|
Forwarded message:
Assalamualaikum Mutiara Kata Untuk Renungan Bersama
Tiada Kata Seindah Bahasa
: Kebaikan itu susah hendak diamalkan
tetapi apabila diamalkan terasa bahagia. Hati yang merdeka ialah hati yang bersih dari sifat keji (mazmumah). Hati yang ditumpahi dengan sifat mulia (mahmudah). Hati yang sabar dengan ujian dan mehnah, hati yang pemurah dengan nikmat, hati yang syukur dan qanaah terhadap harta dunia, hati yang takut terhadap dosa-dosa, hati yang gerun dengan azab neraka dan hati yang semacam inilah yang akan mencetuskan kedamaian dunia. Surah Al-Khafi 110: "Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan TuhanNya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorangpun dalam beribadat kepada TuhanNya". Surah An-Naziat 40-41: "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran TuhanNya dan yang menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya". Surah An-Nisa 17: "Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang terdekat". Sabda Rasulullah SAW: "Orang yang bodoh itu ialah orang yang menurut kemahuan nafsunya, kemudian ia bercita-cita agar Allah dapat memasukkannya ke dalam syurga. Kalau demikian kedudukannya, maka hamba Allah yang rajin melakukan amal taubat dan meninggalkan maksiat itu adalah wajar untuk menunggu tibanya rahmat Allah SWT dan nikmatNya. Dan nikmat itu tidak akan sempurna melainkan setelah ia masuk syurga". Sabda Rasulullah SAW: "Dengan banyak mengingati mati dan mengadakan persediaan yang lebih baginya, mereka itulah orang-orang yang pintar yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat". Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia". RENUNGILAH.. SEMOGA SAHABAT-SAHABAT SEMUA MENDAPAT MENFAAT DARIPADANYA. |
- H-Net* Mutiara kata susi
- H-Net* Mutiara kata SUSI
