*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Syamsul b Kadiman wrote:
<cut>
hang nak pinang anak tarudin tuh..
koman-koman pun hang kena secure seploh atau doploh
projek juta-juta yg macam hang citer tuh..
<cut>

salam~

Ish, aku melawak saja aih!

Nak habag kat hangpa la, kalaulah hangpa ditakdirkan
terdengar orang-orang UMNO kontraktor peringkat
bawahan dok dok bergebang pasal project juta-juta nie,
hangpa jangan dok rasa rendah diri pulak.

Nak habag kat hangpa satu benda; (Mahathir dah habag
dah dlm the SUN 1/1/02), so aku rasa bukan benda
rahsia lagi lah.

Project asal yg mai dari atas tu mungkin la betoi
Juta-Juta, untung pun juta-juta; tapi bila mai kat
peringkat bawah, iaitu kontraktor kecik yg menjadi
penyudah dan penyempurna project tu; margin untung dia
dah tinggal takat lubang hidung.

Katakanlah project asal suruh buat makmal komputer
untuk sekolah2 seluruh malaysia....katakan untuk satu
sekolah depa bayaq kat kontraktor RM200 ribu (contoh).
Campur tolak campur tolak, mungkin kontraktor tu boleh
untung RM20 ribu (contoh). Kalau seluruh malaysia kali
RM20 ribu, berapa dah (contoh).

Kontraktor nie melayu (macam kitalah - tak dak modal
dan tak dak kepakaran), dpt bisness pun sebab jadi
proksi. Lalu dia pun subs pulak kat sub-con B, dia
kata:

"alah, hang bagi kat kami satu sekolah RM5 ribu
sudahlah, hat lain hang ambik"

Kontraktor B pulak pi cari sub-con C, dia pun kata
macam tu jugak:

"alah, hang bagi kat kami satu sekolah RM5 ribu
sudahlah, hat lain hang ambik"

Kontraktor C pulak pi cari sub-con D, D pi cari E....E
pi cari F dan seterusnya.

Last sekali kontraktor X mungkin untung dua tiga ratus
ringgit saja satu sekolah.....tu pun dpt dua tiga buah
sekolah saja, sebab sekolah2 lain dah bagi kat sub con
lain.

Tapi, kalau hangpa terber'sembang' dengan kontraktor X
tu, ish bukan main dia habag kata:

"Hang tau project nie RM200 juta punya project, bukan
koman punya!!"

Maka, dia pun bersembang dan terus
bersembang...sedaq-sedaq tengok project tak boleh siap
sebab tersangkut.....nak buat gena untung pun takat
lubang hidung saja; sekali hidung terbersin, habis
terpelanting!!

Cuba Baca Harian Metro hari ini (2 Jan 02); ada gambaq
kartun pasal project buat makmal komputer sekolah
dapat kat Salesman Komputer....terkial-kial member nak
susun bata boh simen; lepas tu kena tegur dengan budak
sekolah:

"Bang, bata tu kena susun/simen selang seli, bukan
susun satu-satu straight ke atas, kalau tak boh selang
seli, kena tiup angin pun jatuh!"

Nak buat gena, project asal juta-juta...tapi dah pakat
makan; orang last tak kira boleh buat ka tidak, sebab
nak tumpang makan sama...maka jadilah macam cerita
kartun di atas.

p.s: Sapa-sapa yg takat kontraktor kelas F yg dok
makan sisa-sisa orang atas tu, tok sah dok mimpi lah
nak kahwin sama SITI!

-Temingat Di Belantara-



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke