*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Ish, ingat nak gebang pasal politik, tapi dok tengok
dua tiga hari nie keluar berita pasal geng2 KMM,
Maunah, Militan, Pengganas dan nama2 yg serupa
dengannya dok kena cekup sana sini, risau aih. Nanti,
kita yg cokia nie, cuma nak melepaskan tension di
internet; silap2 tulis depa ingat kita nie pun sama
jugak; tak pasal2 kena cekup.

Jadi, jomlah kita pakat perabih masa gebang pasal SITI
dan pasal nak menikah dengan bini orang dan janda
glamor tu.

Kot mana pun, hari ni tengok ada diskusi bernas sikit
pasal interview kerja.

Nie nak habag kat hangpalah; sapa-sapa yg nak pi
interview tu, tok sah takut la...si penemuduga tu
bukan nak makan orang. Kalau yg rasa potongan badan
dia tak seberapa canggih macam SITI tu pun, tok sah
risaulah....penemuduga tu pun tau kata jenis2 body cun
macam tu bukan boleh buat kerja pun; kalau boleh pun
tak dak nak dok lama aih di situ. Lama-lama dia lompat
pi tempat lain pulak....tidak pun jadi isu, kena
skandal dengan Mamat Motor & Mat Rock & Geng Dangdut
kat tempat kerja!!

Buat Menyemak Saja!

Saya nie pun ada pengalaman juga dok interview orang
nie; secara seriuslah saya nak bagitau, sapa-sapa yg
nak pi interview tu, langkah mula sekali bila keluar
rumah tu ingat Allah.....ingatlah bahawa yg bagi
rezeki kat kita ialah Allah, dan bukannya si
penemuduga tu.

Ini kisah benar berdasarkan pengalaman peribadi yg
mungkin ada manafaatnya untuk dikongsi bersama:

Hari tu saya pi interview kat satu tempat di Ipoh;
ramai yg mai, mula dari pukul 9 lebih kurang sampai la
pukul 5:30 ptg lebih.

Ada satu candidate tu dia masuk interview lebih kurang
pukul 11; dia nie terra bab-bab kereta motor & engine
dsg; cukup pakar; sedangkan saya nak hire orang yg ada
kepakaran lain, dia punya ilmu tu dia dapat daripada
course yg dia ambik; masa saya interview dia, dlm hati
saya dah set yg dia memang tak dapat punya sebab line
dia lari sikit saja dari apa yg saya nak; anyway saya
ambik kesempatan tu tanya dia macam2, apa2 saja yg
saya teringin nak tanya mengenai engine kereta...dia
boleh cerita detail dari A sampai Z; I am very
impressed. 
Habis interview, saya campak kertas dia kat KIV or
Reject (lupa).....sebab ilmu yg dia ada tu pada
pandangan saya waktu tu, tak related dengan skop kerja
yg nak diberi.

Bila dah petang dlm pukul 3 lebih kot, saya berenti
rehat, go thru list yg dah HIRE tu; entah macam mana
bila saya tengok list2 yg dah hire tu saya teringat
kat mamat tadi tu, tiba2 mai dlm pemikiran saya kata
ish mamat tu pun apa kurangnya, saya terfikir pula
'kalau dia boleh cerita details apa yg dia belajar,
maknanya budak nie mudah dilatih dan mudah memahami
apa yg kita train dia dan ada peluang menjadi seorang
pekerja yg baik' . By the way, kami hire on the spot,
kalau dpt, terus panggil depa sign dan ambik surat
tawaran.

Lalu saya panggil sorang HR officer tu suruh call dia;
bila call rumah dia (1 jam perjalanan dari situ), kami
diberitahu dia baru saja sampai rumah; so dia pun
terus mai balik ke tempat interview tu dan accept the
invitation letter.

Saya tak pasti apa yg menggerakkan hati saya untuk
ambik dia semula, sedangkan pada asalnya nama beliau
sudah pun saya campak ke KIV/Reject basket.

Saya terfikir mungkin on the way back itu, beliau
berhenti solat dan minta doa kat Tuhan dipermudahkan
rezekinya atau pun mungkin ibu dan ayahnya ada
mendoakan yg serupa.

Wallah hu aklam......tapi yg pastinya ada kuasa lain
yg menggerakkan hati kecil saya untuk memungut semula
kertas interview beliau dari 'waste basket' itu...

Mungkin Sudah Rezeki beliau begitu; kita orang Islam
nie kot mana pi pun tak boleh lari dari konsep qada
dan Qadar; kata org tua "Kalau Dah Rezeki Tak Ke
Mana"!!

p.s: macam tu jugak dengan jodoh, kalau dah Jodoh Kita
Dengan SITI.....kot mana pi pun, kalau nak jadi...dia
jadi jugak....:-)))

-Temingat Di Belantara-

--- "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> 
> Assalamu'alaikum.
> 
> Izinkan ana komen sikit pasal permohonan kerja nih.
> Ana tengok, ramai benar 
> yang bersunggut tak dapat kerja walau pun dah banyak
> kali gi interbiu, 
> terutama fresh graduate.
> 
> Ana nak berkongsi pandangan sikit di sini buat
> adik-adik yang masih dok 
> mundar-mandir cari kerja, semoga boleh dijadikan
> panduan kelak.
> 
> Ramai bebudak lepasan universiti nih fikir dengan
> dapat sijil ijazah dah 
> cukup bagus laa tuh. Maka, dikepitnya celah ketiak
> sijil tu ke sana-sini 
> bila gi interbiu. Apa yang mereka tak sedar, sijil
> tu cuma memaklumkan anda 
> dah berjaya graduate jer.
> 
> Ana banyak jugak laa pengalaman interbiu fresh
> graduate nih. Ramai jugak laa 
> yang berlagak tak betul. Mereka fikir dengan
> memiliki sijil tuh dah terrer 
> sangat laa.
> 
> Dalam interbiu, penemuduga tuu bukan sekadar tengok
> kertas sijil & keputusan 
> peperiksaan sajer. Tapi tak kurang penting mereke
> secara senyap akan menilai 
> sikap & keperibadian seseorang. Kerana, ini akan
> menentukan mutu kerja 
> mereka. Ana lihat ramai anak-anak Melayu nih tak
> mempunyai sikap yang baik. 
> Cuma harapkan sijil jer.
> 
> Jadi, bagi adik-adik yang akan gi interbiu,
> perbetulkan lah sikap anda dulu. 
> Perbaiki sikap tu dulu. Sikap tuu kena diperbetul
> dalam hal berbagai segi.
> 
> Antaranya, jangan terlalu memilih tugas. Tunjuk
> sikap kesanggupan buat apa 
> sahaja tugas yang bakal diberi. Jujur & ringan mulut
> bila ditanya soalan. 
> Fahami soalan yang diajukan penemuduga & beri
> jawapan relevan & jelas.
> 
> Jangan cuba nak kelentong bila memberi jawapan,
> sebab penemuduga biasanya 
> lebih matang & berpengalaman. Jangan sobong atau
> jual mahal. Kita kena 
> ingat, para majikan pun ada overhead mereja.
> 
> Lagi satu perkara yang tak kurang penting. Elak
> daripada menceritakan hal 
> negatif terhadap mana-mana pihak. Jangan mudah
> mengadu hal mana-mana pihak 
> atau apa-apa perkara. Jangan bersunggut terhadap
> apa-apa perkara. Tunjuk 
> sikap & beri pandangan positif.
> 
> Pakaian pun kena ambil berat. Biar kelihatan kemas &
> rapi. Ketrampilan 
> biarlah nampak segar & segak. Jangan nampak moyok &
> kusut jer. Dan, beberapa 
> hal lain yang akan mencerminkan keperibadian anda.
> 
> Pengalaman saya interbiu anak Melayu nih, ramai
> antara mereka nih jenis 
> memilih tugas. Belum dapat kerja dah bagitau tak nak
> buat itu & ini. Nak 
> kerja senang jer. Nak kerja dok kat meja jer. Nak
> kerja mudah jer. Tapi, 
> gaji nak lebih.
> 
> Ia kesemuanya akan berbalik kepada sikap anda!
> 
> Harap ini dapat membantu anda dalam persiapan ke
> alam pekerjaan.
> 
> Sekian, wassalam.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send FREE video emails in Yahoo! Mail!
http://promo.yahoo.com/videomail/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke