|
Salam~
Lagi satu persoalan yang ditimbulkan Ust Hassan Din
mengenai susuan ibu kepada bayi. Arakian ibu2 sekarang yang bekerja mahupun
tidak, secara kasar dilihat tidak mampu menyusui bayi mereka sejak lahir
sehingga berumur 2 tahun seperti yang dituntut dalam Al-Quran.
Apakah punca penyebab sedemikian sehingga bayi yang disusu oleh produk susu
lembu menjana petaka masa kini ? Sibuk dengan urusan ? Masalah kesihatan ?
Maka adakah kita ketahui peringkat2 umur manusia
menjana kemanusiaannya adalah seperti berikut : peringkat bayi - taqdib (
didikan melalui sentuhan, suapan susu ibu, perdengar bacaan dll ), peringkat
kanak2 - tarbiyyah ( memperkenal kanak2 itu kepada apa itu dan ini, baik jahat
itu dan ini, salah betul itu dan ini ), peringkat remaja - taklim ( memperjelas
mengapa itu dan ini ) dan peringkat dewasa - manusia memilih jalan sendiri.Maka
sekiranya pada mula dan asasnya manusia itu dijana melalui susuan dari produk
lembu, maka lembulah jadinya bayi itu kelak.
Sebagai alternatif lain, apakah susuan yang paling
sesuai menggantikan susu ibu ? Apakah ada lagi dizaman ini perkhidmatan ibu
susuan ? Alangkah bahagianya sekiranya anak2 kita dijana mengikut sirah dan
sunnah Nabi SAW. Moga kita bersama menjana manusia yang berakhlak mulia yang
dapat menjamin masa depan Islam sebagai ad-din dimuka bumi ini.
Minta
diperbincangkan. Jazakumullah
Salam~
|
- Re: H-Net* Susuan Ibu Ibnu Aziz
- Re: H-Net* Susuan Ibu MAS HAMID
- Re: H-Net* Susuan Ibu sam dol
