Forwarded message:
 
 
Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari
api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang
tinggi sampai naik ke ulu hati.
Marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang
terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana
terpancarnya api dari batu yang dipukulkan
pada besi.

Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu
adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika
marah.  Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat
dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti
eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah
seorang laki2 kepada Rasulullah s.a.w, kemudian
berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk
mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya
harap yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda
yang bermaksud "Janganlah Engkau marah "Orang itu
bertanya lagi..tetapi baginda tetap erkata.."janganlah
engkau marah'...sebanyak tiga kali.jelaslah di
sini...menahan api kemarahan tu amatlah dituntut
dalam islam.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...
"orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua
ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu
marah dan orang yang bersabar diantara kamu semua
ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang
lain padahal  ia berkuasa untuk membalasnya"(Riwayat
Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah
sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi
kemarahan tu..ada  3 jenis golongan..

Golongan pertama:   Tafrith (acuh tak acuh atau hilang
kemarahannya)


Golongan kedua :    Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)


Golongan ketiga :    I'tidal (mampu mengendalikan
kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan
daripada yang 1 dan 2. Bermaksud marah itu boleh
sebagaimana sepatutnya dan setiasa di
dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah swt
tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan
org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat
hamiyyah (pembelaan).  Ia tidak ingin mempertahankan
Agamanya .. kehormatan diri... isteri/suami..
keluarga..bangsa dan negara...

Ifrath ialah  sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka
sangat marah2 orang, tak boleh kawal..mereka yang
tergolong dalam golongan ini sentiasa mengikut
kehendak marahnya  (ikut hati) .. kalau kita marah,
dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan
mata. Ada yang mengertap gigi..  kepal penumbuk..
menggeletar..kembang  kempis hidungnya..  betapa
buruknya wajah kita bila kita marah.  Kalaulah
masa kita marah tu..cermin ada dihadapan mesti kita
akan rasa  malu.."eee.  .teruknya muka aku bila
marah!"..


Benarlah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Bersegeralah menuju keampunan daripada Tuhanmu serta
syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang
disediakan untuk orang2 yang bertaqwa. iaitu orang
yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya
cukup dan juga kurang serta orang2 yang suka menahan
kemarahannya dan  gemar pula memaafkan kesalahan para
manusia dan Allah itu mencintai orang2 yang berbuat
kebaikan"   (Al Imran 133-134)

Wallahua'lam.


Kirim email ke