*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Banyak orang berpendapat bahawa tindakan Malaysia menjatuhkan hukuman mati ke atas 3
anggota al-maunah dan penjaran seumur hidup pada yang berbelas lagi adalah kerana
takut dengan Amerika dan kerana mahu mengambil hati Amerika. Malaysia takut dituduh
melindungi kumpulan militant Islam. Pelik bin ajaib apabila ada orang Melayu isytihar
perang ke atas Agung! Satu tuduhan yang keterlaluuan, dan hukuman yang keterlaluan.
Kita harap UMNO buat survey dan tanya rakyat apa pandangan mereka terhadap proses
perbicaraan dan hukuman ini.....orang geleng kepala. Satu lagi penerusan
sandiwara....esok orang-orang yang dikatakan ada kaitan dengan KMM akan dihukum mati
juga! Kesian orang-orang yang dianiya oleh UMNO ni....
Orang ramai yang berpendapat bahawa tindakan Malaysia tidak mahu memberikan
perlindungan politik kepada Nor Misuari dari MNLF Filpina juga sebagai tanda takut
Malaysia kepada Amerika dan kerana mahu mengambil hati Bush. Mahathir tidak mahu
Malaysia dituduh dengan melindungi kumpulan pengganas. Padahal Israel yang mengganas
setiap hari membunuh orang Palestin dan Amerika yang mengganas di bumi Afghanistan itu
lagi ganas dan zalim. Itulah orang UMNO, kokok berdegar-degar, ekor bergelumang
dengan tahi.
Sekarang India meminta Pakistan menghapuskan semua kumpulan militant di Pakistan. Esok
Malaysia akan diminta oleh Singapura dan Filipina supaya menghapuskan kumpulan
militant. Kumpulan militant dikaitkan dengan PAS yang tidak berdosa dan tidak ganas.
Sebaliknya UMNO yang ganas merampas duit royalty minyak Terengganu, tidak memberi
geran kepada rakyat Kelantan dan Terengganu, menukar tempat kerja orang yang tidak
menyokong UMNO, disamping pemimpin UMNO menyelewengkan wang dan harta rakyat termasuk
duit di BaitulMal, duit zakat, duit Tabung Haji, dan duit KWSP tidak dianggap ganas
dan zalim atau militant. Propaganda UMNO sekarang ialah untuk mengaitkan PAS dengan
kumpulan militant. UMNO sedang didik dan brainwash rakyat sekarang melalui TV setiap
hari setiap jam supaya rakyat membenci PAS, Keadilan, DAP dan PRM serta NGOs dan
individu yang tidak mahu menyembah UMNO. Ada orang kata inilah antara ciri-ciri dajal
akhir zaman.
UMNO fikir mereka akan perintah Malaysia sampai hari kiamat agaknya. Firaun pun mati
dan kerajaan Firaun juga hancur bila sampai masanya.
--
__________________________________________________________________
Your favorite stores, helpful shopping tools and great gift ideas. Experience the
convenience of buying online with Shop@Netscape! http://shopnow.netscape.com/
Get your own FREE, personal Netscape Mail account today at http://webmail.netscape.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (hello hi)