesaing2 luar negara yg bakal
masuk. kalau di jepun dan korea, model iswara, wira &
satria dah lama obselete sebab dah lebih 10 tahun
berada dipasaran. bila bersaing kelak proton kenalah
lebih agresif. model baru patut dikeluarkan setiap 2
tahun sekali. Pekerja proton perlu sahut cabaran ini
dgn semangat yg tinggi.

Dlm masa yg terdekat ini andai kata AFTA jadi
dilaksanakan pada 2003 maka bolehkah proton bersaing
dgn syarikat2 kereta dari luar? Apakah nasib pekerja2
proton yg majoritinya melayu kalau proton GAGAL
bersaing.
Janganlah bimbang. Kerajaan pasti ada kaedahnya
sendiri untuk menyelamatkan pekerja2 proton. Banyak yg
boleh dilakukan walaupun clause dlm AFTA melarang
pengenaan apa2 halangan tarif dan cukai kerana kereta2
dlm pasaran Asean ini mesti bersaing secara adil. So
apa lagi yg kerajaan boleh buat utk selamatkan
syarikat kereta nasional kebanggaan seluruh rakyat
malaysia ini? 

Tarif dan cukai yg tinggi sampai 200% tidak boleh lagi
dikenakan mcm sekarang. Ada lagikah alternatif lain?
Senjata terakhir demi menyelamatkan pekerja bumiputera
di proton ialah menggunakan kaedah kemudahan pinjaman
bank. Loan untuk kereta nasional boleh ditetapkan
antara 95 peratus (bagi kereta 1.6 ke atas) dan 100
peratus (bawah 1000 cc). Kereta import cbu loan hanya
50 peratus dan kereta yg dipasang di malaysia 75
peratus. Cara ini sudah cukup untuk menyelamatkan
kereta nasional ini. Oleh yg demikian rakyat malaysia
akan terus menyokong industri kereta nasional ini.
Kepada mereka yg berangan-angan hendak memandu kereta
yg selesa seperti Honda Civic dan Toyota Altis
perlulah bekerja lebih keras supaya mampu membayar
duit mukanya. 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke