*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelawak terkenal, Diktator Mahathir sekali lagi berjaya mengatasi jenaka Senario dan
Mr.Bean untuk membuka tirai 2002.
Setelah orang yang paling dipercayainya, Daim Zainuddin tidak lagi sanggup
bersekongkol dengannya untuk terus merompak dan menipu rakyat, Mahathir mengatakan
kununnya dia perlu seorang Menteri Kewangan bagi membantunya ;D
Ternyata Mahathir tidak percaya kepada 2 orang Timbalan Menteri Kewangan dan 2 orang
Penasihat Ekonomi Negara yang dilantiknya sendiri.
Mahathir tidak percaya ada orang lain yang sanggup merompak wang rakyat sebagaimana
kehendak nafsu buasnya. Rompakan wang royalti minyak Negeri Terengganu dan wang PPRT
yang melibatkan Mustafa Muhammad dan Anuar Musa, hanyalah satu permulaan kepada
rompakan yang lebih besar.
Hanya penyamun tamak lurus-bendul seperti Kassim Baba sesuai memegang jawatan Menteri
Kewangan kabinet Diktator Mahathir. Setakat ini hanya Diktator Mahathir sendiri
sahaja yang layak ;D
Oleh: Kassim Babu
Sila lihat berita akhbar di bawah:
PM perlukan Menteri Kewangan -- Kalaupun tidak mengambil alih tugas mungkin sebagai
pembantu saya
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau
masih memerlukan seorang Menteri Kewangan atau sekurang-kurangnya seorang Menteri
Kewangan Kedua untuk membantunya menguruskan ekonomi negara.
``Kalaupun tidak mengambil alih daripada saya sebagai Menteri Kewangan, tetapi mungkin
sebagai pembantu saya.
``Biasa diadakan Menteri Kewangan Kedua, mungkin juga. Ini satu pendekatan yang kita
akan pilih kerana tugas Menteri Kewangan ini amat berat,'' kata Dr. Mahathir yang
mengambil alih tugas Menteri Kewangan selepas Tun Daim Zainuddin meletakkan jawatan
pada 1 Jun 2001.
Bercakap dalam program ``Wawancara Bernama dengan Perdana Menteri'' di Putrajaya, Dr.
Mahathir berkata, beliau merasakan tugas sebagai Menteri Kewangan `satu beban yang
besar' baginya kerana beliau juga terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Perdana
Menteri.
Wawancara yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang Bernama Jaafar Hussin dan Penolong
Pengarang E.Sivabalan itu disiarkan melalui RTM dan Astro malam ini.
Kata Dr. Mahathir, beliau perlu mencari seorang yang "cukup sesuai" untuk jawatan itu.
Kini, Dr. Mahathir dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Dr.
Shafie Mohd Salleh dan Datuk Chan Kong Choy. Beliau juga mempunyai dua orang penasihat
ekonomi iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ali
Abul Hassan Sulaiman.
Is your boss reading your email? ....Probably
Keep your messages private by using Lycos Mail.
Sign up today at http://mail.lycos.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>