*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
------- Forwarded Message Follows -------
From: [EMAIL PROTECTED]
Date sent: Sun, 6 Jan 2002 18:37:33 -0800
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Bantuan derma untuk Adik Nuraliya Shafira Bte Hasnezam
Assalamualikum w.b.t,
Saudara Shah,
Saya bagi pihak bapa kepada Adik Nuraliya Shafira Bte Hasnezam yang baru berusia 11
bulan ingin meminta jasa baik dan bantuan dari saudara Shah untuk menwartakan kepada
saudara-saudara lain dalam Lenggang Kangkung Community Group bagi membantu Adik Lia.
Dalam minggu ini Adik Lia akan menjalani satu pembedahan yang kritikal yang akan
menentukan masa depan beliau dimana beliau menghidapi masalah saluran usus yang tidak
normal sejak dilahirkan. Selepas beberapa hari dilahirkan Adik Lia telah menjalani
pembedahan pengalihan usus besar ke bahagian
kanan perutnya disebabkan saluran usus bocor dan keadaan perutnya yang semakin
membengkak. Sehingga kini, Adik Lia masih dirawat dan masih tidak boleh membuang air
besar secara normal disebabkan saluran ususnya telah dialihkan ke bahagian kanan
perutnya. Disebabkan sewaktu dilahirkan, tubuhnya
masih kecil dan organ perkumuhannya masih tidak berfungsi sepenuhnya, oleh yang
demikian, doktor yang merawat telah bertindak mengalihkan ususnya yang bocor ke perut
kanannya...
Sehubungan dengan itu,saya amat berharap agar Saudara Shah dapat membantu kedua ibu
bapa dan keluarga yang malang ini dengan mewartakan kisah ini melalui yahoo@groups
bagi tujuan mendapatkan sumbangan derma ikhsan dari saudara-saudara yang lain,
sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kos
rawatan Adik Lia yang dianggarkan sekitar RM 10,000.00. Sekiranya terdapat sesiapa
yang sudi menghulurkan derma melalui yahoo@groups ini amatlah dialu-alukan.
Latar belakang keluarga:
-------------------------------------
Adik Lia dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Bapanya hanyalah bekerja
sebagai pekebun kecil / nelayan yang menumpang sara di atas sebidang tanah. Ibunya
pula adalah surirumah sepenuh masa. Pendapatan sekeluarga tidak mencecah RM 300
sebulan dan perlu menyara kedua orang tuanya juga
adik-beradik lain yang masih bersekolah. Tiada talian telefon untuk berhubung terus
dengan keluarga ini melainkan melalui surat / pos.
Berikut adalah maklumat yang sedikit sebanyak dapat diperolehi dari keluarga mangsa.
Nama Anak : Nuraliya Shafira Bte Hasnezam
Nama Ibu : Che Rohaida Che Romy
Nama Ninda : Puteh Bte Salleh
Alamat : 25 Jalan Pantai Laut 4,
Kg. Jawa 1,
26820 Kuala Rompin, Pahang
Rujukan : Dr. Khoo Keh Bin
Medical Officer
Ward Kenanga 2
Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan, Pahang
Tel : 09-5133333 / 34 / 35 / 5131881
Fax : 09-5142712
Rujukan kepada hospital hendaklah dinyatakan nama ibu pesakit iaitu : B/O Che Rohaida
Che Romy M.I.C 790201-09-5042.
Bagi mendapatkan salinan PICU discharge summary, sila hubungi saya atau hospital
diatas.
kepada sesiapa yang tidak keberatan ingin menyumbangkan apa jua bentuk bantuan diharap
dapat mengirim terus ke alamat di atas atau bagi sumbangan derma ikhlas berupa wang
bolehlah disalurkan melalui bank BSN 4144 826 - 6 (PUTEH BTE SALLEH - ninda/nenek
kepada adik Nuraliya). Sebarang bantuan amat
bermakna kepada keluarga ini.
Bersama-sama ini disertakan juga surat pengesahan, sijil kelahiran serta surat
radiologi dan gambar bagi tindakan saudara. Sebarang maklumat bolehlah menghubungi
saya di alamat / no telefon dibawah atau menghubungi saudara terdekat beliau
Badrulhisham Bin Baharom di talian : 07 - 2391792 / 94
dialamat Perpustakaan Sultan Ismail c/o Majlis Perbandaran Johor Bahru.
Sekian, terima kasih.
Mohd Rafiee Kumari
Pengurus,
Bahagian Sistem Maklumat,
Hyatt Regency Johor Bahru
Jalan Sungai Chat
80720 Johor Bahru
Malaysia
Tel +60-7-222-1234
Fax +60-7-222-0153
H/P : +016-776-1166
e-Mail : [EMAIL PROTECTED]
Web : http:\\www.hyatt.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]