*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sejak beberapa hari yang lepas akhbar-akhbar heboh memperkatakan masalah makmal 
komputer tidak siap di sekolah-sekolah.   Mengapakah isu ini diletupkan oleh Timbalan 
Menteri Pendidikan, Aziz Shamsudin sekarang, walaupun masalah ini telah lama 
berlarutan ?

Keempat-empat kontraktor utama yang diberikan tender membekal komputer ke 
sekolah-sekolah adalah syarikat yang berkait-rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO Baru. 
  Hampir setiap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Baru mempunyai syarikat Komputer/IT mereka 
sendiri.    Tender membekalkan komputer ke sekolah-sekolah itu telah menjadi rebutan 
sengit sesama pemimpin-pemimpin UMNO Baru.

Apabila keadaan ekonomi semakin gawat pemimpin UMNO Baru yang melepas terpaksa 
membocorkan rahsia keburukan pemimpin UMNO Baru yang lain demi kepentingan diri 
sendiri.   Perompak buka pekung perompak yang lain.

Scandal ini hampir sama dengan kes samun wang PPRT dan kes tanah Khir Toyo.   Ketua 
Penyamun UMNO Baru, Dr.Mahathir dijangka akan memerintahkan akhbar-akhbar segera 
memberhentikan ulasan isu ini, demi menutup aib dan pekung UMNO Baru yang sukar untuk 
disembunyikan lagi.

Oleh: Bekas pekerja syarikat IT UMNO Baru.

********************************************************************************************************************************************



Punca makmal komputer tak siap -- Kontraktor pembekalan tiada pengalaman di bidang 
pembinaan

KUALA LUMPUR (Utusan Malaysia) 30 Dis. - Kontraktor-kontraktor pembekalan komputer 
yang tidak berpengalaman dalam bidang pembinaan telah diberi projek membina makmal 
komputer menyebabkan hampir 85 peratus projek itu di Semenanjung Malaysia gagal 
disiapkan.

Laporan bedah siasat mengenai kegagalan projek pembinaan makmal ini yang diperoleh 
Utusan juga mendedahkan bahawa syarikat-syarikat terbabit kurang memahami polisi dan 
peraturan kerajaan sehingga mendorong mereka enggan menandatangani perjanjian kontrak 
selagi tuntutan tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Malah, lebih mengecewakan lagi meskipun Kementerian Kewangan mengarahkan keempat-empat 
syarikat bagi zon utara, tengah, selatan dan timur terbabit membekalkan dahulu 10 unit 
komputer ke semua sekolah berikutan kelewatan pelaksanaan projek, arahan itu juga 
masih gagal dipenuhi.

Hanya separuh daripada jumlah unit komputer itu berjaya dibekalkan oleh setiap 
syarikat berkenaan.

Semua hasil bedah siasat ini terkandung dalam laporan Bahagian Pembangunan, 
Penswastaan dan Bekalan Kementerian Pendidikan.

Kelewatan menyiapkan hampir 85 peratus projek makmal komputer didedahkan oleh Mingguan 
Malaysia hari ini walaupun Kementerian Pendidikan telah melanjutkan tempoh buat kali 
ketiga bagi EMPAT kontraktor utama menyiapkannya sehingga akhir bulan ini.

 





Is your boss reading your email? ....Probably
Keep your messages private by using Lycos Mail.
Sign up today at http://mail.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke